i May 2016 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Friday 27 May 2016

PEMBENTANGAN USUL PINDAAN AKTA 355




[ PEMBENTANGAN USUL PINDAAN AKTA 355 ]
Hari terakhir dalam Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 Dewan Rakyat semalam (26 Mei) telah menyaksikan sejarah tersendiri buat perkembangan Islam di tanah air kita, Malaysia.
Dalam mesyuarat semalam, Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Kemudian, atas permintaan beliau, usul tersebut akan disambung pada Mesyuarat Ketiga akan datang yang dijangka berlaku bulan Oktober.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran;
صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ.
"Celupan (agama) Allah; dan siapakah yang lebih baik celupannya (agama) daripada Allah? dan kepadaNyalah kami beribadah".
Bersesuaian dalil di atas, keimanan yang jitu terhadap sistem hukum-hakam yang ditetapkan Allah berbanding sistem ciptaan manusia, maka Pembentangan Usul ini menjadi satu sinar kebahagian kepada seluruh masyarakat Islam.
Sehubungan itu, Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas kejayaan beliau mengusulkan RUU Persendirian tersebut yang dilihat sebagai detik bersejarah bagi semua gerakan Islam yang menjalankan tanggungjawab dakwah serta kewajipan memartabatkan Islam dalam ruang dan kerangka demokrasi.
Seluruh umat Islam seharusnya berterima kasih kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam membentangkan RUU ini.
"Membina Malaysia Sejahtera”
“Cakna Merentasi Sempadan Ideologi”
"Dakwah Terpimpin, Kesatuan Terjalin"
Lajnah Penerangan & Multimedia,
Kelab Al-Azhar Members 2016.
LIKE | SHARE Kelab Al-Azhar Members
http://www.fb.com/alamkuis.original

Monday 16 May 2016

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik dan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Ungkapan terima kasih seakan tidak mencukupi bagi membalas jasamu. Semoga setiap bakti dan curahan tenaga dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kelak mendapat sebaik-baik balasan daripada Allah Azzawajalla. Jazakumullah khairal jaza'.

'لو لا المربي لما عرفت ربي'
Kerana guruku aku mengenal Tuhanku.

"Dakwah Terpimpin Kesatuan Terjalin"
Kelab Al-Azhar Members 2016.

Friday 13 May 2016

BAN JIR BANGI : Senarai Bantuan Yang Dibuka


Untuk makluman, 2 buah kampung dalam DUN Bangi dan Kawasan Serdang telah mengalami musibah banjir yang teruk selepas hujan lebat pada petang Sabtu 7/5/2016
Kampung-kampung yg terlibat adalah:
1. Kg Bangi Tambahan sebanyak 70 buah rumah
2. Kg Sungai Tangkas sebanyak 16 buah rumah.
Mangsa banjir menghampiri 300 orang. Sebahagian besar dari rumah mereka telah ditenggelami air setinggi 6 kaki di mana mengakibatkan kerosakan peralatan rumah, pakaian, barang makanan, barang peribadi dan juga peralatan sekolah anakpanak.

Pada petang 11 Mei 2016, Kampung Sungai Tangkas, Bangi, sekali lagi ditenggelami air akibat daripada hujan lebat yang berterusan. Hampir kesemua barang-barang keperluan terjejas dan tidak dapat diselamatkan.

1. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank :

Persatuan Generasi Prihatin (Gen P)
No. Akaun Maybank : 5628 3463 4845
- Sila maklumkan ke Puan Liza (0132109012) atau Tuan Faizal (019 571 5805)

Dewan Muslimat Kawasan Serdang
No Akaun Maybank Islamic : 5628 3461 1259
- Sila maklumkan ke Bendahari DMPKS, Puan Affiza di talian 019-2994542.

Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) Sungai Tangksas dan Alam Sari
No akaun Maybank : 1621 0646 4499 
- Akaun atas nama Saudara Mohd Fauzy Ayob, (019-246 7296)

2. Sumbangan boleh disalurkan melalui Masjid Kariah Bangi
- Tabung Mangsa Banjir Kampung Bangi Tambahan akan dilancarkan pada hari Jumaat ini semasa Solat Jumaat, 13 Mei 2016. Satu tabung khas akan diwujudkan di samping Masjid Kariah Bangi (MKB) akan menyumbangkan separuh daripada kutipan solat Jumaat kepada mangsa banjir. 

3. Sumbangan berbentuk barangan boleh dihantar terus ke :

- Balairaya Kampung Sungai Tangkas (Ketua Kampung : Haji Zamshi: 0172398807)
- Balairaya Kampung Bangi (Ketua Kampung : Haji Zakaria: 0193504262)

4. Sumbangan berbentuk barangan juga boleh di salurkan mlalui :

- Free Market Ambang Ramadhan Bandar Seri Putra yang akan diadakan pada 21 Mei 2016, dari jam 9.15 pagi hingga jam 11.00 pagi, di Padang Permainan BSP Seksyen 5, Bandar Seri Putra. Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) Putra Mahkota.

Jemputan khas kepada anak yatim da ibu tunggal serta mangsa banjir Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama. Individu atau Organisasi yang ingin turut sama menyumbang boleh menghubungi 0134682181,  0193330346, 01112220817, 0123614703, dan 0172479396.

---------------------------------------------------------

Ayuh, hulurkan tangan ringankan beban.

"Dakwah Terpimpin, Kesatuan Terjalin"

Saturday 7 May 2016

Kenyataan Bersama ALAM-PERMIB Sempena Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 2016



[ Kenyataan Bersama ALAM-PERMIB Sempena Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 ]

BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK
7 MEI 2016

1. Dikesempatan tok, semua tengah gago ngundi, Persatuan Mahasiswa Islam Borneo KUIS & Kelab Al Azhar Members KUIS nak ngucap selamat mengundi buat semua mahasiswa KUIS sik kira lah disine berada khususnya nok rah Sarawak ya. 

(Di kesempatan musim mengundi ini, Persatuan Mahasiswa Islam Borneo KUIS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan selamat mengundi kepada mahasiswa KUIS negeri Sarawak khususnya dan rakyat Sarawak amnya.)

2. Nak ngundi, harap semua tauklah mileh nakne bagus nakne nisik. Polah la undian dengan bijak kata sidak kl. Kita tok bukan setakat nak ngundi ajak. Tok untuk dirik kita empun juak. Kita bertanggungjawab mileh pemimpin nakne dimaok kita. Semua tok kelak akan ditanyak di akhirat. Jadi, pilihlah dengan tepat n jujo k.

(Ketika mengundi, diharapkan agar kita tahu yang mana perlu dipilih, yang mana tidak perlu. Undilah dengan bijak. Kita bukan sahaja setakat untuk mengundi sahaja, tetapi untuk keperluan diri kita kelak. Kita bertanggungjawab untuk memilih pemimpin yang menguntungkan Islam. Semua itu nanti akan dinilai di akhirat. Jadi, pilihlah dengan tepat dan jujur.)

3. Bertepatan dengan Hadis Rasulullah s.a.w :


حديث عبدالله بن عمر رضى الله عنه، أنّ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، قال: كلّكم راع فمسؤل عن رعيّته، فالأمير الّذى على النّاس راع وهو مسؤول عنهم، والرّجل راع على أهل بيته وهومسؤل عنهم، والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهى مسؤلة عنهم، والعبد راع على مال سيّده وهو مسؤل عنه، ألا فكلّكم راع وكلّكم مسؤل عن رعيّته.
أخرجه البخارى فى ٤٩ كتاب العتق: ١٧ باب كراهية التطاول على الرقيق

Hadits dari Abdullah bin Umar r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Al-Bukhari)

3. Ayuh Rakyat Sarawak, TURUN mengundi hari ini, 7 Mei 2016. Jadilah pengundi yang bijak. Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua.

Pesanan khas daripada kami :

Muhamad Syazwan bin Mohd Sabri,
Presiden,
Kelab Al-Azhar Members KUIS

Mohd Afifi Bin Abd. Taib,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam Borneo KUIS.

Friday 6 May 2016

KOTA ALEPPO "BERMANDI DARAH"


1. Kami Kelab Al-Azhar Members KUIS menyuarakan bantahan dan kecaman berikutan keganasan yang berlaku ke atas saudara kita di bandar Aleppo, Syria. Kita menyaksikan pertumpahan darah yang terus berlaku dalam beberapa hari ini meskipun terdapat persetujuan gencatan senjata di utara Syria. Kejadian serangan ini telah menyebabkan jumlah kematian meningkat dengan begitu tinggi yang mengorbankan nyawa penduduk, jumlah kecederaan yang terlalu ramai, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal. Ini boleh diklasifikasikan sebagai kelakuan jenayah perang yang sangat serius.

2. Rejim Bashaar al-Assad telah membuat persiapan untuk menggempur bandar Aleppo habis-habisan dengan tujuan untuk menawan semula bandar tersebut daripada para pejuang Syria. Hal ini akan menyebabkan keselamatan dan ketenteraman di Bandar Aleppo merosot. Serangan ini harus dihentikan sebagai menghormati tuntutan gencatan senjata yang telah dipersetujui kedua belah pihak antara Kerajaan Bashar al-Assad dan pihak Pembangkang di Geneva pada penghujung Februari lalu yang mana telah disokong oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

3. Tanggal 27 April 2016, Hospital al-Quds, Aleppo telah diserang dengan kejam oleh Rejim Bashaar al-Assad yang membawa kepada sekurang-kurangnya 20 orang maut termasuk satu-satunya doktor pakar pediatrik. Keadaan penduduk Aleppo begitu menyayat hati. Mereka diserang tanpa henti sejak beberapa hari lalu. Kehancuran yang mereka alami begitu dahsyat sehingga bekalan makanan juga hancur musnah.

4. Peranan kita sebagai seorang mahasiswa perlu cakna dan mengambil peduli terhadap isu-isu seperti ini, bertepatan dengan peranan kita sebagai seorang muslim untuk bersama dalam menyuarakan solidariti kita terhadap tindakan jenayah besar ini . Sebagaimana yang telah kita saksikan, Aleppo -sebuah kota sejarah yang diiktiraf- di ambang kehancuran akibat perbuatan kejam manusia. Mana mungkin kita terus berdiam diri memekakkan telinga kanan kiri tanpa berbuat apa-apa. Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW :

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” [HR. Muslim]

5. Ayuh kita bersama dengan mereka. Meskipun jarak memisahkan kita, tetapi tautan hati sebagai saudara yang beragama Islam tidak pernah menjauhkan kita. Teruskan bermunajat dan berdoa kepada yang Maha Esa agar segalanya dipermudahkan dan diberi kesejahteraan buat penduduk Aleppo khususnya Syria amnya. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

'Cakna Merentasi Sempadan Ideologi'
'Dakwah Terpimpin Kesatuan Terjalin'

Lajnah Penerangan & Multimedia,
Kelab Al-Azhar Members 2016.

LIKE | SHARE
Kelab Al-Azhar Members
http://www.fb.com/alamkuis.original