1. Rakyat di Malaysia pada tarikh ini, tersenyum menyambut sambutan hari
Malaysia, sejarah mencatatkan pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah
mengisytiharkan penubuhan Malaysia di
dataran merdeka disaksikan hampir 30 000 rakyat Malaysia, dan sehingga kini,
sambutannya masih diraikan. Ayuh kita panjatkan setinggi- tinggi kesyukuran
hanya kepada Allah diatas rahmat keamanan yang telah dikurniakan kepada kita sehingga
ke hari ini.
2. Kebebasan sebenar buat diri seorang hamba Allah adalah pembebasan
dari segenap bentuk penjajahan, segala bentuk fahaman yang bertentangan dengan
ajaran islam wajib ditolak. Sebagaimana
sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan
dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia
yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu,
kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib
merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.
3. Dalam kegembiraan kita meraikan kemerdekaan dan sambutan
hari Malaysia, usah pernah lupa, sejarah luka umat islam juga pernah mengukir
kisah sadis pada tarikh ini- 16 September.
4. Peristiwa Shabra dan syatila yang telah berlaku di
beirut, Lubnan, amat menconteng memori umat islam, peristiwa yang mencatatkan
pembunuhan 3000 orang rakyat palestin yang mendiami kem pelarian di shabra dan
syatila, telah berlaku pada tahun 1982. Ianya sebuah kezaliman yang tidak dapat
diterima oleh akal manusia, peristiwa ini secara terang- terangan telah
dilakukan oleh zionis israel dibawah pimpinan menteri pertahanannya, Areal
sharon. Lebih dahsyat lagi, mereka telah dibunuh didalam rumah mereka sendiri,
didalam perjalanan ke sekolah, dan ada yang dibunuh ketika dalam perjalanan
kekedai mencari keperluan makanan. Jikalau selepas 11 September (peristiwa
runtuhan WTC), majlis keselamatan PBB
telah mengeluarkan ketetapan 1373 dalam
persidangannya yang ke 3485, ketetapan yang membenarkan AS menjajah mana- mana
negara didunia ini dengan alasan memerangi keganasan, mengapakah tiada
ketetapan seumpama ini sejurus selepas peristiwa 16 September sehingga ke hari
ini, sedangkan seisi dunia melihat, anak- anak kecil, wanita- wanita dunia dan
golongan yang lemah diperlakukan dengan sebegitu zalim dan amat mendukacitakan.
Jika Afghanistan dan Iraq telah musnah dihancurkan AS atas alasan memerangi
keganasan, mengapa perkara yang sama tidak dilakukan keatas Israel sejak dulu
lagi? Ya, kita maklum jawapannya adalah kerana Israel dan AS adalah rakan
kongsi kezaliman terhadap umat islam, namun begitu, ia terus menambah peratus
kezaliman mereka yang sepatutnya membuatkan lebih ramai pihak membuka mata
seluas- luasnya.
5. Sebuah lagi peristiwa yang terakam dalam lipatan sejarah
umat islam ialah pada 16 september 1931, kisah
pembunuhan seorang pahlawan islam di libya, yang dihukum gantung kesan
dari penentangannya terhadap penjajah itali, beliau yang dimaksudkan adalah Omar
al- Mukhtar ke syahid (insyaAllah) kembali kepangkuan Illahi dalam usianya
yang mencecah keangka 80.
Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya
melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat
Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Barouni dan Silima An-Nailiah. Kisah
perjuangannya juga diadaptasikan dalam filem, untuk umat islam lebih banyak
mengkaji sejarah mereka.
Semoga akan lahir Omar al- mukhtar kedua, bahkan yang lebih hebat
semangat juangnya dalam mempertahankan islam.
6. Dan 16 september ini, dunia menyaksikan kezaliman terhadap umat
islam terus berlaku, sehingga artikel ini ditulis, pada 16 september ini di
Syria, sekitar pengeboman yang berlaku di kampuang u’waid, terletak di wilayah
idlib, seorang bapa telah kehilangan empat orang anaknya secara serentak, dan
seorang kanak- kanak perempuan telah disembelih sehingga putus kepalanya, dan
pelbagai jenayah lain yang tidak dapat dicatatkan disini. Dan di wilayah Arakan,
Myanmar, etnik Rohingya yang beragama islam terus bermandi darah sehari
kesehari, ayuh muhasabah diri, jika 16 September 2012 ini kita sedang bergelak
ketawa, ingatlah takungan darah dan air mata dari seluruh umat islam yang
dizalimi di seluruh dunia akan terletak dipundak kita di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Perbandingan
orang Mukmin dengan Mukmin yang lain dari segi kasih mesra di hati dan bergilir
emosi kasih sayang ibarat tubuh yang satu, apabila satu anggotanya sakit
seluruh anggota turut demam dan berjaga malam".
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Orang
Mukmin di samping Mukmin yang lain ibarat sebuah binaan, saling mengukuhkan
antara satu dengan yang lain".
7. Selamat menyambut
hari Malaysia ke 55 dari kami Al- Azhar members, ayuh sambutnya dengan semangat islam, jangan sekali- kali
kita lupa pada saudara seislam kita yang ditindas dalam kegembiraan kita
menyambut nikmat keamanan.
Pengerusi Nisa’ ALAM sesi 2011/2012
NURAIN BINTI MOHD SAMSUDIN
0 pandangan:
Post a Comment