“Rasullullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak dari berlakunya perkara buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada keadaan yang lebih baik”.
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: ‘orang yang kuat bukan terletak pada kemampuannya berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah’. (HR Imam Ahmad)
Islam mengajar umatnya bagaimana mengawal diri ketika marah supaya kemarahannya tidak berlarutan. Antaranya, apabila seseorang sedang marah itu berdiri, adalah lebih baik dia duduk.
Sabda Rasullullah s.a.w: ‘jika seseorang antara kamu marah sedang dia dalam keadaan berdiri, mak hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang marahnya, maka hendaklah dia baring’. (HR Imam Ahmad)
Selain itu, mereka yang sedang marah boleh memadamkan kemarahannya dengan berwudhu’. Antara kelebihan berwudhu’ ialah membersihkan diri daripada kekotoran hati dan secara fizikalnya menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.
Hadis diriwayatkan Abu Daud bermaksud: ‘sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang dari kamu marah, hendaklah dia berwudhu’.
Mereka yang Berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah.
Perkara ini dijelaskan Rasullullah s.a.w yang bermaksud: ‘barangsiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya. Maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari yang ia sukai’. (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)
Disamping mampu menahan sifat marah, seseorang itu perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkannya marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian.
0 pandangan:
Post a Comment