[KONSERT BLACKPINK PENYUMBANG KEPADA RUNTUHNYA MORAL MAHASISWA]
- Barisan saff kepimpinan Kelab Al-Azhar Members (ALAM) membantah kumpulan nyanyian asal Korea, BLACKPINK yang tiba di Malaysia pada 23 Februari 2019, yang mengadakan konsert di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad.
- Kumpulan ini sangat dikenali dengan anggotanya yang terdiri daripada kalangan wanita yang berpakaian terlalu melampau dan menjolok mata. Bukan sekadar pemakaian bahkan tarian yang dipertontonkan adalah seolah-olah mencabar sesebuah negara Islam dan sekaligus menanam pengaruh yang tidak baik kepada rakyat Malaysia khususnya mahasiswa secara tidak langsung.
- Malaysia sebuah negara yang majoritinya penganut Islam, maka adalah tidak wajar sama sekali program nyanyian seperti itu diluluskan . Bukan sahaja masyarakat Melayu Islam akan merasa tidak selesa malah penduduk agama lain juga akan merasa perkara yang sama kerana perkara sedemikian akan merosakkan cara pemikiran anak muda pada zaman sekarang.
- Pihak penganjur boleh menentukan hiburan seperti apakah yang sesuai dipertontonkan. Dengan hiburan yang sangat melampau seperti ini, akan lagi mendatangkan kesan buruk kepada minda, sosial dan sikap generasi kita pada masa akan datang.
- Pihak yang berautoriti dalam memberikan keizinan serta permit juga perlu bertegas dengan garis panduan yang sewajarnya. Ia bagi memastikan Malaysia yang terkenal dengan imej kesopanan kalangan rakyatnya agar tidak dicemari dengan sesuatu yang tidak elok.
NUR ALI MUHAMMAD BIN MOHAMMAD HISHAM
EXCO BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)
KELAB AL-AZHAR MEMBERS
0 pandangan:
Post a Comment