Firman Allah s.w.t : “Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah " Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar) dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Surah Al - Baqarah: 120.
Sedikit coretan tentang peperangan pemikiran. Apakah maksud Peperangan Pemikiran atau Ghazwatul Fikri ini? Isitilah ini telah meluas digunakan oleh ulama’-ulama’ terdahulu seperti Syed Qutb, Muhammad Qutb, Syed Hawa, dan ideologi yang lain dalam karya-karya mereka.
Serangan pemikiran ini terbukti lebih berbahaya berbanding serangan fizikal dan telah pun berjaya mengaburi fikiran anak-anak muda. Ini terbukti apabila ramai anak muda kini mengamalkan gaya hidup orang kafir dan tidak mementingkan perjuangan amal Islami. Justeru itu, kepentingan kepada material telah menyebabkan mereka berasa tidak yakin untuk menghadapi dunia sebagai seorang muslim.
Antara senjata bagi serangan pemikiran adalah:
1 - Akronim 5S : Sex, Smoke, Study, Song, Sport.
2- Akronim 5F : Food, Fashion, Fun, Female, Fest.
3- Akronim SPIDER : Sex, Pills, Individualistic, Drug, Entertainment, Routine.
Perhatikan kepada Akronim SPIDER pada huruf R. Routine yang dimaksudkan disini adalah rutin yang menyebabkan seseorang itu lalai dan jauh dari Allah s.w.t. Dengan menggunakan ideologi-ideologi ini, mereka cuba mencabut pakaian Islam dari seorang muslim. Ancaman pemikiran pada abad ke 21 ini semakin hari semakin sengit sementara pemikir-pemikir Islam yang kian berkurang.
Daya fikrah sebahagian pemuda masih telalu lemah. Kebanyakan mereka hanya fikir tentang diri sendiri atau hanya sekitar kerjaya mereka . Mereka tidak melihat peranan mereka untuk ummah dan sedangkan Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah mahasiswa jua mestilah jelas dan syumul. Ketajaman fikrah Islami amat perlu di era kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah. )
Sahabat sekalian, bagi membina kekuatan ini, kita mesti berani menampilkan diri, banyak membaca ,terus-terusan menguasai ilmu dan mengadakan perbincangan ilmiah. Tingkatkan tiga kekuatan utama iaitu kekuatan Jismiyyah, Ruhiyyah, dan Fikriyyah. Tiga kekuatan ini merupakan kekuatan yang saling berantaian antara satu sama lain. Tingkatkan kekuatan Ruhiyyah dengan solat, menjaga kesihatan untuk kekuatan Jismiyyah, dan kekuatan Fikriyyah dengan meluaskan pembacaan dan menghadiri majlis ilmu. Pastikan tiga kekuatan ini dikumpul semaksima mungkin.
Setakat memiliki pangkat Dr. atau Prof. belum cukup untuk membuktikan kita sebagai seorang yang berkredibiliti atau berilmu. Buang sikap pengangguran otak (malas berfikir) , jangan banyak berlengah dan berdalih. Mari bercita-cita besar untuk menang dalam pertempuran yang makin sengit dan hebat ini.
Info : Ghazwatul Fikr ini sebenarnya telah pun dirancang sejak Perang Salib, tetapi kesan tersebut baru dapat dilihat sekarang. Sebagai seorang mahasiswa Islam khususnya, kita sepatutnya memacu kejayaan dengan bermatlamatkan Allah s.w.t demi membantu umat Islam yang semakin pincang kini. Dan terus berusaha menimba ilmu seterusnya menyebarkan kepada yang lain. Menurut isu ini, adakah kita sebenar-benarnya sudah merdeka? Sama-sama fikirkan. Salam Perjuangan. ^_^
1 pandangan:
mantop
Post a Comment