i Rasulullah SAW Sebagai Seorang Pendidik ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Friday, 27 January 2012

Rasulullah SAW Sebagai Seorang Pendidik


*Penjelasan umum tentang karakteristik, keutamaan, akhlak dan tabiat Rasulullah s.a.w sebagai seorang pendidik dan sisi keperibadian Baginda yang Universal

            Penjelasan karakteristik, keutamaan  dan kemuliaan akhlak serta tabiat Rasulullah sebagai seorang guru (pendidik) akan melengkapkan wawasan kita tentang karakteristik pendidikan Baginda, yang kedua-duanya tidak dapat dipisahkan, malah saling melengkapi. Sepertimana setiap perkataan dan hukum-hukum dinukilkan daripada sumber keperibadian Baginda. Termasuk juga di dalam hal mencontohi setiap tata-cara serta tindakan Baginda dan juga pengaruh-pengaruh yang timbul daripadanya terhadap jiwa seseorang. Aspek-aspek pendidikan yang terkandung di dalamnya merangkumi aspek kehidupan (sosial) dan beragama.

            Penjelasan berikut menunjukkan bahawa sesungguhnya Rasulullah merupakan seorang guru (pendidik) di dalam setiap jengkal perjalanan hidup Baginda, pemikiran Baginda, akhlak Baginda, amal perbuatan Baginda, perkataan dan ekspresi wajah Baginda serta pengalaman Baginda. Di dalam Al-Quran berfirman :

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة ( الأحزاب : 21 )
Sesungguhnya dalam diri Rasulullah s.a.w terdapat suri teladan yag baik bagi kalian.
(Q.S. AL.-AHZAB : 21)


            Imam Abu al-Hassan Ali bin Muhammad al-Mawardi al-Basri al-Baghdadi, di dalam kitabnya A ‘Alam al-Nubuwwah (pada bab XX), telah mengemukakan beberapa keistimewaan yang hanya dibeikan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Di antara bebeapa penjelasan yang dikemukakan di dalam kitabnya tersebut adalah sebagai berikut :

            Mengingat kedudukan para Nabi sebagai hamba-hambaNya yang terpilih dan merupakan makhluk terbaik, maka Dia (Allah) membebankan kewajipan kepada mereka untuk sentiasa menunaikan hakNya dan menuntut ketulusan mereka (dalam beribadah kepadaNya) dengan nilai ketulusan yang paling baik, serta mengukuhkan keadaan mereka dengan ikatan yang paling kuat. Hal ini demi memelihara nasib (keturunan) dan kedudukan mereka dari berbagai celaan dan kehinaan. Yang demikian itu agar jiwa dan hati manusia menjadi lembut (patuh) dan jernih terhadap mereka. Sehingga seluruh manusia akan mudah menerima seruan dakwah dan mentaati perintah-perintah mereka.

            Sesungguhnya, tanda-tanda kenabian sangat jelas pada diri Rasulullah s.a.w. Bukti-buktinya juga cukup kuat. Permulaannya menjadi saksi kepada bahagian yang paling akhir. Maka suatu kebohongan tidak akan bercampur dengan kebenaran, Sungguh , Rasulullah s.a.w diutus setelah Allah membersihkan jiwa Baginda terlebih dahulu dari segala macam kekotoran. Maka, segala prasangka buruk lenyap dariapda diri Baginda dan Baginda selamat dari pandangan-pandangan yang melecehkan. Akal sihat tidak dapat membatahnya. Hati dan jiwa pun tidak akan menolak atas menafikannya.

            Baginda adalah orang yang telah dipersiapkan Allah untuk memiliki akhlak dan perilaku hidup paling mulia. Baginda juga merupakan orang yang memiliki potensi dan posisi tertinggi di sisi Allah. Sungguh, semua itu merupakan prinsip-prinsip yang membawa kepada hal-hal yang sesuai dengan nila-nilai yang terkandung di sistem pendidikan Rasulullah s.a.w. dan menjadikan hal-hal yang berlawanan dengannya akan menjauh. Tiada satu pun kedudukan di dunia ini yang lebih tinggi daripada darjat kenabian yang merupakan perantara antara Allah dan hambaNya. Rasulullah s.a.w sentiasa mendorong makhluk kepada kebaikan dan menjadikan mereka taat kepada Allah Maha Mencipta Baginda adalah makhluk terbaik dan paling sempurna berbanding makhluk-makhluk yang lain.

            Tiada ada seorang manusia pun mampu mendekati keutamaan Baginda dalam hal sifat, akhlak, ucapan, dan tindakan, baik sebelum mahupun sesudah Baginda. Untuk menyimpulkan keperibadian Rasulullah tersebut Allah telah berfirman di dalam Al-Quran seperti berikut :

و إنّك لعلى خلق عظيم
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di atas akhlak yang paling Agung (mulia). 
Surah Al-Qalam:4

Sumber: 40 strategi pendidikan Rasulullah oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah 

0 pandangan: