i 2011 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

123

Wednesday, 7 December 2011

Hadith Palsu Mengenai Hari Asyura

Antara hadis-hadis maudhu' yang tersebar luas: 1. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah...

Friday, 2 December 2011

Ghazwatul fikr (Serangan Pemikiran), Merdekakah kita?

Firman Allah s.w.t : “Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.  Katakanlah " Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar) dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Surah Al - Baqarah: 120. Sedikit coretan tentang peperangan pemikiran. Apakah maksud Peperangan Pemikiran...

Tuesday, 25 October 2011

Al-An'am

Tanggal 11 Zulhijjah , pagi itu aku dan Angah sudah tidak sabar untuk melihat orang-orang kampung menyembelih lembu yang dibeli oleh ayah seminggu yang lalu. Inilah pengalaman pertama aku melihat bagaimana proses penyembelihan dijalankan. Walaupun jauh di sudut hati kami, kami berasa sayang untuk melihat lembu itu dikorbankan. “Cucu atuk buat ape kat sini?” Atuk menyapa kami sambil memegang bahu angah dan menarik tanganku yang yang sedang menggigit...

Thursday, 13 October 2011

Sejukkan Dengan Wuduk

“Rasullullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak dari berlakunya perkara buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada keadaan yang lebih baik”. Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: ‘orang yang kuat bukan terletak pada kemampuannya berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika...

Sunday, 25 September 2011

Peranan Mahasiswa & Mahasiswi Islam

Mahasiswa dan mahasiswi merupakan aset yang amat bernilai bagi negara. Lebih-lebih lagi mahasiswa dan mahasiswi yang bergelar muslim, peranan kita amatlah besar, bukan sahaja kepada negara, malah kepada ummat Islam secara keseluruhannya. Persoalannya, bagaimana kita mahu mengorak langkah sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang membangun ummah? Apakah yang perlu kita lakukan untuk terus kehadapan dengan membawa cara hidup...

Tuesday, 20 September 2011

Sepinggan Pahala Berulamkan Dosa

MAD'U & DU’AT Dewasa ini, kesibukan beberapa para du’at (pendakwah) dalam menyajikan bahan dakwah kepada mad'u (orang yang didakwah) dalam alam siber ini menyebabkan sesetengah daripada du’at alpa bahawa mereka juga akan diuji oleh Allah SWT dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Antara yang paling sukar untuk ditempuhi ialah ujian dalaman yang melibatkan persoalan sejauhmana rasa “ihsan” dalam diri. Dakwah di alam dunia ini luasnya tanpa batasan....

Wednesday, 7 September 2011

Pesan Saidina Umar Al-Khattab

Ayuh kita hayati dan fahami pesanan di bawah...    Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.   Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.   Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.   Siapa yang bersabar di atas ujian Allah, disempurnakan sabarnya lalu di masukkannya ke dalam mana-mana syurga yang di sukai.  ...

Tuesday, 30 August 2011

Sempena Aidilfitri 1432 Hijrah

الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!  لا اله إلا الله والله أكبر! الله أكبر ولله الحمد! Alhamdulillah, selesai sudah ibadah yang difardukan oleh Allah iaitu Puasa di Bulan Ramadhan. Kepergian Ramadhan akan terus dikenang oleh mukminin dan mukminah yang berterusan istiqamah menghidupkannya dengan amalan sunnah yang dituntut. Kini, Syawal menjelma. Bulan kemenangan bagi umat Islam yang diberikan oleh Allah. Semoga amalan dalam Ramadhan kekal di Syawal,...

Sunday, 24 July 2011

Kesibukkan Da'ie???

KITA SIBUK?  SIBUK DENGAN APA? Kita sering merungut sibuk. Saya sibuk, tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Nabi adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan...

Monday, 2 May 2011

Rindu Subuh

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain diriku menyambut seorang tetamu tetapku. “Subuh”. Subuh menyapaku dengan salam. “Wa’alaikummus salam,” sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang merupakan tugasnya setiap hari. “tadi ...”, kata Subuh dengan sayu,” ... saya baru sahaja melintasi satu tempat yang didiami ramai manusia, ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah sunyi, tapi satu pun tidak mahu menerimaku...

Tok Pulau Manis : Ulama Nusantara Yang Disegani

TOK PULAU MANIS atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik lahir di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060H / 1650M, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri. Tok Pulau Manis kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah”. Adalah dipercayai  beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama’ besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf...