i Majlis Dialog ALAM & I-Rakan: Memperkasa Agenda "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN" ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Tuesday, 30 June 2009

Majlis Dialog ALAM & I-Rakan: Memperkasa Agenda "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Majlis dialog antara Kelab Al-Azhar members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)dengan persatuan I-Rakan, Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang berlangsung di KUIS baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Program yang menjadi medan untuk kedua-dua pesatuan bertukar-tukar pandangan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung di Dewan Senat KUIS namun terpaksa diubah ke Dewan Mesyuarat Pengurusan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma'ul Husna diikuti dengan ucapan aluan presiden ALAM, Saudara Mohamad Fahmi Iberahim. Majlis tersebut diteruskan dengan pembentangan dasar Persatuan I-Rakan yang dikendalikan oleh Presiden I-Rakan, Saudara Ahmad Mustapha diikuti dengan pembentangan setiap exco I-Rakan dan Persembahan slide. Majlis tersebut bagi sesi pagi ditangguhkan dengan semua pimpinan menikmati jamuan dan menunaikan solat fardhu zohor di Masjid Al-Azhar KUIS.

Selepas menunaikan solat fardhu zohor, majlis dialog bersambung semula kira-kira jam 2.30 petang. Majlis dimulai dengan pembentangan dasar Kelab al-Azhar members (ALAM)yang disempurnakan sendiri oleh Presiden ALAM diikuti dengan pembentangan setiap exco dan persembahan slide.Majlis diteruskan dengan sesi dialog yang membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran dan diakhiri dengan slot resolusi. Malis Dialog tersebut disempurnakan dengan bacaan doa dan sebelum bersurai, kedua-dua pihak ini sempat berbalas cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Bagi Kelab Al-Azhar Members (ALAM), majlis dialog ini meninggalkan impak yang cukup bermakna terutamanya dalam usaha memperkasakan gerak kerja perjuangan meninggikan Islam di bumi KUIS khususnya. Semoga usaha ini mampu merealisasikan agenda " ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN " disamping mendapat keredhaan ALLAH SWT.

-----------------------------------





0 pandangan: