i 2014 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

123

Thursday, 25 December 2014

Mahasiswa KUIS bersolidariti mempertahan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Oleh: Saudara Muhammad Firdaus Noor Hisham.1. Dr Yusuf Abdullah al-Qaradhawi merupakan sosok penting dalam membangkitkan semangat umat Islam ke arah kemajuan, keadilan dan keamanan sejagat.2. Beliau merupakan antara Ulama yang senantiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan memperjuangkan keadilan, komited dengan pendirian menentang rejim Abdel Fattah As-Sisi yang menzalimi rakyat Mesir.3. Walaupun sudah menjangkau usia 88 tahun, Presiden Kesatuan...

Wednesday, 10 December 2014

Anugerah Sinar Inspirasi 2014: Tahniah buat semua persatuan

Alhamdulillah, Kelab Al-Azhar Members KUIS berjaya merangkul hadiah utama dalam Anugerah Sinar Inspirasi 2014 untuk tahun ini.Sesungguhnya anugerah ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai penaik semangat buat semua aktivis ALAM bagi meneruskan momentum agenda dakwah di bumi KUIS dan masyarakat Umum.Di samping itu, sekalung ucapan tahniah buat kelab dan persatuan yang telah berjaya memperolehi 12 anugerah yang dipertandingkan pada...

Saturday, 1 November 2014

Solidariti untuk Kampung Chubadak Tambahan

Oleh: Syaqirin Suhaimi. Sedih! Telah sekian lama keluarga Opah Wahidah menginap dengan sempurna di Kampung Chubadak Tambahan yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Rumah yang didiami itulah tempat beliau berteduh dan meneruskan kehidupan dalam usia yang lanjut itu. Saat tragis! Atas alasan pembangunan, rumah yang usang itu pernah dirobohkan kali pertama pada bulan Julai yang lalu sebelum tibanya bulan Ramadhan. Berbekalkan tangisan hiba...

Thursday, 23 October 2014

Tajaan Pengajian Takaful Ikhlas : Syabas buat Penerima

Tahniah diucapkan kepada Ketua Exco dan Timbalan Ketua Exco Sukan dan Kesenian iaitu Muhammad Amri bin Ali dan Najwa binti Aiasa kerana terpilih menerima biasiswa penuh pengajian daripada Takaful Ikhlas, atas prestasi akademik yang cemerlang. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan aktif menjalankan aktiviti persatuan malah mempunyai sahsiah diri sebagai seorang mahasiswa.                ...

Saturday, 4 October 2014

Haji & Qurban: Pengorbanan Hamba

Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya: "Hari Allah mengampunkan Nabi Adam AS adalah hari pertama bulan Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan mengampunkan segala dosanya." (Hadith riwayat Ibnu Abbas RA) Haji dan qurban mempunyai kesinambungan sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam manifestasi penghambaan, penyerahan diri dan pengharapan terhadap Allah s.w.t. Betapa Nabi Ibrahim a.s berjuang dengan agama tauhid...

Sunday, 28 September 2014

Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa : Alumni KUIS mewakili Malaysia

Buat julung kalinya, Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa diadakan di Malaysia pada 25 - 27 September 2014 bertempat di Selangor Turf Club. Pertandingan yang dianjurkan oleh STC Equestrian and Sport Centre ini merupakan sebuah penganjuran yang luar biasa dalam sejarah "International Horse Show" di Malaysia kerana penganjur membawa suatu kelainan iaitu dengan memperlihatkan pertandingan Memanah Berkuda yang melibatkan 20 buah negara. Perkara...

Sunday, 29 June 2014

Rencana: Menyelusuri Denai Ramadhan

MENYELUSURI DENAI RAMADHAN Oleh: Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna (EXCO Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan, Kelab Al-Azhar Members KUIS) Fasa terakhir Madrasah Ramadhan adalah fasa terakhir sebuah persiapan. Fasa terakhir sebuah persediaan. Ibarat sebuah penerbangan yang bakal berlepas. Para penumpang sedang menunggu di balai berlepas lapangan terbang. Berlepas? Mengapa tidak dikatakan tiba atau berlabuh? Ya, Ramadhan itu sebuah...

Wednesday, 26 March 2014

529: Firaun Mesir Bakal berdepan balasan Allah SWT dan Kebangkitan berterusan Rakyat!

1. Rentetan daripada penggulingan pemerintahan Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Mursi pada Julai tahun lalu, Mesir telah disirami puluhan ribu darah syuhada. Jeneral Abdul Fattah As-Sisi yang memimpin agenda jahat penggulingan tersebut semakin menjiwai sifat kebinatangan apabila bertindak menjatuhkan hukuman mati kepada 529 anggota Ikhwan Muslimin atas tuduhan yang dicipta sendiri. 2. Setelah kejayaan As-Sisi merampas tampuk pemerintahan Mesir,...

Jelajah Mahabbah Jaringan ALAM KUIS

KUIS, Bangi: Baru-baru ini, EXCO Lajnah Perhubungan dan Penerangan Kelab Al-Azhar Members KUIS, Saudara Muhammad Hafiz Bin Abu Bakar telah mengadakan jelajah mahabbah ke empat buah kampus bagi membina jaringan dan memperkukuh kerjasama antara ALAM KUIS dengan Persatuan Mahasiswa Islam yang lain. Antara kampus yang sudah dijelajahi ialah: - Universiti Putra Malaysia : Persatuan Mahasiswa Islam UPM. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : IIUM...

Sunday, 23 March 2014

Selamat Bermuktamar, Warga PMRAM!

1. Mewakili ahli Kelab Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), saya mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang bakal mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-81 pada 24 Mac 2014. 2. Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Haniful Fuad Bin Hussin yang telah diamanahkan sebagai Presiden PMRAM bagi sesi 2014. Semoga dengan kepimpinan baharu, PMRAM terus memimpin...

Wednesday, 19 March 2014

Hiburan Melampau: ALAM KUIS bersama TOLAK Konsert Liar

1. Kelulusan penganjuran konsert liar yang bakal diadakan di Sepang Circuit jelas tidak membawa identiti Islam yang sebenar. Ini sememangnya tidak berada dalam landasan syariat yang ditetapkan Allah s.w.t. Pihak yang terlibat dalam penganjuran ini seakan-akan tidak mahu mengambil pengajaran atas apa yang sudah berlaku sebelum ini sehingga ia membawa keaiban buat Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 2. Justeru, Kelab Al-Azhar Members (ALAM)...

Sunday, 16 March 2014

Salam Imtihan !

Sejarah kegemilangan tamadun dunia sebenarya dicetuskan oleh para cendekiawan Islam. khususnya di zaman Khilafah Islam yang gemilang sehingga menguasai hampir 2/3 Dunia. Maka ketika itulah pelbagai perkara baru yang dimulai oleh sarjana Islam antaranya seperti; Ibnu Sina - Pakar Perubatan (Medical) Ibnu Battuta - Pakar Pengembaraan Al Khawarizmi - Pakar Matematik. Ibnu Rusyd - Pakar Penulisan. dan ramai lagi kalangan mereka yang sebenarya pencetus...

Thursday, 13 March 2014

Saf Kepimpinan Kelab Al-Azhar Members KUIS sesi 2014

Saf Kepimpinan  Kelab Al-Azhar Members KUIS  sesi 2014 "Inspirasi Mahasiswa Islam" Presiden : Akram Ikrami bin Taib Azamudden Timbalan Presiden : Muhammad Fikri bin Abdul Wahab Naib Presiden : Muhamad Azli Firdaus bin Che Seman. Pengerusi Nisa' : Siti Sumaiyah binti Mohamed. Timbalan Pengerusi Nisa' : Umi Salmah bin Kamarudin. Setiausaha : Mohd Yasir bin Ibrahim. Timbalan Setiausaha : Salsabila binti Chin. Bendahari...

Wednesday, 5 March 2014

Program : Let's Bowl !

[LET'S BOWL] Jom sertai aktiviti 'Let's Bowl' minggu ini ! # Hari : Jumaat # Masa : 2.00 PM # Tarikh: 7 Mac 2014 # Tempat: The Mines. NOTA: Terhad kepada 50 orang sahaja ! Penampilan Istimewa: PU Izzat Fathi. Jom daftarkan diri anda ke: Siswa - Shahir : 01139231759 Siswi - Aisyah : 013-4749746 Anjuran: Lajnah Sukan & Kesenian, Kelab Al-Azhar Members KUIS. "Inspirasi Mahasiswa Islam" LIKE | SHARE Kelab Al-Azhar Members KUIS www.fb....

Monday, 24 February 2014

Takziah buat Timbalan Nazir Masjid Al-Azhar KUIS

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) mengucapkan Takziah kepada Encik Syarbaini bin Ahmad (Timbalan Nazir Masjid Al-Azhar KUIS) atas pemergian neneknya pada jam 12 tengahari ini. Selepas 10 tahun kematian suaminya, Allahyarhamah Halimah Binti Bakar (80 tahun) pula pergi bertemu Allah dengan meninggalkan 9 orang anak, 48 orang cucu dan 35 orang cicit. ALAM menyeru seluruh warga KUIS untuk bersama kita mendoakan moga Allah swt kurniakan Syurga kepada...

Saturday, 15 February 2014

Dakwah Lapangan: Say No To Valentine/s Day

Alhamdulillah.. Pada hari jumaat yang lalu (14 Februari), telah berlangsung sebuah program dakwah lapangan yang di anjurkan oleh Kelab Al-Azhar Members dengan kerjasama dari pihak JAIS. Melalui kempen sebegini, kami dapat melihat banyak respon positif dari masyarakat awam yang menyokong bahawa kempen sebegini amat perlu dianjurkan. Masyarakat kini semakin sedar bahawa budaya-budaya barat yang di bawa masuk ke negara kita banyak memberi kesan...

Tuesday, 11 February 2014

Kepimpinan GAMIS 2014/2015 : Tahniah dan Takziah dari ALAM KUIS

  Oleh: Akram Ikrami bin Taib Azamudden (Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS) 1. Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) mengucapkan tahniah dan takziah kepada Saudara Abdul Malik Ab Razak yang dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia sesi 2014/2015. 2. Pihak ALAM KUIS menyokong sepenuhnya agenda/tema "Membina Harapan, Mengemudi Perubahan". Tema tersebut adalah salah sebuah manifestasi daripada firman Allah s.w.t: "Bangkitlah...

Kepimpinan GAMIS 2014/15; Sokongan Padu Buat SIGMA Dari NISA' ALAM

  Oleh: Siti Sumaiyah bt Mohamed (Pengerusi NISA Kelab Al-Azhar Members KUIS) 1. Muktamar GAMIS yang ke 23 telah pun berlalu, namun tenure kepimpinan yang baru kini mula berpencak di lapangan. Sekalung tahniah diucapkan dari NISA' Kelab Al- Azhar Members (ALAM) kepada barisan kepimpinan GAMIS sesi 2014/15 yang diterajui oleh saudara Abdul Malik bin Ab Razak. 2. NISA' ALAM turut merakamkan ucapan tahniah dan takziah kepada saudari Nurul Shifaah...

Wednesday, 29 January 2014

PENGUMUMAN KEPIMPINAN KELAB AL-AZHAR MEMBERS KUIS SESI BAHARU.

KUIS, Bangi : Pada Jumaat, 24 November lepas, telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepimpinan Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS). Penyampaian watikah tersebut disampaikan oleh Dato' Rektor, Prof Madya Dato' Dr Ab Halim Tamuri. Majlis yang diadakan bersama dengan Jamuan Meraikan Petugas Mangsa Banjir Siri 1 & 2 itu, berlangsung di Dewan Bankuasi Pusat Konvensyen KUIS Berikut merupakan senarai barisan kepimpinan Kelab...

Tuesday, 28 January 2014

Pemergian Tuan Guru Harun Taib : Permata Ummah Yang Hilang.

1. Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) mengucapkan takziah kepada semua umat Islam atas pemergian seorang lagi tokoh ulama yang begitu teguh pada prinsip perjuangan semasa hayat beliau. Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Harun Taib, seorang ulama yang disanjungi, berasal dari negeri Terengganu ini, telah menghembuskan nafas terakhir ketika masih memikul amanah besar dalam perjuangan sebuah gerakan Islam sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia...

Saturday, 18 January 2014

Guru Muslim Diarah Buka Tudung: Perlukan Penjelasan Berhikmah, Bukan Sentimen Perkauman

KENYATAAN RASMI [ Guru Muslim Diarah Buka Tudung; Perlukan Penjelasan Berhikmah,Bukan Sentimen Perkauman ] Oleh: Siti Sumaiyah binti Mohamed Dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia yang bebas mengamalkan agama, adat dan budaya masing-masing seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan, seorang guru Muslim dipaksa untuk membuka tudung jika mahu mengajar. Guru berkenaan yang bertugas di SJKC Nan Ya Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, diarahkan...

