[ PEMBENTANGAN USUL PINDAAN AKTA 355 ]
Hari terakhir dalam Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 Dewan Rakyat semalam (26 Mei) telah menyaksikan sejarah tersendiri buat perkembangan Islam di tanah air kita, Malaysia.
Dalam mesyuarat semalam, Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Kemudian, atas permintaan beliau, usul tersebut akan disambung pada Mesyuarat Ketiga akan datang yang dijangka berlaku bulan Oktober.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran;
صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ.
"Celupan (agama) Allah; dan siapakah yang lebih baik celupannya (agama) daripada Allah? dan kepadaNyalah kami beribadah".
Bersesuaian dalil di atas, keimanan yang jitu terhadap sistem hukum-hakam yang ditetapkan Allah berbanding sistem ciptaan manusia, maka Pembentangan Usul ini menjadi satu sinar kebahagian kepada seluruh masyarakat Islam.

Sehubungan itu, Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas kejayaan beliau mengusulkan RUU Persendirian tersebut yang dilihat sebagai detik bersejarah bagi semua gerakan Islam yang menjalankan tanggungjawab dakwah serta kewajipan memartabatkan Islam dalam ruang dan kerangka demokrasi.
Seluruh umat Islam seharusnya berterima kasih kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam membentangkan RUU ini.
"Membina Malaysia Sejahtera”
“Cakna Merentasi Sempadan Ideologi”
"Dakwah Terpimpin, Kesatuan Terjalin"
“Cakna Merentasi Sempadan Ideologi”
"Dakwah Terpimpin, Kesatuan Terjalin"
Lajnah Penerangan & Multimedia,
Kelab Al-Azhar Members 2016.
Kelab Al-Azhar Members 2016.
LIKE | SHARE Kelab Al-Azhar Members
http://www.fb.com/alamkuis.original
http://www.fb.com/alamkuis.original
0 pandangan:
Post a Comment