i Ibadah Sa'i: Pengorbanan Siti Hajar ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Wednesday, 23 September 2015

Ibadah Sa'i: Pengorbanan Siti Hajar



Keperitan hidup sang isteri dan ibu kepada anaknya, Ismail mengajarnya meletakkan pergantungan hidup kepada Allah sepenuhnya. Tidak sedikitpun mengeluh atas ujian yang ditimpa oleh Siti Hajar, isteri kepada suami Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam yang sanggup ditinggalkan oleh suaminya ditengah-tengah padang pasir kering kontang yang jauhnya enam bulan dari rumah mereka.

Keadaan lebih getir apabila sang anak, Ismail menangis kehausan apabila susu ibunya telah kehabisan. Terbit kerisauan di hati Siti Hajar terus berlari mencari sumber air sehingga ternampak satu bukit iaitu Bukit Safa dan Marwah seakan-akan sudah berjaya mendapatkan air. Malangnya, hanya fatamorgana sahaja yang dilihat. Sehinggalah tujuh kali Siti Hajar berulang-alik berlari kepenatan datang satu rahmat Allah yang tidak diduga, mengalir air dari hujung kaki anaknya berterusan. Terus sang ibu berkata, "kumpul,kumpul".

Inilah hikmah Allah berikan kepada Siti Hajar atas keteguhan hatinya dalam mematuhi perintah Allah dan suaminya, Nabi Ibrahim. Pengumpulan manusia mendapatkan sumber air di Baitul Haram. Maka, inilah hikmah peristiwa turunnya perintah Allah dalam rukun keempat bagi menunaikan kewajipan haji dan umrah kepada semua umat Islam. Iaitu ibadah Sa'i berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Dalam firman Allah surah Ali-Imran ayat 96:

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk".

Justeru, Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga KUIS tidak kira dimana jua berada. Sempurnakan hari raya dengan sunnah-sunnah Zulhijjah sepertimana kata Al-Hafiz Ibnu Hajar, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadah-ibadah ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Muhammad Azli Firdaus Che Seman,
Timbalan Presiden,
Kelab Al-Azhar Members 2015.

'Terus Melangkah, Menabur Ukhuwah'.

0 pandangan: