i Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Thursday, 24 December 2009

Minggu Penghayatan Maal Hijrah berlangsung dengan jayanya




Pada 18 hingga 19 Disember 2009 yang lalu telah berlangsungnya program kemuncak Minggu Penghayatan Maal Hijrah anjuran Persatuan Asasi KUIS (PERSIS) yang telah berlangsung dengan jayanya.

Program yang julung-julung kali diadakan ini yang bertemakan "Hijrah Membina Khaira Ummah" menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu tersebut.

Perasmian Penutup Minggu Penghayatan Maal Hijrah telah disempurnakan oleh Presiden ALAM, Saudara Muhammad Fahmi Iberahim bagi menggantikan Dekan Pusat Asasi, Dr. Zulkefli Hj Aini yang tidak dapat hadir pada majlis perasmian penutup tersebut.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Saturday, 24 October 2009

ALAM Edar Risalah Tinta Pimpinan



Sempena dengan kemasukan pelajar baru ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada sesi kemasukan kali ini, Kelab al-Azhar Members (ALAM) akan mengedarkan risalah Tinta Pimpinan ALAM 08/09 yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar baru.

Risalah Tinta Pimpinan ALAM memuatkan tulisan-tulisan hasil karya penulis-penulis terkenal yang terdiri daripada pimpinan ALAM sendiri. Menurut ketua Exco Akademik & Penyelidikan ALAM, Muhammad Fakhrur Razi yang terlibat secara langsung menyiapkan risalah ini, tujuan Tinta Pimpinan ALAM 08/09 ini dikeluarkan bagi menjana pemikiran mahasiswa dan memuatkan perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan secara bersama.

Semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua warga KUIS.

Tuesday, 4 August 2009

Karnival Jom Ke Masjid II



KUIS: Jumaat 9 Sya`ban - 31 Julai malam: ADUN Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar dijemput merasmikan karnival masjid yang bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS anjuran ahli Kelab Masjid dan Masjid al-Azhar sendiri. Tujuan diadakan karnival ialah bagi menarik warga kampus mengimarahkan masjid yang berada di tengah-tengah bangunan dan kawasan kampus, khususnya menjelang dan tibanya Bulan Ramadhan. Berbagai-bagai kegiatan diadakan sepanjang karnival yang berlangsung selama seminggu (31 Julai- 7 Ogos).

Antara kegiatan ialah kuliah agama, ceramah perdana, munajat, zikir, bacaan ma`thurat, bicara siswa, diskusi ilmiah HAWA, bicara ad-din, sukan dalaman, perlawanan bola sepak, pertandingan nasyid dan kesenian Islam. Dalam majlis perasmian yang dihadiri lebih kurang 50 pelajar itu ADUN mencadangkan masjid seharusnya bersifat terbuka. Contoh sebahagian pengajaran yang bersesuaian hendaklah dilakukan di masjid, tokoh-tokoh ilmuan dan pensyarah dari luar hendaklah dijemput untuk menyampaikan ilmu, ruang bagi orang ramai dari luar kampus hendaklah dibuka bagi mereka ingin turut hadir. Jika perlu pelajar-pelajar hendaklah wajib hadir berjamaah setiap waktu solat fardu.

Dipetik dari Blog Dr Shafie: http://drshafie.blogspot.com/2009/08/karnival-jom-ke-masjid-ii.html

Friday, 31 July 2009

Spotcheck : ALAM tidak terlibat



Kelab Al-Azhar Members (ALAM) memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku. Adalah dimaklumkan bahawa ALAM tidak terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kejadian tersebut (spotcheck).

Untuk pengetahuan, semua pimpinan ALAM tidak berada di tempat kejadian memandangkan kami sedang mengadakan program bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah (Nazir Masjid Al-Azhar).

Sehubungan dengan itu kami memohon kerjasama daripada semua pihak yang menjadi mangsa atau memiliki maklumat untuk tampil bagi menyelesaikan masalah ini. Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan terus kepada:

1) Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM)
2) Pejabat Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
3) Atau menghubungi nombor berikut:
Sdr. Mohd Fahmi Bin Iberahim -Presiden ALAM
Sdr. Akmal- Setiausaha ALAM

Kerjasama semua pihak adalah sangat kami harapkan

Yang benar,
Presiden Al-Azhar Members

Wednesday, 15 July 2009

ALAM Kendali 'Khemah Ibadah" di S.K. Serdang

Pada 4 dan 5 Julai yang lalu Kelab al-Azhar Members (ALAM) telah menerima jemputan untuk mengendalikan 'Khemah Ibadah' anjuran Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sekolah Kebangsaan Serdang. Program tersebut yang bermatlamatkan kecemerlangan solat melibatkan seluruh pelajar Muslim tahun 6 Sekolah Kebangsaan Serdang.

Fasilitator daripada al-Azhar Members (ALAM) yang terdiri daripada 9 orang muslimin dan 10 orang muslimat itu diberikan penghormatan dan kepercayaan sepenuhnya untuk mengendalikan program tersebut. Pelbagai pengisian menarik yang menjurus ke arah kecemerlangan ibadah dan solat berjaya dilaksanakan seperti LDK, kembara ibadah, tazkirah, muhasabah, ceramah motivasi dan sebagainya. 

