Nisa Al-Azhar Members KUIS (NISA ALAM) merupakan sayap mahasiswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.
Nisa' ALAM menitikberatkan isu muslimat di kampus dari pelbagai aspek kehidupan. Fokus kepada pembangunan diri seorang Muslimah di samping cakna terhadap isu, hiburan islami dan hukum agama.
Sejarah
Sayap mahasiswi ini telah wujud bersama-sama penubuhan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Namun, nama Nisa' ALAM mula diperkenalkan pada tahun 2012.
Pada tahun penubuhan semula ALAM KUIS, tugas 'ketua' Mahasiswi dipegang oleh TImbalan Presiden 2. Sepanjang tahun 2009 hingga 2011 pula, ia dinaik taraf menjadi sebuah unit khas berperanan sebagai sayap rasmi mahasiswi, Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA). Bermula tahun 2012 sehingga kini, ia dijenamakan semula sebagai Nisa' Al-Azhar Members KUIS, atau Nisa' ALAM.
Senarai Pengerusi Mahasiswi ALAM
2007/2008: Sakinah Al-Mardhiah binti Mesari
2008/2009: Masitoh binti Azizan
2009/2010 : dibekukan
2010/2011: Nur Hidayah binti Ishak
2011/2012: A'aidah binti Zakaria
2012/2013: Nurain binti Mohd Samsudin
2013/2014: Norhafiza binti Zanuddin
2014/2015: Siti Sumaiyah binti Mohamed
2015/2016 : Nurul Fatihah binti Md Nawi
2016/2017 : Siti Mariam binti Jamaludin
2017/2018 : Nur A'isha Akmal binti Jamaluddin
2018/2019 : Siti Ayesyah Durrah Han binti Joehan
2019/2020 : Nurin Jazlina binti Abdullah
Kerjasama Nasional
Sebagaimana organisasi induk, Kelab Al-Azhar Members KUIS yang merupakan rakan koalisi kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Nisa' ALAM turut menjadi rakan koalisi bagi sayap mahasiswi GAMIS, Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dalam menyampaikan suara mahasiswi ke peringkat nasional.
0 pandangan:
Post a Comment