i February 2017 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Islam Memimpin Mahasiswa

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Sunday, 5 February 2017

KULIAH MAGHRIB: ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME
(Ustaz Zulkifli Ismail)
Pencatat: Muhammad Syahmi Moktar
Image may contain: 2 people, hat, outdoor and indoor
1. Dari sudut disiplin ilmu, sekularisme termasuk dalam bidang التيارات (pemikiran). Perjuangan pertahankan aqidah dari ketulenan Islam telah dilaksanakan oleh ulamak ASWJ dalam pelbagai disiplin ilmu berpandukan AlQuran, AsSunnah, Ijmak dan Qias.

2. Dari sudut aqidah, mentauhidkan Allah dan mensucikan Allah dari segala sifat-sifat kekurangan telah diperjuangkan ulamak usuluddin. Hal ini kerana ilmu tauhid merupakan pokok agama melebarkan manfaatnya daripada serangan pemikiran sama ada zaman lampau atau sekarang. Antaranya ialah Imam Al Maturidi, Imam As Sya'irah, Imam Ghazali dan ramai lagi.

3. Hasil perjuangan mereka, kita menerima Islam dalam keadaan tulen, maka faedah daripada itu kita dapat dinikmati nikmat iman dan Islam.

Imam As Sya'irah berjaya menguasai bidang falsafah dan menyingkap kegelapan serta mendedahkan penyelewengan ahli falsafah melalui kajian yang begitu teliti.

Imam Ghazali telah menerbitkan kitab menjelaskan kegelapan falsafah yang menunjukkan kepekaan dalam mempertahankan Islam. Beliau bukan saja faqeh dalam ilmu feqah, tasawwuf bahkan dalam bidang falsafah. Beliau sangat amanah terhadap ilmu yang disampaikan dalam pelbagai bidang sehinggakan tiada lagi penolakan dari musuh Islam selepas kajiannya yang begitu teliti.

Diceritakan Imam Abdullah Al-Alwi Al-Hadad sanggup menunggu umur yang sesuai (sepatutnya) sebelum menulis kitab setelah kajian yang teliti dan pengalaman yang matang menunjukkan beliau sangat amanah terhadap ilmunya.

4. At-Tiyaaraat (pemikiran-pemikiran) ialah "Sesuatu perkara yang tidak faham oleh kebanyakan orang". Penolakan sekularisme adalah tuntutan bagi orang yang mendakwa ASWJ. Hal ini kerana ia merupakan lanjutan kelahiran baru bagi fahaman yang mana ditentang sungguh oleh ulamak terdahulu. Fahaman pendekatan mujassimah juga ditentang di masa lampau dan hari ini telah muncul kembali yang menjadi kewajipan bagi kita menentang aliran ini.

Falsafah yang sangat berbahaya ialah Sophism (menganggap segala perkara berdasarkan relatif) sehinggakan hukuman bagi penganut Sofism ialah disebat dan dipenjara kerana bercanggah dengan aqidah sebenar. Mereka juga mendakwa bahawa pendapat sesiapa adalah benar. Selain itu, mereka juga menafikan kewujudan alam sebagai bukti mereka nyatakan bahawa Allah tidak wujud.

Isme-isme yang wujud hari ini bertunjangkan kepada falsafah Sophism yang menganggap semua perkara berdasarkan relatif sehingga mereka menolak agama.

Aspek ilmiah, kita berdepan dengan aliran yang menawarkan dengan penemuan-penemuan dan kajian-kajian . Namun, semuanya dibina atas asas yang rapuh iaitu _discipline speculation_ (andaian berdisiplin) hanya sekadar andaian dan hipotesis yang rapuh.
Syeikh Mustafa Sobri digelar Syeikhul Islam. Kitabnya berkisar mengenai analisis falsafah sebanyak 3 jilid. Kitabnya disokong oleh Syeikh Said Ramadhan Al Buti yang menyebut " Belum pernah ada lagi kitab falsafah sebaik ini". Begitu juga, Imam Abdul Halim Mahmud Al Husaini seorang ulamak Azhar yang sebagai Ghazali Timur. Beliau menegaskan bahawa kelemahan bagi akal ialah boleh ditanggalkan sifat-sifat zahir, adapun sifat ketuhanan, tidak mampu ditanggalkan.

Kesimpulan Aristotlism menyatakan hal agama diterima bulat-bulat dan diserahkan urusan agama kepada gereja dan hal keduniaan diberikan atas pendirian masing-masing. Akhirnya mereka menjadikan akal sebagai panduan dan menanggalkan sifat-sifat ketuhanan dalam urusan.
Hukum akal ialah suatu entiti yang diperlukan dalam memahami tauhid dan taklifan. Penggunaan akal dalam Islam dibawa ke ufuk tertinggi dengan membawa bukti kewujudan Allah.

Namun di Barat hanyalah dalam kerangka material sahaja dan akhirnya menyimpulkan Allah tidak wujud dan menolak segala nilai-nilai agama yang menganggap ketinggalan zaman dan dianggap nisbi.

Ulamak telah berpesan bahawa akal terbatas dalam 2 aspek iaitu ketuhanan dan nilai(sesuatu baik dan buruk ditentukan oleh Al Quran dan As Sunnah)

Sekularism ialah suatu gerakan sosial yang memalingkan tujuan manusia daripada akhirat kepasa keduniaan. Oleh itu, umat Islam dituntut menyedari akan bahaya pemikiran-pemikiran ini dan menghalang bagi yang cuba menyebarkan dan mengagungkan pemikiran ini.

Wallahualam,
1.57 pagi | Jumaat | 3 Februari 2017 | 6 Jamadilawal 1438 H