UCAPAN PRESIDEN ALAM 2019
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.إن الحمد لله نحمده ونستغفره ونتوب إليه،
ونعوذ من شرور أنفسنا، ومن سيئات اعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن
يضل هادي له، أشد ألا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدنا
عبده ورسوله. اللهم سيدنا ونبينا ومولنا محمد ابن عبد الله امام المتقين وقائد
الدعاة المجاهدين، وعلى آله وأصحابه والتابعين وتابعيهم بإحسان إلى يوم
الدين، أما بعد
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Tetap,
Yang Dikasihi Dr Saifullah bin Samsudin selaku Nazir Masjid Al-Azhar KUIS,
Seluruh pimpinan ALAM KUIS sesi 2019,
Mantan pimpinan ALAM KUIS sesi 2018,
wakil-wakil persatuan-persatuan mahasiswa KUIS yang hadir,
muktamirin dan muktamirat,
serta pemerhati-pemerhati muktamar yang dirahmati Allah s.w.t
1. Saya ucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua rakan-rakan seperjuangan serta kepada
tetamu yang hadir ke Muktamar ALAM pada tahun ini. Marilah dengan penuh pengharapan kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat,
serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fisabilillah, kerana
keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.
“Melangkah Bersama Islam”
2. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 30:
َوِإْذَ قاَلَ رُّبَكِ لْلَمَلاِئَكِةِ إِّنيَ جاِعٌلِ في اْلَأْرِضَ خِليَفًة َۖ قاُلواَ أَتْجَعُلِ فيَهاَ من
ُيْفِسُدِ فيَهاَ وَيْسِفُك الِّدَماَءَ وَنْحُنُ نَسِّبُحِ بَحْمِدَكَ وُنَقِّدُسَ لَك َۖقاَلِ إِّنيَ أْعَلُمَ ما
َ لاَ تْعَلُموَن
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Mahasiswa dan Mahasiswi sekalian,
3. Ayat ini menjelaskan akan kepentingan diciptakan manusia untuk memimpin
bumi. Amanah ini diberikan oleh Allah kepada manusia dan tidak kepada
makhluk lain kerana Allah Maha Mengetahui akan penciptaannya.
4. Perkara ini sangat berkait rapat dengan golongan muda terutamanya
Mahasiswa yang merupakan mata rantai atau aset dalam menyambung
risalah dakwah Nabi Muhammad SAW kepada seluruh pelusuk KUIS dan
masyarakat.
Mahahsiswa dan Mahasiswi sekalian,
5. Kelab Al-Azhar Members KUIS merupakan salah sebuah persatuan NGO yang
mana ia dinaungi oleh Bahagian Pengurusan Mahasiswa di peringkat
pengurusan pentadbiran KUIS. Di samping itu, Kelab Al-Azhar Members juga
merupakan Biro Pemuda Masjid di bawah naungan Masjid Al-Azhar KUIS yang
juga diperanankan sebagai agen dakwah kepada seluruh mahasiswa dan
masyarakat KUIS supaya menjadikan Masjid Al-Azhar KUIS sebagai pusat
utama bagi segala aktiviti.
6. KUIS, memperkenalkan slogan Daie, Ulama dan Umara’ merupakan satu
contoh kepada kampus lain bahkan meletakkan harapan kepada mahasiswa
KUIS supaya mampu untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Hal
ini kerana KUIS mempunyai suasana yang baik dan budaya yang harmoni.
Sebagai contoh, menjadikan masjid adalah tempat utama dalam penerapan
dan penyebaran ilmu yang berada di tengah-tengah pusat pentadbiran KUIS
bahkan meletakkan keutamaan kepada penerapan Bi’ah Solehah supaya
dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan di peringkat Mahasiswa.
Mahahsiswa dan Mahasiswi sekalian,
7. Melihat kepada perkara tersebut, maka ia tidak lari daripada peranan
mahasiswa itu sendiri dalam mengekalkan dan menjaga suasana yang baik
dan Bi’ah Solehah ini. Berbalik kepada ibrah ayat penciptaan manusia sebagai
khalifah yang saya bacakan pada permulaan tadi, iaitu tugas mahasiswa
sebagai penuntut ilmu adalah satu perkara kewajipan yang tidak dapat
disangkal dan perlu diseiringkan dengan tugas sebagai seorang mukmin
sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:
(وۡلَتُكنِّ منُكۡمُ أَّمٌ۬ةَ يۡدُعوَنِ إَلى ٱۡلَخۡيِرَ وَيۡأُمُروَنِ بٱۡلَمۡعُروِفَ وَيۡنَهۡوَنَ عِن ٱۡلُمنَكِرۚ َوُأْوَلٰٓـِٕٮَكُ هُم ٱۡلُمۡفِلُحوَن (١٠٤
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada perkara yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.”
8. Maka berdasarkan ayat ini, Kelab Al-Azhar Members KUIS selaku Biro Pemuda
Masjid Al-Azhar KUIS bersama-sama BADAR mahupun seluruh entiti-entiti di
bawah ALAM sedia memperluaskan hubungan dan kerjasama dengan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP), JAKSA, dan mana-mana Persatuan-Persatuan
Mahasiswa, Kelab-Kelab, serta Pentadbiran KUIS bagi menjalankan gerak
kerja Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar di bumi KUIS ini.
9. Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah Radhiallhu’anh tentang 7 golongan yang mendapat naungan ALLAH
SWT di akhirat kelak antaranya ialah رجل معلق قلبه فى المساجد iaitu
Pemuda yang hatinya selalu terpaut dengan masjid.
Maka di sini, Kelab Al-Azhar Members KUIS selaku Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS menyediakan platform usrah, qiamullail di Masjid Al-Azhar dan
Halaqah Iman dan pelbagai pengisian kerohanian lain yang bertujuan untuk
menjadikan tunjang kekuatan bagi setiap amalan yang digerakkan di semua
peringkat mahasiswa seiring dengan apa yang disebut dan diperintahkan oleh
Allah SWT dan secara tidak langsung berazam untuk melahirkan mahasiswa
yang mampu untuk menjadi contoh yang terbaik serta berkepimpinan
menepati ciri Daie,Ulama dan Umara’.
10. Peranan mahasiswi juga merupakan satu peranan yang sangat besar untuk
dijadikan sebagai agen perubahan. Terutamanya zaman yang penuh dengan
media sosial dan pergaulan yang membimbangkan. Justeru melalui sayap
mahasiswi kita, NISA’Al-Azhar Members KUIS begitu komited bagi
menyediakan medan dan ruang untuk seluruh mahasiswi terutamanya di KUIS
untuk berpencak dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat.
Sidang Muktamirin sekalian,
11. Pilihanraya Kampus merupakan sebuah proses demokrasi yang perlu dijalani
oleh warga kampus, termasuklah di KUIS. Memahami suasana budaya politik
di KUIS masih perlu ditambah baik, maka di kesempatan ini, kami Kelab Al-Azhar Members KUIS ingin menegaskan kepada seluruh mahasiswa supaya
menyedari bahawa mahasiswa KUIS mempunyai peranan yang besar dalam
aspek kepimpinan Islam sekaligus menjadi penyumbang kepada kemajuan
dan keharmonian negara.
Dengan itu, mahasiswa KUIS harus menunaikan
tanggungjawab pada Pilihanraya Kampus KUIS yang akan berlaku tidak lama
lagi.
Seterusnya, Kelab Al-Azhar Members juga mempunyai sebuah kumpulan
media bagi menghidupkan budaya pendidikan politik yang damai dan
toleransi di bumi KUIS, yang diberi nama KUIS Campus E-News. KUIS Campus
E-News ini akan bergerak dengan membuat liputan khas berkenaan
perjalanan Pilihanraya Kampus KUIS dan menyampaikannya menerusi laman
Facebook rasmi mereka.
Sidang Muktamirin sekalian,
12. Dalam mewujudkan satu suasana yang baik di kalangan mahasiswa, perlunya
kepada penerapan nilai-nilai ajaran Islam yang bertepatan dengan syariat
Allah SWT bukan hanya mengikut kehendak nafsu demi memenangkan hati
manusia tanpa menghiraukan keredhaan daripada Allah SWT. Oleh kerana itu,
Kelab Al-Azhar Members begitu komited dalam meneruskan usaha-usaha
dakwah bagi mengekalkan Biah Solehah di KUIS ini, kami akan terus
membawa Kempen Biah Solehah (KBS) bagi menerapkan nilai-nilai Islam
dalam kalangan mahasiswa supaya terwujud di dalamnya suasana yang baik,
suasana yang diredhai oleh AllahSWT.
13. Sebagai pengakhiran ucapan saya pada malam ini, suka saya membacakan
sepotong ayat daripada firman Allah SWT di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran:
يۡؤِمُنوَنِ بٱلَّلِهَ وٱۡلَيۡوِم ٱۡلَأِخِرَ وَيۡأُمُروَنِ بٱۡلَمۡعُروِفَ وَيۡنَهۡوَنَ عِن ٱۡلُمنَكِر
َوُيَسٰـِرُعوَنِ فى ٱۡلَخۡيَرٲِتَ وُأْوَلٰٓـِٕٮَكِ مَن ٱلَّصٰلِحيَن
“Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan menyuruh berbuat segala
perkara baik dan melarang kepada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka
(yang demikian sifatnya), adalah dari orang yang soleh.”
Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Tetap, Pengarah
dan Jawatankuasa Muktamar, semua Pimpinan, semua tetamu yang hadir serta
semua pihak yang menjayakan muktamar pada kali ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT.
سيرواعلى بركة الله وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وسلم وآخر
.دعوانا أن االحمدلله رب العالمين
0 pandangan:
Post a Comment