i Mengenang Kembali Sembelihan Shabra Shatila: Di manakah Kekuatan Kita? ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Friday, 18 September 2015

Mengenang Kembali Sembelihan Shabra Shatila: Di manakah Kekuatan Kita?


1) Barangkali ada di antara kita yang terlupa, 16 September merupakan tarikh tragedis dalam sejarah Islam dan buat umat Islam khususnya. Masakan tidak, tarikh 16 September merupakan sambutan Hari Malaysia sehingga kita lupa tarikh yang lebih penting melibatkan jiwa-jiwa umat Islam kita di bumi Al-Quds. Pada16 September 1982, umat Islam telah disembelih beramai-ramai oleh tentera israel laknatullah alaihim selama tiga hari berturut-turut (16-18 September 1982).

2) Menteri Pertahanannya waktu itu, Ariel Sharon melakukan keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam yang menghuni dua buah perkhemahan di Shabra dan Shatila, Lubnan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan. Angka yang terkorban terlalu ramai angkara sang pembuas, tentera Sharon. Ada yang ditembak, ada juga yang dipancung. Demikianlah nafsu serakah yang tertonjol oleh zionis yahudi umpama perogol bersiri meragut kesucian perawan-perawan. Sikap degil dan tidak peduli akan azab Allah telah terakam dalam Al-Quran selagi mana umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka. Lebih-lebih lagi mereka ingin mencabul tanah suci Palestin sebagai tanah suci mereka sepertimana dakwaan mereka.

3) Perlu diingatkan semula dalam lipatan sejarah, bahawa bangsa yahudi sinonim dengan onar mereka sentiasa melakukan tikaman pengkhianatan kepada para anbiya' seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka musuh kepada para rasul. Atas dasar ini bangsa yahudi tiada hak terhadap bumi palestin dan tidak ada kelebihan bagi mereka ke atas bumi suci Al-Quds.

4) Termasuk juga dalam sunnatullah adalah bahawasanya, seseorang yang kuat tidak akan selamanya akan kuat dan orang yang lemah tidak akan selamanya berada terus lemah. Dan berapa ramai yang mempunyai kehormatan bertukar menerima kedudukan yang hina dan begitulah sebaliknya.

5) Justeru, mustahil untuk yahudi sewenang-wenangnya menceroboh bumi suci Al-Quds selama-lamanya.
Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, surah Ali-Imran ayat 140:

وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
"Dan Kami(Allah) gilirkan hari-hari antara manusia".

Janganlah kita selaku umat Islam merasa lemah dan marilah kita bersama-sama kembalikan kekuatan umat Islam dengan menguatkan jiwa kita dengan roh Islam serta kembali memenangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُم
[Surat Muhammad 35]

"Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah, maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu".

6) Oleh itu, menjadi kewajipan atas kita selaku umat Islam untuk membela serta mengembalikan semula al-Quds milik umat Islam dengan segenap usaha yang termampu bermula dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Usaha terus menerus memboikot barangan Israel antara yang membuktikan implikasi buruk terhadap ekonomi yahudi itu sendiri. Tidak dilupakan juga, kita perlulah senantiasa menadah tangan melafazkan tutur doa buat umat Islam kita seluruhnya.

Muhammad Firdaus Noor Hisham,
Ketua Exco Tarbiah & Kepimpinan ALAM 2015.

'Terus Melangkah, Menabur Ukhuwah'.

0 pandangan: