i Pesan Saidina Umar Al-Khattab ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Wednesday, 7 September 2011

Pesan Saidina Umar Al-Khattab

Ayuh kita hayati dan fahami pesanan di bawah...


*   Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
*   Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
*   Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
*   Siapa yang bersabar di atas ujian Allah, disempurnakan sabarnya lalu di masukkannya ke dalam mana-mana syurga yang di sukai.
*   Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
*   Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
*   Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan dirinya sendiri.
*   Siapa yang meninggalkan kesibukan dunia dan mencari kesalahan yang dilakukan kepada Allah dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifaq.


**  Di dalam sepucuk surat Khalifah Saidina Umar kepada Abu Musa Al-Asya'ari: ‘ Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama itu lebih afdal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar’. { SESUNGGUHNYA SABAR ITU KUNCI BAGI SEGALA PERKARA YANG INGIN DIPEROLEHI ATAU DICAPAI }

Allahua'lam... Wasalam...

0 pandangan: