Sekali lagi, umat
islam diseluruh dunia dikejutkan dengan penerbitan sebuah filem yang
menggambarkan penghinaan yang amat dahsyat terhadap Rasululullah s.a.w, filem
yang berjudul ‘Innocence of Muslims’ sekali lagi
menyentak hati umat islam selepas siri- siri penghinaan yang ‘dilepaskan’
sebelum ini, seperti karikatur menghina Rasulullah, pembakaran Al- Quran dan lain- lain lagi, seolah- olah ingin mencabar dan menyukat
paras sensitivitI umat islam pada hari ini.
Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh seorang yahudi Amerika yang bernama Sam Bachile yang bertindak melampaui batas ‘lampu merah’ sehingga dicatatkan, muslim diseluruh dunia : Mesir, Sudan, Tunisia, Yaman, Pakistan, Afghanistan, Indonesia termasuk Malaysia, pada semalam (jumaat) telah keluar menjalankan protes bantahan selepas menunaikan solat jumaat di kebanyakan di hadapan kedutaan Amerika di negara- negara masing- masing. Bahkan bantahan juga dibuat oleh Vatican City Rome, Italy iaitu Pusat Kristian Katolik, dari Yahudi Ortodoks dan beberapa kumpulan agama yang lain, yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kumpulan (penerbit filem) ini. Kandungan filem ini dikatakan telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Umat islam diajar
untuk tidak menghina kepercayaan agama lain sekalipun mereka menghina Agama
islam, sekalipun bantahan atas hal penghinaan seperti ini, umat islam tidak
dibenarkan untuk menghina mana- mana agama, ianya secara tidak lansung
menunjukkan kesyumulan islam yang mengajar umatnya berkaitan akhlak dan adab
terhadap bukan islam. Umat islam
diseluruh dunia bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w tanpa keluar dengan menghina mana- mana agama
tetapi demi menunjukkan izzah kekuatan umat islam yang pasti bangkit bersatu
sekiranya berlaku keadaan melampau seperti ini. Di Mesir dicatatkan hampir
sejuta orang berkumpul selama dua hari bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan
hati, membantah dan memberi peringatan keras kepada golongan yang dengan
beraninya mempermainkan kehormatan islam. Di Malaysia, bantahan dibuat
diseluruh negara selepas selesai menunaikan solat jumaat, Umat islam turut mendesak supaya Presiden Amerika
Syarikat, Barack Obama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penerbit filem
tersebut, dan turut mengingatkan agar para pemimpin negara dengan tegas
menyatakan bantahan mereka terhadap video penghinaan Rasulullah ini. Namun
begitu, Media- media barat pula mengambil kesempatan menyatakan bahawa orang
islam membantah filem ‘Innocence of Muslims’ ini dengan saling membunuh dan melakukan perbuatan
ganas dan mengancam duta- duta Amerika di luar negara, seolah- oleh lupa terhadap
jenayah- jenayah perang yang lebih
dahsyat dilakukan oleh barat terhadap umat islam.
Sehubungan
dengan ini , kami dari Al- Azhar Members
:
1. Menyeru
kepada semua mahasiswa KUIS untuk bangkit menyatakan rasa cinta kita kepada
Rasulullah dan agama islam dan terus cakna diatas isu- isu umat islam diseluruh
dunia termasuklah berkaitan penindasan dan pencabulan keatas kehormatan islam.
2. Dan kami
mengajak semua para sahabat untuk terus mendoakan dan melakukan solat hajat
memohon kepada Allah diatas kezaliman musuh Allah ini.
3. Kami
mengharapkan agar para sahabat tidak terus berdiam diri diatas penghinaan ini, bahkan
tidak cukup sekadar melaungkan bantahan, marilah sama- sama kita meneruskan
agenda dakwah dengan menyebarkan kebenaran islam dan memberikan pencerahan
terhadap masyarakat yang masih tidak memahami
agar islam dapat difahami dan diamalkan dengan selayaknya. Wallahua’lam.
Presiden Al- Azhar Members sesi 2011/2012
AMIRUL HAFIZ BIN OTHMAN
0 pandangan:
Post a Comment