Bagi Fasilitator al-Azhar Members (ALAM), jemputan tersebut merupakan suatu perhormatan dan kepercayaan yang tinggi kepada organisasi ini. Program tersebut juga menjadi medan terbaik untuk pimpinan ALAM mencurahkan segala ilmu dan pengalaman untuk manfat bersama khususnya warga S.K.Serdang. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

--------------------------------






Tuesday, 30 June 2009

Majlis Dialog ALAM & I-Rakan: Memperkasa Agenda "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Majlis dialog antara Kelab Al-Azhar members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)dengan persatuan I-Rakan, Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang berlangsung di KUIS baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Program yang menjadi medan untuk kedua-dua pesatuan bertukar-tukar pandangan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung di Dewan Senat KUIS namun terpaksa diubah ke Dewan Mesyuarat Pengurusan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma'ul Husna diikuti dengan ucapan aluan presiden ALAM, Saudara Mohamad Fahmi Iberahim. Majlis tersebut diteruskan dengan pembentangan dasar Persatuan I-Rakan yang dikendalikan oleh Presiden I-Rakan, Saudara Ahmad Mustapha diikuti dengan pembentangan setiap exco I-Rakan dan Persembahan slide. Majlis tersebut bagi sesi pagi ditangguhkan dengan semua pimpinan menikmati jamuan dan menunaikan solat fardhu zohor di Masjid Al-Azhar KUIS.

Selepas menunaikan solat fardhu zohor, majlis dialog bersambung semula kira-kira jam 2.30 petang. Majlis dimulai dengan pembentangan dasar Kelab al-Azhar members (ALAM)yang disempurnakan sendiri oleh Presiden ALAM diikuti dengan pembentangan setiap exco dan persembahan slide.Majlis diteruskan dengan sesi dialog yang membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran dan diakhiri dengan slot resolusi. Malis Dialog tersebut disempurnakan dengan bacaan doa dan sebelum bersurai, kedua-dua pihak ini sempat berbalas cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Bagi Kelab Al-Azhar Members (ALAM), majlis dialog ini meninggalkan impak yang cukup bermakna terutamanya dalam usaha memperkasakan gerak kerja perjuangan meninggikan Islam di bumi KUIS khususnya. Semoga usaha ini mampu merealisasikan agenda " ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN " disamping mendapat keredhaan ALLAH SWT.

-----------------------------------





Friday, 19 June 2009

Malam Ukhuwah Perdana : Semarakkan Ukhuwwah Gerakkan Dakwah.



Kelab al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dalam melalui rentetan babak-babak perjuangannya dengan penganjuran Malam Ukhuwwah Perdana baru-baru ini. Malam Ukhuwwah Perdana yang bertemakan “Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah” itu menghimpunkan seluruh persatuan dan warga KUIS dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim demi menggerakkan usaha dakwah di kampus ini. Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk menjelaskan lagi peranan ALAM sebagai peneraju dakwah kampus disamping merapatkan lagi kelab ini dengan seluruh warga KUIS.

Tetamu yang hadir kira-kira 350 orang bersesak-sesak memenuhi Auditorium sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak dengan penuh penantian dan harapan. Kehadiran tetamu yang di luar jangkaan itu menyaksikan hampir setiap sudut dan tempat duduk dipenuhi oleh hadirin. Majlis dimulakan denagn bacaan ayat-ayat suci al-Quran diikuti dengan ucapan pengerusi BADAR. Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan ucapan wakil Presiden ALAM diikuti dengan ucapan wakil Penasihat ALAM, Ust. Abu Zaki B. Ismail selaku Timbalan Nazir Masjid al-Azhar yang mewakili Ust. Mohd Farid Ravi yang tidak dapat hadir.

Kemuncak pada malam Ukhuwwah tersebut ialah pelancaran kumpulan nasyid ALAM “Shababul Islami” dan pelancaran yang penuh simbolik itu disempurnakan sendiri oleh Ust. Abu Zaki diiringi oleh Presiden ALAM. Kumpulan Nasyid Shababul Islami yang baru ditubuhkan itu juga berkesempatan mempersembahkan sebuah lagu sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir. Persembahan nasyid daripada kumpulan Shababul Islami mendapat sambutan yang begitu membanggakan daripada tetamu yang hadir dengan tepukan gemurruh dan sekali-sekala kedengaran laungan takbir mengiringi persembahan tersebut.

Majlis yang pada awalnya dianjurkan secara sederhana tetapi mendapat sambutan yang membanggakan itu berakhir pada pukul 11.15 malam dengan bacaan doa. Penganjuran Malam Ukhuwwah Perdana pada malam tersebut amat penting bagi ALAM khususnya bagi meneruskan usaha murni memartabatkan Islam di bumi KUIS agar difahami dan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan mahasiswa dan warga KUIS serta memimpin kearah perubahan yang lebih baik. Semoga usaha ini dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

Takbir!!!