Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain diriku menyambut seorang tetamu tetapku. “Subuh”.
Subuh menyapaku dengan salam. “Wa’alaikummus salam,” sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang merupakan tugasnya setiap hari.
“tadi ...”, kata Subuh dengan sayu,” ... saya baru sahaja melintasi satu tempat yang didiami ramai manusia, ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah sunyi, tapi satu pun tidak mahu menerimaku...