KELAB AL-AZHAR MEMBERS KUIS atau nama ringkasnya ALAM KUIS merupakan sebuah Persatuan Mahasiswa Islam yang berpusat di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Sebagai sebuah persatuan mahasiswa Islam, ALAM KUIS sentiasa menjadikan Intelektual, Dakwah, Tarbiyah, Kesatuan dan Pengurusan Sistematik sebagai teras utama demi memastikan ianya sentiasa relevan dan diterima oleh masyarakat sekeliling khususnya dalam kawasan KUIS.
Sejarah Penubuhan
Kelab ini ditubuhkan sebaik sahaja penubuhan Pusat Islam Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) di atas nama Rakan Pusat Islam (RAPI), pada tahun 2000.
Pada 29 Mei 2002, Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj telah mengisytiharkan perasmian kampus KISDAR dan turut memberi nama masjid KISDAR sebagai Masjid Al-Azhar. Majlis tersebut berlangsung serentak dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor yang diadakan dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna.
Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, dengan kerjasama EXCO Tarbiyyah Majlis Perwakilan Mahasiswa KISDAR, RAPI telah dijenamakan dengan nama baharu iaitu Al-Azhar Members dengan singkatan ALAM.
KISDAR pula telah dinaik taraf sebagai Kolej Universiti lalu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 31 Disember 2004.
Logo Lama Al-Azhar Members KUIS |
Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, dengan kerjasama EXCO Tarbiyyah Majlis Perwakilan Mahasiswa KISDAR, RAPI telah dijenamakan dengan nama baharu iaitu Al-Azhar Members dengan singkatan ALAM.
KISDAR pula telah dinaik taraf sebagai Kolej Universiti lalu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 31 Disember 2004.
Logo Masjid Al-Azhar KUIS |
Atas beberapa faktor, ALAM tidak dapat bergerak sempurna pada tahun 2006 dan dibubarkan.
Setelah beberapa ketika dengan usaha beberapa individu yang prihatin dan berjasa, pada tahun 2007, Kelab Al-Azhar Members KUIS akhirnya dihidupkan kembali setelah dipersetujui oleh Nazir Masjid ketika itu, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, dan dipimpin oleh Ustaz Azihal bin Bangsawan. Alhamdulillah, akhirnya, Kelab Al-Azhar Members KUIS digerakkan kembali sehingga kini.
Ekoran penstrukturan semula Masjid Al-Azhar KUIS pada 2013, pihak jawatankuasa Masjid Al-Azhar KUIS mengiktiraf bahawa Kelab Al-Azhar Members KUIS turut berperanan sebagai Biro Pemuda Masjid. Ini membawa maksud, Presiden bagi kelab ini juga berperanan sebagai Ketua Biro Pemuda Masjid, dan terlibat dalam segala mesyuarat jawatankuasa Masjid.
Kerjasama Nasional
Kelab Al-Azhar Members KUIS merupakan rakan koalisi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), sebuah NGO Anak Muda yang menghimpunkan persatuan-persatuan mahasiswa Islam seluruh Negara.
0 pandangan:
Post a Comment