Thursday, 16 January 2014

XPRESI CINTA RASUL 2014

[XPRESI CINTA RASUL 2014] Bulan kelahiran Nabi junjungan kini kembali. Selawat dan Salam buat Rasul yang Mulia, Muhammad s.a.w. Rabiulawal, bulan pelonjak manifestasi cinta rasul. Bermula 22-26 Januari ini, Kelab Al-Azhar Members KUIS dengan kerjasama 16 buah persatuan di KUIS mengambil inisiatif menganjurkan sebuah kempen bagi membangkitkan kesedaran terhadap bulan Maulid ini. Organisasi yang terlibat : 1. Masjid Al-Azhar KUIS. 2. Kelab Al-Azhar...

Tuesday, 14 January 2014

Majlis Perwakilan Pelajar KUIS : Sebuah Harapan dan Kebersamaan

1. Tanggal 8 Januari 2014, Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014 secara rasminya telah dibentuk dalam Majlis Baiah MPP KUIS. 2. Saya mewakili barisan kepimpinan Kelab Al-Azhar Members merafakkan ucapan tahniah dan takziah buat semua ahli MPP KUIS sesi 2013/2014 yang telah mengangkat baiah. Tahniah dan takziah juga diucapkan kepada Saudara Mohamad Lutfi bin Ab Latib yang telah terpilih sebagai Yang Dipertua MPP KUIS...

Thursday, 9 January 2014

Syria Awareness : Sekalung Penghargaan, Sebuah Keprihatinan

Oleh : Akram Ikrami bin Taib Azamudden 1. Alhamdulillah, selesai Kempen Kesedaran Syria (Syria Awareness) selama 5 hari ini. Bermula Jumaat (3 Januari) hingga ke hari ini (7 Januari), kita dipenuhkan secara sederhana beberapa program bagi menimbulkan kecaknaan terhadap situasi semasa di Syria. 2. Dengan momentum kempen ini, diharapkan semua mahasiswa khususnya di KUIS dapat sentiasa memberikan sokongan buat warga Syria dengan istiqamah mendoakan...

Sunday, 5 January 2014

Usrah Gabungan Siswi

Usrah Sampai Ke Syurga. Sahabatku, Kehebatan USRAH bukan pada namanya, Namun pada siapa yang ada di dalamnya. Sahabatku, Rasulullah kecintaan kita juga berusrah, Mencari kekuatan tunjang buat kebangkitan ummah. Sahabatku... Usrah bukan mengalirkan masamu sia2... Usrah mengalirkan pahala buatmu setiap dtik kalian bsama... Sahabatku, Usrah bukan bererti kalian berhimpun dalam sebuah bulatan yang kecil semata mata, Usrah membina seorang muslim...

Konvoi Bermotor Kutipan Dana Syria.

[ Syria Awareness ]  KONVOI MOTOR KUTIPAN DANA SYRIA 1- Seramai 30 Rider telah bersama-sama menyertai konvoi melalui: USIM - Masjid Nilai - Masjid Hasanah - Pasar Malam Bandar Baru Bangi - UKM. 2- Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh orang ramai cukup memberangsangkan disamping wakil konvoi memberikan penjelasan semasa situasi di Syria yang ditimpa kesejukan dan mati kelaparan. Inilah saudara sedarah kita yang sangat memerlukan Doa...

Saturday, 4 January 2014

Syria Awareness Campaign 2014

[Syria Awareness] Insha-Allah, sepanjang 3 - 7 Januari ini, Masjid Al-Azhar KUIS menganjurkan Kempen Kesedaran Syria Himpunan Kesedaran Situasi Semasa Syria. - Dataran Masjid. - Selepas Solat Jumaat - 3 Januari 2014 Konvoi Motorsikal "Peace For Syria" - 4 Januari 2014 - Mengutip dana untuk Syria Care - Bermula jam 5 pm di Masjid Al-Azhar KUIS. - Kaunter pendaftaran dibuka di ruang legar Masjid. - Destnasi, USIM, UKM, Bandar Baru Bangi dan...