i 2012 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

123

Wednesday, 26 December 2012

PRK 2012 : Pilihlah Calon Yang Terbaik

Islam merupakan agama yang syumul. Di dalamnya, dilengkapkan konsep-konsep yang pelbagai merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Biarpun ianya adalah sekecil-kecil perkara seperti adab-adab di tandas hinggalah sebesar-besar perkara seperti pemerintahan Negara dan kepimpinan. Seorang pemimpin dalam Islam mestilah mereka yang bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Pemimpin mestilah individu yang menjalankan...

Friday, 21 December 2012

SECRET OF QIAMULLAIL

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT. ...

Tuesday, 18 December 2012

SEJARAH SYIFA’ BINTI ABDULLAH AL-ADAWIYYAH R.A

Namanya Syifa' binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam. Kemuliaan Syifa’ bermaksud sebuah doa dan harapan yang terawal...

Thursday, 13 December 2012

LIDAH TENTUKAN LANGKAH MANUSIA KE SYURGA ATAU NERAKA

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya...

Friday, 30 November 2012

“Flash Mob” di KUIS Berjaya Sentuh Nurani Masyarakat

BANGI, 30 Nov 2012 – Keprihatinan terhadap isu Palestin dan Syria telah mendorong para mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), untuk melaksanakan “Flash Mob” di Masjid Al-Azhar KUIS, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. Inisiatif yang kreatif ini dianjurkan demi meluahkan rasa peduli dan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam mengenai bencana yang menimpa umat Islam di Palestin dan Syria. Flash Mob itu telah menarik...

Sunday, 30 September 2012

Sempena Peperiksaan Akhir Semester Okt 2012

Assalamulaikum w.b.t dan Salam di ambang menghadapi imtihan buat seluruh warga mahasiswa dan mahasiswi   Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat kasih Allah S.w.t. Bersyukur  ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita semua. Dalam kesibukan kita, sedar tidak sedar kita menghampiri kepada penghujung semester bagi sesi 2012/2013 dan bakal menghadapi  peperiksaan...

Monday, 17 September 2012

16 September : Harga Sebuah Kebebasan

1. Rakyat di Malaysia pada tarikh ini, tersenyum menyambut sambutan hari Malaysia, sejarah mencatatkan pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan penubuhan Malaysia  di dataran merdeka disaksikan hampir 30 000 rakyat Malaysia, dan sehingga kini, sambutannya masih diraikan. Ayuh kita panjatkan setinggi- tinggi kesyukuran hanya kepada Allah diatas rahmat keamanan yang telah dikurniakan kepada kita sehingga ke hari ini. 2....

Saturday, 15 September 2012

Filem penghinaan terhadap Rasulullah : ALAM seru perkasa agenda dakwah

Sekali lagi, umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan penerbitan sebuah filem yang menggambarkan penghinaan yang amat dahsyat terhadap Rasululullah s.a.w, filem yang berjudul  ‘Innocence of Muslims’ sekali lagi menyentak hati umat islam selepas siri- siri penghinaan yang ‘dilepaskan’ sebelum ini, seperti karikatur menghina Rasulullah,  pembakaran Al- Quran dan lain- lain lagi,  seolah- olah ingin mencabar dan menyukat paras...

Thursday, 30 August 2012

55 Tahun Kemerdekaan

KEMERDEKAAN Bismillahirrahmanirrahim.. (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) APA  ERTI  NEGARA MALAYSIA TELAH  MERDEKA?? Layakkah  Malaysia mendapat kemerdekaan?? Mari kita sama-sama fahami erti merdeka yang sebenar.  Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah...

Monday, 6 August 2012

NUZUL AL-QURAN “KITAB ALLAH BUKAN SEKADAR UNTUK DIBACA TAPI DIAMALKAN”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ bulan ramadhan adalah(bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai itu dan pembeza(diantara hak dan batil), karena itu, barangsiapa yang berada di dalam bulan itu maka berpuasalah…” (Al-Baqarah: 185).          17 Ramadhan sering diperingati dan diperingatkan kepada kita setiap tahun bahawasanya...

Friday, 3 August 2012

Puasa Melembutkan Hati

                                 "Puasa Melembutkan Hati"                                          Berpuasa dengan sempurna pada  bulan Ramadhan khususnya di bulan-bulan lain khususnya dan di bulan-bulan lain umumnya akan mendatangkan...

Monday, 30 July 2012

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama? Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil...

Friday, 6 July 2012

APA ITU MALAM NISFU SYA'BAN?

Adakah anda mengetahui apa itu malam nisfu Syaaban? Kebiasaannya 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya terdapat banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban ). Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas...

Saturday, 23 June 2012

“MIRACLE OF SYAABAN’’

             Syaaban adalah Bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara Rejab dan bulan Ramadhan . Manakala bulan Ramadhan seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan dan Lailatul Qadar. Sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.  ...

“JOURNEY OF ISRA’ MIKRAJ”

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan seluruh umat Islam yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah,        Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab,...

Wednesday, 30 May 2012

Pendirian ALAM mengenai Isu Konsert K-Pop dalam Himpunan Jutaan Belia 2012

Bismillah. Assalamualaikum warahmatullah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Asr, ayat 2: “ Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.” Baru-baru ini ramai pihak yang menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap sambil lewa kerajaan Malaysia yang menghalalkan konsert hiburan dari artis-artis luar negara seperti K-Pop dan J-Pop di Putrajaya sempena Himpunan Jutaan Belia...

Monday, 21 May 2012

Peristiwa Penting dalam Bulan Rejab

Pengertian Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang...

Sunday, 15 April 2012

Jamadil Awwal : Tarbiyah dan Janji Allah !

Jamadil Awal merupakan bulan yang kelima daripada bulan-bulan Islam. Sebagaimana bulan-bulan yang lain Jamadil Awal juga mempunyai catatan sejarahnya tersendiri. Jamadil Awal memberi erti  permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu, parit, sumu, sungai...

Tuesday, 20 March 2012

Hargai Nikmat Masa Lapang !

Salam, Warkah Mahasiswa dan Mahasiswi KUIS, hargai nikmat masa lapang anda ! ^_^ Masa adalah salah sangat penting dalam kehidupan manusia. Masa yang telah lepas tidak boleh diundur kembali. Manusia akan didatangi oleh masa sibuk dan juga masa lapang. Apabila datangnya masa sibuk barulah seseorang itu akan merindui nikmat masa lapang. Ia bergantung kepada diri kita bagaimana kita menggunakan masa lapang dalam kehidupan kita supaya...

Pemuda dan Masa Lapang

Salam, “Buat apa waktu cuti musim sejuk ni?” tanya saya pada seorang rakan sebagai pembuka bicara ketika kami bertemu di masjid selepas solat Jumaat tempoh hari. “Oh, tak buat apa sangat. Main games, tengok movies, tengok world cup. Release tension sikit. Baru habis exam minggu lepas. Nak berjalan sejuk, duit pun kering. Kalau rajin sikit nanti nak cari kerja.” “Banyak tu masa kosong. Nanti ada program, datanglah...

Monday, 20 February 2012

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.” 1. Semak jadualMenyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada...