i 2014 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Thursday 25 December 2014

Mahasiswa KUIS bersolidariti mempertahan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi


Oleh: Saudara Muhammad Firdaus Noor Hisham.

1. Dr Yusuf Abdullah al-Qaradhawi merupakan sosok penting dalam membangkitkan semangat umat Islam ke arah kemajuan, keadilan dan keamanan sejagat.

2. Beliau merupakan antara Ulama yang senantiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan memperjuangkan keadilan, komited dengan pendirian menentang rejim Abdel Fattah As-Sisi yang menzalimi rakyat Mesir.

3. Walaupun sudah menjangkau usia 88 tahun, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini telah diuji atas dakwaan tanpa penyiasatan yang telus dengan mendapat "Red Notice" iaitu notis waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh agensi polis antarabangsa, INTERPOL atas tuduhan membangkitkan keganasan, pencurian dan pembunuhan.

4. Hakikatnya, tuduhan ini tidak berasas sama sekali, bahkan beliau berada dalam landasan kebenaran dalam menegakkan keadilan serta keamanan sejagat sebagaimana yang telah dijelaskan dalam buku beliau, الرد العلم على مفتي العسكري (Sanggahan Ilmiah ke atas Mufti Askari) yang mempertahankan pendiriannya menentang rejim zalim As-Sisi.

5. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah mendapat sokongan daripada ramai pihak seperti ulama di India baru-baru ini yang jelas mempertahankan beliau daripada ancaman serta fitnah Interpol.

6. Justeru itu, kita selaku mahasiswa yang berpegang teguh kepada kebenaran al-Quran dan as-Sunnah seharusnya berusaha mengembalikan keadilan dan pembelaan kepada Sheikh Yusuf al-Qaradhawi serta membantah waran tangkap INTERPOL.

7. Berbekalkan matlamat kita yang bercita-cita menegakkan Islam di bumi Allah s.w.t, ayuh kita sama-sama bangkit menzahirkan sokongan kita menolak fitnah yang dihamburkan kepada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini serta membulatkan keyakinan kita kepada Allah dengan sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat agar Allah mempermudah al-Sheikh menghadapi mehnah & tribulasi sebagaimana Allah telah membantu Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s serta Saidatina Aisyah r.a terhadap fitnah besar yang telah dihadapi mereka.

Allahu Akbar!

#SolidarityForAlQaradhawi

Nota: Penulis adalah Mahasiswa Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi, merupakan aktivis Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Wednesday 10 December 2014

Anugerah Sinar Inspirasi 2014: Tahniah buat semua persatuan




Alhamdulillah, Kelab Al-Azhar Members KUIS berjaya merangkul hadiah utama dalam Anugerah Sinar Inspirasi 2014 untuk tahun ini.

Sesungguhnya anugerah ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai penaik semangat buat semua aktivis ALAM bagi meneruskan momentum agenda dakwah di bumi KUIS dan masyarakat Umum.

Di samping itu, sekalung ucapan tahniah buat kelab dan persatuan yang telah berjaya memperolehi 12 anugerah yang dipertandingkan pada malam ini. Semoga dengan kemenangan tersebut dapat memberikan inspirasi kepada semua mahasiswa KUIS bagi lebih aktif terjun bersama di dalam persatuan-persatuan atau kelab-kelab yang terdapat di KUIS.

Segala apa yang diperolehi itu semuanya hanyalah pinjaman yang sementara dari Allah, dan akan dikembalikan juga kepada Allah. Walau bagaimanapun, tugasan melaksanakan dakwah adalah tanggungjawab semua umat manusia yang perlu diteruskan. Kita bukan permulaan, bukan juga pengakhiran, tetapi adalah penyambung perjuangan Nabi.

" Ayuh, luaskan legasi.. Dakwah kita, tanggungjawab kita "

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Saturday 1 November 2014

Solidariti untuk Kampung Chubadak Tambahan

Oleh: Syaqirin Suhaimi.



Sedih! Telah sekian lama keluarga Opah Wahidah menginap dengan sempurna di Kampung Chubadak Tambahan yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Rumah yang didiami itulah tempat beliau berteduh dan meneruskan kehidupan dalam usia yang lanjut itu. Saat tragis! Atas alasan pembangunan, rumah yang usang itu pernah dirobohkan kali pertama pada bulan Julai yang lalu sebelum tibanya bulan Ramadhan. Berbekalkan tangisan hiba atas rakusnya penguasa yang zalim, aktivitis mahasiswa dan penduduk kampung membina semula rumah tersebut dengan menggunakan papan dan bahan-bahan terpakai yang ada.

Namun ukiran senyuman Opah Wahisah tidak lama, baru-baru ini, atas nama 'pembangunan dan pemodenan', sekali lagi pihak pemaju meranapkan rumah Opah Wahidah tersembam kebumi tanpa rasa belas kasihan atas teriak tangis mereka yang menghalang tindakan tersebut bahkan hingga dua aktivis mahasiswa ditangkap seperti penjenayah berbahaya. Manusia apakah ini?

Mereka bukan sahaja merobohkan malah tidak memberi pampasan yang setimpal kepada peneroka tanah tersebut. Keputusan Mahkamah juga telah mengeluarkan ketetapan, sekiranya pemaju ingin memajukan kampung tersebut, hendaklah memberikan pampasan yang setimpal kepada peneroka. Rumah yang kecil ditawarkan sebagai tempat sementara, tetapi penduduk pula diminta untuk membayar sewa.  Sudahlah sewa, sementara pula! Kegilaan apakah ini?

Bayangkan ini adalah rumah keluarga kita, apabila pemaju membawa DBKL dan polis datang untuk merobohkan rumah tanpa memberi notis, apakah yang kita akan lakukan? Apabila diminta untuk mengemukakan notis, notis hanya ditonjolkam beberapa saat dihadapan jentolak yang telah bersedia untuk merobohkan. 

Penduduk pernah dijanjikan selepas kawasan tersebut dibangunkan, mereka akan diberikan rumah khas untuk diduduki. Sebelum bina bangunan pun sudah terseksa, inikan pula selepas bangunan baru disiapkan.

Dengan tindakan zalim ini, penulis amat kecewa dan kesal terhadap pihak berkuasa kerana membiarkan tindakan tersebut berlaku tanpa pembelaan.

Luka lama semakin membarah. Kini, Opah Wahidah sekeluarga terpaksa tidur di bawah khemah yang terbuka, hasil sumbangan individu yang baik hati, dengan usia yang mencecah 80-an. Selepas ini, akan ada lagi kawasan kampung yang akan dirobohkan, setimpal dengan penyenaraian sebagai kawasan setinggan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam Rancangan Bandar Kuala Lumpur 2020. Diam menanti rebah, luka terus berdarah.

Adakah kita mahu berdiam diri? Ayuh kita bersama-sama membantu dalam mempertahankan dan menuntut keadilan terhadap kampung warisan ini.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya:

"...Ingatlah! Setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"

[Hadith riwayat Muslim]

Di sini lahirnya sebuah cinta, maka ayuh kita bersolidariti untuk Kampung Warisan kita.

** Penulis merupakan EXCO Lajnah Dakwah, Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS **

Thursday 23 October 2014

Tajaan Pengajian Takaful Ikhlas : Syabas buat Penerima

Tahniah diucapkan kepada Ketua Exco dan Timbalan Ketua Exco Sukan dan Kesenian iaitu Muhammad Amri bin Ali dan Najwa binti Aiasa kerana terpilih menerima biasiswa penuh pengajian daripada Takaful Ikhlas, atas prestasi akademik yang cemerlang.

Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan aktif menjalankan aktiviti persatuan malah mempunyai sahsiah diri sebagai seorang mahasiswa.                

Turut sama menerima biasiswa adalah aktivis ALAM, Saudari Fatin Syahirah Ahmad Safrin bersama dua pelajar lain.

Inilah antara individu yang bertepatan dengan matlamat KUIS dalam melahirkan generasi Daie, Ulama' dan Umara'.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W, mafhumnya:  ”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Lajnah Penerangan dan Perhubungan
Kelab Al-Azhar Members KUIS 2014

Saturday 4 October 2014

Haji & Qurban: Pengorbanan Hamba


Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya:
"Hari Allah mengampunkan Nabi Adam AS adalah hari pertama bulan Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan mengampunkan segala dosanya."
(Hadith riwayat Ibnu Abbas RA)

Haji dan qurban mempunyai kesinambungan sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam manifestasi penghambaan, penyerahan diri dan pengharapan terhadap Allah s.w.t.

Betapa Nabi Ibrahim a.s berjuang dengan agama tauhid atas arahan Allah s.w.t bagi menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s, maka menjadi kewajipan kita menghayati konsep qurban dalam konteks perjuangan umat Islam kita pada hari ini. Renungan kita sebagai pejuang dijalan dakwah, di mana Allah s.w.t memerintahkan untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah s.w.t.

Oleh itu, ibrah roh pengorbanan hamba sejauh mana kita sebagai Muslim sanggup berkorban dan berjuang dalam urusan duniawi bagi mendekatkan diri kita kepada Allah dengan sabar, taat dan redha.

Tiada istilah perjuangan jika tiada pengorbanan kerana Islam itu menang jika ada pengorbanan sepertimana di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi a.s.

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”.
'Inspirasi Mahasiswa Islam'

Lajnah Penerangan dan Perhubungan
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS 2014

LIKE | SHARE
Kelab Al-Azhar Members
http://www.fb.com/alamkuis.original
http://alamkuis.blogspot.com

Sunday 28 September 2014

Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa : Alumni KUIS mewakili Malaysia


Buat julung kalinya, Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa diadakan di Malaysia pada 25 - 27 September 2014 bertempat di Selangor Turf Club.

Pertandingan yang dianjurkan oleh STC Equestrian and Sport Centre ini merupakan sebuah penganjuran yang luar biasa dalam sejarah "International Horse Show" di Malaysia kerana penganjur membawa suatu kelainan iaitu dengan memperlihatkan pertandingan Memanah Berkuda yang melibatkan 20 buah negara.

Perkara ini dilihat sebagai suatu kemajuan bagi negara kita Malaysia dan khususnya kepada industri ekuin dalam memperkembangkan lagi sukan berkuda. Justeru itu, kami percaya Malaysia mampu menjadi 'role-model' bagi negara-negara luar hasil penganjuran pada kali ini.

Di kesempatan ini, Lajnah Sukan dan Kesenian Kelab Al-Azhar Members mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada alumni KUIS yang juga merupakan penggerak ALAM, Saudara Mohd Baihaqi Hasbullah kerana telah melayakkan diri untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Saudara Mohd Baihaqi Hasbullah merupakan alumni KUIS dalam jurusan pendidikan. Beliau juga merupakan mantan Senator MPP KUIS Fakulti Pendidikan bagi sesi 2012. Kini beliau menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Pengurusan Ekuin.

Sesungguhnya aktiviti berkuda dan memanah merupakan suatu aktiviti yang sangat bermanfaat apatah lagi buat anak muda. Berkuda memberi manfaat kepada tubuh badan, ditambah pula dengan memanah yang mendidik mata kita untuk fokus.

Sabda Nabi s.a.w,
"Ajarilah anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Lajnah Sukan dan Kesenian,
Kelab Al-Azhar Members KUIS

instagram.com/alamkuis
facebook.com/alamkuis.original
twitter.com/alam_kuis
alamkuis.blogspot.com

Sunday 29 June 2014

Rencana: Menyelusuri Denai Ramadhan

MENYELUSURI DENAI RAMADHAN
Oleh: Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna
(EXCO Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan, Kelab Al-Azhar Members KUIS)



Fasa terakhir Madrasah Ramadhan adalah fasa terakhir sebuah persiapan. Fasa terakhir sebuah persediaan. Ibarat sebuah penerbangan yang bakal berlepas. Para penumpang sedang menunggu di balai berlepas lapangan terbang. Berlepas? Mengapa tidak dikatakan tiba atau berlabuh?

Ya, Ramadhan itu sebuah persiapan. Ia adalah sebuah madrasah tarbiah. Universiti rahmah dan maghfirah. Tempat kita melatih diri untuk memperbanyakkan amalan dan mempertingkatkan ibadah. Tempat di mana kita mengutip dan memungut seberapa banyak bekalan untuk meneruskan sebuah perjalanan ke Universiti Ramadhan tahun berikutnya. Ini bermakna, Syawal dan bulan-bulan seterusnya merupakan perjalanan sebenar kita dalam mempraktik sebanyak mana amalan yang telah dilatih di bulan Ramadhan. Syawal adalah titik permulaan untuk seseorang menguji latihan mereka yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan. Aidilfitri dijadikan batu asas dalam memulakan ujian sebenar. Ingat, raikanlah Syawal dan Aidilfitri dengan kemenangan kita melawan nafsu, bukan kemenangan nafsu menawan kita!

Saudara-saudari pembaca sekalian,

 Ramadhan tahun ini memberi banyak pengajaran kepada kita selaku umat akhir zaman, dan umat terbaik dalam kalangan semua umat yang telah diciptakan Allah s.w.t.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud,
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)….”
(Ali Imran: 110)

Ramadhan juga turut memberi sejuta makna kepada masyarakat Dunia yang menyambutnya. Kita akan mengejar, berlari demi menggapai apa yang kita impikan. Ibadah diperkuat, amalan diperhebat. Sedekah diperbanyak, zakat ditunaikan. Begitu juga dengan beberapa amalan khusus dan umum yang kita sedia maklum mempunyai kelebihan tersendiri.

Namun, sedar atau tidak, mari kita koreksi diri kita, adakah amalan dan ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan hanya untuk Ramadhan sahaja? Apakah selama ini kita bertuhankan Ramadhan? Sudahkah kita menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan ke arah taqarrub ilallah? Di mana perginya amalan yang telah kita lakukan setelah berlalunya Ramadhan? Adakah ia tertahan daripada dizahirkan dek kerana gelojak dan gelojohnya nafsu Syawal? Sama-sama kita ‘Insafi Diri, Koreksi Diri’.

Saudara-saudari pembaca budiman,

Jadi, apa yang kita perlukan selepas bersusah payah menanam benih pahala di bulan Ramadhan? Apa yang kita perlukan adalah kerjasama ISTIQAMAH. Sebuah perkataan yang mudah, namun sukar untuk dipraktikkan. Dengan istiqamah, kita dapat menuai hasil yang telah ditanam di bulan Ramadhan. Istiqamah adalah proses yang berterusan dalam melaksanakan perintah dan suruhan Allah s.w.t. Ia juga bermaksud lurus dan betul serta tetap pendirian. Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, istiqamah bermaksud ‘ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara sederhana tetapi berterusan‘

Menurut Khalifah Al-Rasyid kedua, Saidina Umar bin Al-Khattab r.a, katanya:
“Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.”

Menurut Imam Minawi dalam kitabnya, ‘Faidhul Qadir’, katanya:
 “Istiqamah bermaksud tunduk-patuh kepada segala yang diperintahkan dan menjauhi segala tegahan.”

Ada ulama yang menakrifkan istiqamah sebagai berterusan beramal dengan sunnah Nabi Muhammad s.aw dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai Allah. Ada yang menakrifkan ia sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w dan meninggalkan bidaah.

Allah s.w.t berfirman mengenai istiqamah yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (beristiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.”
(Fussilat: 30-31)

Dalam hadith Rasulullah s.a.w juga turut menceritakan tentang istiqamah, maksudnya,

Daripada Sufian bin Abdullah Al-Thaqafi r.a, beliau berkata, ‘Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya mengenainya kepada seseorang selain daripadamu.’ Maka, Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah.’
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w menyampaikan amanah baginda kepada Sufian bin Abdullah Al-Thaqafi r.a adalah bertepatan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud,

“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah (istiqamahlah) engkau melakukannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka…”
(Asy-Syura: 15)

Sahabat pembaca sekalian,

Dengan sinar rabbani dan cahaya nabawi yang saya paparkan di atas, maka jelaslah bahawa istiqamah amat dituntut oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Ia merupakan amalan yang boleh membawa pengamalnya ke syurga. Justeru, bagaimanakah metode untuk kita beristiqamah? Kaedahnya cukup mudah, walaupun hakikatnya memang susah! Lakukanlah amalan yang sedikit itu tetapi secara berterusan kerana amalan yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit lebih dipandang mulia disisi Allah jika dibandingkan dengan amalan yang banyak namun tidak berterusan dan jarang dilakukan.

Akhir tinta, ayuh kita semarakkan Ramadhan dan bulan-bulan berikutnya dengan perbanyakkan amalan, pertingkatkan ibadah, membudayakan istiqamah dengan mendalami ilmu bukan sahaja ilmu akademik, tetapi ilmu agama agar kita dapat membentuk generasi mukmin profesional di negara kita dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan perlindungan-Nya.

Ramadhan Kareem! Sehingga bertemu lagi. Wallahua’lam.

Wednesday 26 March 2014

529: Firaun Mesir Bakal berdepan balasan Allah SWT dan Kebangkitan berterusan Rakyat!



1. Rentetan daripada penggulingan pemerintahan Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Mursi pada Julai tahun lalu, Mesir telah disirami puluhan ribu darah syuhada. Jeneral Abdul Fattah As-Sisi yang memimpin agenda jahat penggulingan tersebut semakin menjiwai sifat kebinatangan apabila bertindak menjatuhkan hukuman mati kepada 529 anggota Ikhwan Muslimin atas tuduhan yang dicipta sendiri.

2. Setelah kejayaan As-Sisi merampas tampuk pemerintahan Mesir, saban hari siri kezaliman berlangsung dengan pembunuhan tembak mati beramai-ramai penyokong Mursi ketika solat, membakar Masjid dan pejabat Ikhwan Muslimin, menangkap pimpinan Ikhwan dan Freedom Justice Party (FJP), membunuh kanak- kanak dan wanita, memecah masuk pintu rumah orang awam atas alasan memburu pemberontak, dan termasuklah penutupan semula semua laluan masuk ke Palestin melalui Mesir. Inilah Firaun yang muncul semula kini.!

3. Lupakah kita terhadap kekuasaan Allah SWT yang memiliki segala kekuasaan, dikala keangkuhan Firaun mengakui sebagai tuhan berdepan dengan Nabi Musa itu, hanya sekelip mata hancur lebur ditenggelamkan laut yang boleh disaksikan hingga kini. Lupakah kita terhadap Namrud yang mati hanya dengan seekor nyamuk, kaum Nabi Lut yang remuk dilanyak bumi, dan lenyapnya kaum Nabi Nuh ditenggelami Banjir besar! Semuanya itu kerna mereka ingkar dan mendabik dada melawan Allah swt. Doa dan munajat kita mesti berterusan agar Allah turunkan segera tentera Allah kepada pelaku zalim Assisi laknatullah.

4. Buat kita generasi muda, ayuh bersama kita tanamkan kekuatan Iman, keazaman yang tinggi, semangat yang membara serta usaha yang menggunung sebagaimana pesan Al-Syahid Hasan Al-Banna dalam memastikan Islam terus didokong bersama. Malangnya kita jika dalam timbunan dosa ini sengaja mengasingkan diri daripada perjuangan syahid sebagaimana yang dimiliki oleh mereka di sana.

5. Untuk itu, Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk turun menyatakan kebersamaan di hadapan kedutaan Mesir sebagaimana hebatnya gelombang 239 orang MH370 yang dikatakan terbunuh, dan kali ini 529 nyawa bakal dibunuh!

===========================


Bantahan dan Serahan Memorandum Hukuman Gantung 529 Aktivis Mesir; Jumaat (28 Mac),
Selepas Solat Jumaat di Kedutaan Mesir.

6. Buat mahasiswa KUIS* khususnya, ayuh bersama kami ALAM KUIS dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) kita buktikan jiwa ini tidak mati. Jumpa di sana! Janji Allah itu pasti. Insya Allah.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Akram Ikrami Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS.
26 Mac 2014.

Nota: * : bagi yang tidak mempunyai peperiksaan akhir.

Jelajah Mahabbah Jaringan ALAM KUIS


KUIS, Bangi: Baru-baru ini, EXCO Lajnah Perhubungan dan Penerangan Kelab Al-Azhar Members KUIS, Saudara Muhammad Hafiz Bin Abu Bakar telah mengadakan jelajah mahabbah ke empat buah kampus bagi membina jaringan dan memperkukuh kerjasama antara ALAM KUIS dengan Persatuan Mahasiswa Islam yang lain.

Antara kampus yang sudah dijelajahi ialah:
- Universiti Putra Malaysia : Persatuan Mahasiswa Islam UPM.
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : IIUM Ma'ruf Club.
- Universiti Sains Islam Malaysia : Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM.
- Universiti Kebangsaan Malaysia : ikatan Studi Islam UKM.

Pertemuan bersama wakil-wakil PMI iaiatu Saudara Muhammad Razif bin Ahmad (Presiden ISIUKM), Saudara Muhammad Afiq bin Awang Bakar, (Presiden Ma'ruf Club UIAM), Saudara Muhammad Faizuddin Ismail (Presiden PMI UPM), dan Saudara Abdul Muiz Abdul Hakim (EXCO Dakwah dan Perhubungan Luar SPMM USIM) dijangka bakal membuahkan beberapa hasil positif dan terus memperkukuh hubungan dua hala secara berterusan.

Firman Allah s.w.t, bermaksud:
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;..." [Ali Imran, 3: 103]

"Inspirasi Mahasiswa Islam"
Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Gambar:
Bersama Wakil ISI UKM.

Bersama Wakil Ma'ruf Club IIUM

Bersama Wakil PMI UPM

Bersama Wakil SPMM USIM



Sunday 23 March 2014

Selamat Bermuktamar, Warga PMRAM!


1. Mewakili ahli Kelab Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), saya mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang bakal mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-81 pada 24 Mac 2014.

2. Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Haniful Fuad Bin Hussin yang telah diamanahkan sebagai Presiden PMRAM bagi sesi 2014. Semoga dengan kepimpinan baharu, PMRAM terus memimpin mahasiswa Malaysia di Mesir di atas landasan al-Quran dan Sunnah, seterusnya menyebarkan dakwah Islamiyah di tanah air sejurus selepas menamatkan pengajian di sana. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud :

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang buruk. Dan mereka yang bersifat demikian ialah golongan yang berjaya." [Ali Imran, 3: 104]

4. PMRAM yang telah ditubuhkan seawal tahun 1930 lagi telah terbukti membenihkan tokoh-tokoh pejuang agama Allah di bumi Malaysia. Peranan PMRAM semakin besar dalam realiti yang berlaku kini di bumi perlembahan Nil itu apabila Dr Mursi digulingkan oleh golongan musuh Allah SWT. Roh serta semangat perjuangan yang telah didepani sendiri oleh rakan-rakan PMRAM di sana pastinya akan terus meniupkan roh tarbawi buat kami di Malaysia.

3. ALAM KUIS yang bernaung juga dibawah Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) terus komited menyatakan sokongan kepada PMRAM, dan berharap agar hubungan antara kesatuan ini membawa ke jalan yang diredhai-Nya.Insya Allah.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Akram Ikrami bin Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS 2014.

21 Jamadil Awal 1435/
23 April 2014.

Wednesday 19 March 2014

Hiburan Melampau: ALAM KUIS bersama TOLAK Konsert Liar




1. Kelulusan penganjuran konsert liar yang bakal diadakan di Sepang Circuit jelas tidak membawa identiti Islam yang sebenar. Ini sememangnya tidak berada dalam landasan syariat yang ditetapkan Allah s.w.t. Pihak yang terlibat dalam penganjuran ini seakan-akan tidak mahu mengambil pengajaran atas apa yang sudah berlaku sebelum ini sehingga ia membawa keaiban buat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

2. Justeru, Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS menggesa pihak kerajaan supaya membatalkan pesta liar ini agar tidak mengundang bala dan kemurkaan Allah. Ini bertepatan dalam firman Allah yang bermaksud:

"...Jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..." (Al-Baqarah, 2: 195).

3. Hakikatnya, Islam tidak menghalang hiburan, dengan syarat hendaklah berada di atas landasan syariat Allah bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah. Maka, ikutilah apa yang diajarkan oleh Islam agar kita terselamat daripada azab Allah s.w.t.

4. ALAM KUIS menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan mahasiswa agar terus menyatakan bantahan terhadap pesta liar seperti ini.

" Ya Allah, jadikanlah generasi muda hari ini sebagai generasi yang berada di atas jalan-Mu dan berilah hidayah serta petunjuk-Mu"

LIKE Page : "Anak Muda Malaysia TOLAK Konsert Liar". [www.fb.com/TOLAKLifeInColor]

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

LIKE | SHARE
Kelab Al-Azhar Members
http://alamkuis.blogspot.com/

Sunday 16 March 2014

Salam Imtihan !


Sejarah kegemilangan tamadun dunia sebenarya dicetuskan oleh para cendekiawan Islam. khususnya di zaman Khilafah Islam yang gemilang sehingga menguasai hampir 2/3 Dunia. Maka ketika itulah pelbagai perkara baru yang dimulai oleh sarjana Islam antaranya seperti;

Ibnu Sina - Pakar Perubatan (Medical)
Ibnu Battuta - Pakar Pengembaraan
Al Khawarizmi - Pakar Matematik.
Ibnu Rusyd - Pakar Penulisan.

dan ramai lagi kalangan mereka yang sebenarya pencetus segala bidang kelimuan. Itulah hebatnya dunia kelimuan Islam sebelum di ubahsuai dan dijenamakan semula atas nama barat.

Kini, Masanya kita mengembalikan kemilangan ilmuan Islam itu. Ayuh!

Bittaufik wannajah daripada kami, Kelab Al- Azhar Members KUIS.

Thursday 13 March 2014

Saf Kepimpinan Kelab Al-Azhar Members KUIS sesi 2014

Saf Kepimpinan 
Kelab Al-Azhar Members KUIS  sesi 2014



"Inspirasi Mahasiswa Islam"


Presiden : Akram Ikrami bin Taib Azamudden
Timbalan Presiden : Muhammad Fikri bin Abdul Wahab
Naib Presiden : Muhamad Azli Firdaus bin Che Seman.


Pengerusi Nisa' : Siti Sumaiyah binti Mohamed.
Timbalan Pengerusi Nisa' : Umi Salmah bin Kamarudin.

Setiausaha : Mohd Yasir bin Ibrahim.
Timbalan Setiausaha : Salsabila binti Chin.

Bendahari : Dzoelkarnaen bin Dzoelkefly.
Timbalan Bendahari : Khairunnajah binti Ahmad Zaid.

Lajnah Tarbiah & Kepimpinan.
Ketua : Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna.
Timbalan Ketua : Nur Zahidah binti Mahmud.

Lajnah Dakwah.
Ketua : Muhammad Syaqirin bin Mohd Suhaimi.
Timbalan Ketua : Saadah binti Yahya.

Lajnah Penerangan & Perhubungan.
Ketua : Muhammad Hafiz bin Abu Bakar.
Timbalan Ketua : Aqilah binti Kamarulzaman.

Lajnah Ekonomi.
Ketua : Muhammad Uthaibah bin Zaidi.
Timbalan Ketua : Siti Nur Hidayah binti Shah Razat.

Lajnah Sukan & Kesenian.
Ketua : Mohamad Amri bin Ali.
Timbalan Ketua : Najwa binti Aiasa.

Wednesday 5 March 2014

Program : Let's Bowl !


[LET'S BOWL]

Jom sertai aktiviti 'Let's Bowl' minggu ini !

# Hari : Jumaat
# Masa : 2.00 PM
# Tarikh: 7 Mac 2014
# Tempat: The Mines.

NOTA: Terhad kepada 50 orang sahaja !

Penampilan Istimewa: PU Izzat Fathi.

Jom daftarkan diri anda ke:
Siswa - Shahir : 01139231759
Siswi - Aisyah : 013-4749746

Anjuran:
Lajnah Sukan & Kesenian, Kelab Al-Azhar Members KUIS.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

LIKE | SHARE
Kelab Al-Azhar Members KUIS
www.fb.com/alamkuis.original

Monday 24 February 2014

Takziah buat Timbalan Nazir Masjid Al-Azhar KUIS


Kelab Al-Azhar Members (ALAM) mengucapkan Takziah kepada Encik Syarbaini bin Ahmad (Timbalan Nazir Masjid Al-Azhar KUIS) atas pemergian neneknya pada jam 12 tengahari ini.

Selepas 10 tahun kematian suaminya, Allahyarhamah Halimah Binti Bakar (80 tahun) pula pergi bertemu Allah dengan meninggalkan 9 orang anak, 48 orang cucu dan 35 orang cicit.

ALAM menyeru seluruh warga KUIS untuk bersama kita mendoakan moga Allah swt kurniakan Syurga kepada Allayarhamah. Kepada En Syarbaini serta seisi keluarga, moga terus tabah dan teguh meneruskan kesinambungan perjuangan Islam didikan Allahyarhamah Halimah binti Bakar.

- Al Fatihah -

oleh:
Mohd Hafiz Abu Bakar.
Lajnah Penerangan & Perhubungan,
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS

24 Rabiulakhir 1435/
24 Feb 2014

Saturday 15 February 2014

Dakwah Lapangan: Say No To Valentine/s Day




Alhamdulillah..

Pada hari jumaat yang lalu (14 Februari), telah berlangsung sebuah program dakwah lapangan yang di anjurkan oleh Kelab Al-Azhar Members dengan kerjasama dari pihak JAIS.

Melalui kempen sebegini, kami dapat melihat banyak respon positif dari masyarakat awam yang menyokong bahawa kempen sebegini amat perlu dianjurkan. Masyarakat kini semakin sedar bahawa budaya-budaya barat yang di bawa masuk ke negara kita banyak memberi kesan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Kami sebagai golongan mahasiswa sangat ingin untuk melihat akan perubahan peningkatan positif dari sudut sahsiah diri remaja kini.

Tahniah kepada mahasiswa/wi KUIS, turun lapangan dalam menyebarkan dakwah sempena Valentines Day!

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Uthaibah Zaidi,
EXCO Ekonomi, Kelab Al-Azhar Members KUIS.
@ Peserta Dakwah Lapangan #SN2VD.

-----------------------------------------------------------
Berikut adalah video daripada wartawan Free Malaysia Today, berkenaan program #SN2VD



Gambar-gambar boleh dirujuk di Page Kelab Al-Azhar Members

Tuesday 11 February 2014

Kepimpinan GAMIS 2014/2015 : Tahniah dan Takziah dari ALAM KUIS


 


Oleh: Akram Ikrami bin Taib Azamudden (Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS)

1. Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) mengucapkan tahniah dan takziah kepada Saudara Abdul Malik Ab Razak yang dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia sesi 2014/2015.

2. Pihak ALAM KUIS menyokong sepenuhnya agenda/tema "Membina Harapan, Mengemudi Perubahan". Tema tersebut adalah salah sebuah manifestasi daripada firman Allah s.w.t:

"Bangkitlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam)..."
[Al-Taubah, 9: 41]

Seruan bangkit bagi 'membina harapan' dan terus 'mengemudi perubahan' sewajarnya disambut baik oleh semua mahasiswa dan persatuan mahasiswa Islam baik di IPTA, mahupun IPTS, sama ada dalam dan luar negara.

3. Semoga GAMIS sesi 2014/2015 mampu membawa nafas baharu dalam arena dakwah, khususnya di peringkat mahasiswa dan masyarakat di Malaysia.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Kelab Al-Azhar Members KUIS
www.fb.com/alamkuis.original
LIKE | SHARE

Kepimpinan GAMIS 2014/15; Sokongan Padu Buat SIGMA Dari NISA' ALAM

 

Oleh: Siti Sumaiyah bt Mohamed
(Pengerusi NISA Kelab Al-Azhar Members KUIS)

1. Muktamar GAMIS yang ke 23 telah pun berlalu, namun tenure kepimpinan yang baru kini mula berpencak di lapangan. Sekalung tahniah diucapkan dari NISA' Kelab Al- Azhar Members (ALAM) kepada barisan kepimpinan GAMIS sesi 2014/15 yang diterajui oleh saudara Abdul Malik bin Ab Razak.

2. NISA' ALAM turut merakamkan ucapan tahniah dan takziah kepada saudari Nurul Shifaah binti Abdullah di atas perlantikan sebagai Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA), sesi 2014/15. NISA' ALAM memberi kepercayaan penuh kepada saudari Nurul Shifaah serta barisan kepimpinan SIGMA dalam memimpin gerakan mahasiswi khususnya dan wanita amnya.

3. Dalam mendepani masalah dan kelesuan gerakan wanita mutakhir ini, NISA' ALAM menyokong penuh tiga aspek yang dibawa oleh SIGMA iaitu Keilmuan, Kebersamaan dan Keterampilan Diri. NISA' ALAM juga bersedia memberi dokongan idea dan tenaga yang padu dalam bersama-sama merealisasikan hasrat SIGMA untuk menerajui gerakan wanita dengan sentuhan semasa dan pembawakannya tersendiri tanpa mengabaikan prinsip kesesuaian Islam sepanjang masa.

4. Dengan harapan agar SIGMA mampu menjadi entiti yang responsif dan proaktif kepada isu-isu kemasyarakatan, NISA' ALAM berbesar hati menghulurkan tangan dalam bersama-sama menzahirkan fungsi dan peranan mahasiswi khususnya di dalam masyarakat. Semoga jaringan dan ikatan kukuh antara SIGMA dan NISA' ALAM mampu mencerminkan kekuatan mahasiswi Islam.

NISA' Kelab Al-Azhar Members KUIS
www.fb.com/NisaAlAzharMembersKUIS
LIKE | SHARE

Wednesday 29 January 2014

PENGUMUMAN KEPIMPINAN KELAB AL-AZHAR MEMBERS KUIS SESI BAHARU.


KUIS, Bangi : Pada Jumaat, 24 November lepas, telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepimpinan Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS).

Penyampaian watikah tersebut disampaikan oleh Dato' Rektor, Prof Madya Dato' Dr Ab Halim Tamuri.

Majlis yang diadakan bersama dengan Jamuan Meraikan Petugas Mangsa Banjir Siri 1 & 2 itu, berlangsung di Dewan Bankuasi Pusat Konvensyen KUIS

Berikut merupakan senarai barisan kepimpinan Kelab Al-Azhar Members KUIS sesi 2014.

------------------------------------------------

Presiden : Akram Ikrami bin Taib Azamudden
Timbalan Presiden : Muhammad Fikri bin Abdul Wahab (Pak Tam).
Naib Presiden (Pengerusi BADAR) : Muhamad Azli Firdaus bin Che Seman.

Setiausaha : Mohd Yasir bin Ibrahim.
Timbalan Setiausaha : Salsabila binti Chin.

Bendahari : Dzoelkarnaen bin Dzoelkefly.
Timbalan Bendahari : Khairunnajah binti Ahmad Zaid.

Pengerusi Nisa' : Siti Sumaiyah binti Mohamed.
Timbalan Pengerusi Nisa' : Umi Salmah bin Kamarudin.
Setiausaha Nisa' : Nur Aina Fashehah binti Saiful Bahri

Lajnah Tarbiah & Kepimpinan.
Ketua : Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna.
Timbalan Ketua : Nur Zahidah binti Mahmud.

Lajnah Dakwah.
Ketua : Muhammad Syaqirin bin Mohd Suhaimi.
Timbalan Ketua : Saadah binti Yahya.

Lajnah Penerangan & Perhubungan.
Ketua : Muhammad Hafiz bin Abu Bakar.
Timbalan Ketua : Aqilah binti Kamarulzaman.

Lajnah Ekonomi.
Ketua : Muhammad Uthaibah bin Zaidi.
Timbalan Ketua : Siti Nur Hidayah binti Shah Razat.

Lajnah Sukan & Kesenian.
Ketua : Mohamad Amri bin Ali.
Timbalan Ketua : Najwa binti Aiasa.

------------------------------------------------

Perkembangan lain akan dimaklumkan dari masa ke masa.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Tuesday 28 January 2014

Pemergian Tuan Guru Harun Taib : Permata Ummah Yang Hilang.



1. Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) mengucapkan takziah kepada semua umat Islam atas pemergian seorang lagi tokoh ulama yang begitu teguh pada prinsip perjuangan semasa hayat beliau. Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Harun Taib, seorang ulama yang disanjungi, berasal dari negeri Terengganu ini, telah menghembuskan nafas terakhir ketika masih memikul amanah besar dalam perjuangan sebuah gerakan Islam sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

2. Allahyarham Tuan Guru Harun Taib adalah seorang ulama gerakan Islam yang sentiasa komited sepanjang usianya sejak muda lagi dalam melahirkan jutaan pelapis perjuangan diseluruh pelusuk tanah air. Beliau juga sangat dikenali dengan seorang yang amat menyayangi agenda menegakkan Syariat Allah di muka bumi ini. Itulah cita yang sentiasa meniti bibir Allahyarham tiap kali menitipkan percakapan. Pemergian dan kehilangan Ulama dari dunia ini merupakan sebuah bencana buat umat. Sesungguhnya Allah mengangkat ilmu-Nya dengan menghilangkan ulama dari bumi ini.

3. Rakan mahasiswa anak muda sekalian, ayuh bersama kita mengambil pengajaran yang Allah telah tunjukkan di hadapan mata kita untuk sama-sama meletakkan jasad dan roh kita di landasan perjuangan Islam di muka bumi ini. Ayuh kita menanam tekad dan doa moga Allah swt anugerahi kita helaan nafas dalam denyutan perjuangan.

4. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang Syahid di jalan Allah swt dan diredhai-Nya. Amin.

Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru.

Akram Ikrami bin Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS.
25 Januari 2014 / 23 Rabiulawal 1435H

Saturday 18 January 2014

Guru Muslim Diarah Buka Tudung: Perlukan Penjelasan Berhikmah, Bukan Sentimen Perkauman


KENYATAAN RASMI
[ Guru Muslim Diarah Buka Tudung; Perlukan Penjelasan Berhikmah,Bukan Sentimen Perkauman ]

Oleh: Siti Sumaiyah binti Mohamed

Dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia yang bebas mengamalkan agama, adat dan budaya masing-masing seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan, seorang guru Muslim dipaksa untuk membuka tudung jika mahu mengajar. Guru berkenaan yang bertugas di SJKC Nan Ya Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, diarahkan untuk menanggalkan tudung jika mahu mengajar di sekolah tersebut. Malah, turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Pihak NISA' Kelab Al-Azhar Members KUIS (NISA') melahirkan rasa dukacita atas perkara yang berlaku terhadap guru wanita tersebut. Pemakaian tudung bukanlah satu budaya semasa mahupun termaktub di dalam undang-undang yang khusus. Namun, bertudung merupakan salah satu cara bagi seorang Muslimah untuk menutup aurat seperti mana termaktub dalam syariat dari Allah. Setiap Muslim dan Mukmin sama ada lelaki mahupun wanita, wajib memelihara aurat sepertimana digariskan oleh syarak.

Justeru itu, NISA' menyatakan sokongan penuh kepada guru wanita berkenaan dalam tindakannya mempertahankan hak seorang Muslim dan dalam masa yang sama, hak seorang warganegara Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kerana telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Ini membuktikan keberaniannya dalam mempertahankan kesucian syariat Islam apatah lagi keselamatannya turut diancam.

NISA' turut menegaskan bahawa kejadian yang berlaku ini perlu dijelaskan secara berhikmah oleh pihak-pihak yang terlibat. Sebarang kenyataan dan provokasi yang bersifat perkauman perlu dielakkan agar keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terjamin. Marilah kita bersama-sama menghormati hak setiap warganegara yang bebas mengamalkan agama, budaya dan adat masing-masing.

Kami dari Kelab Al-Azhar Members, khususnya NISA' mendoakan guru wanita berkenaan terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Percaya dan yakinlah bahawa rezeki yang datang adalah dari Allah S.W.T buat mereka yang tetap dalam mengamalkan syariat Allah. Dengan mengambil peristiwa ini sebagai pengalaman dan iktibar, diharapkan agar guru-guru di seluruh Malaysia terus komited dengan tugas mulia dalam mendidik anak bangsa.
Kepada bakal-bakal guru yang akan memasuki dunia pendidikan, pihak kami memberikan sokongan sepenuhnya dalam memastikan perjalanan dan perancangan pendidikan buat anak bangsa dapat dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan keadilan.

"Inspirasi Mahasiswa Islam".

Nota: Penulis ialah Pengerusi Nisa' Al-Azhar Members KUIS sesi 2013/14.

Thursday 16 January 2014

XPRESI CINTA RASUL 2014

[XPRESI CINTA RASUL 2014]

Bulan kelahiran Nabi junjungan kini kembali. Selawat dan Salam buat Rasul yang Mulia, Muhammad s.a.w. Rabiulawal, bulan pelonjak manifestasi cinta rasul.

Bermula 22-26 Januari ini, Kelab Al-Azhar Members KUIS dengan kerjasama 16 buah persatuan di KUIS mengambil inisiatif menganjurkan sebuah kempen bagi membangkitkan kesedaran terhadap bulan Maulid ini.

Organisasi yang terlibat :
1. Masjid Al-Azhar KUIS.
2. Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS)
3. Persatuan Mahasiswa Islam Pantai Timur KUIS (IKATAN)
4. Kelab Rakan Siswa KUIS (KRS)
5. Kelab Mahasiswa dan Alumni Zakat KUIS (Asnaf D'KUIS)
6. Persatuan Mahasiswa Pendidikan KUIS (PERMAPEN)
7. KUIS English Society (KES)
8. Persatuan Mahasiswa Syariah KUIS (PERMAS)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
10. Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat KUIS (PMFSTM)
11. Persatuan Mahasiswa Komunikasi (Comm.Unity)
12. Persatuan Sukan Mahasiswa KUIS (PSMK)
13. Persatuan Mahasiswa Dakwah KUIS (PERMADA)
14. Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan (PRISMA)
15. Nadi Lughah Al-Arabiyyah (NADI)
16. Persatuan Mahasiswa Tahfiz Al-Quran (PMTAQ)

TENTATIF

RABU | 22 Januari 2014
9.30 P.M – 11.00 P.M
Mega Movie : Ustaz Mu Tunggu Aku Datang - Mahallah (Asrama)

KHAMIS | 23 Januari 2014
7.30 P.M – 8.15 P.M
Qasidah - Masjid
9.00 P.M – 11.00 P.M
Ceramah Bersama Ustaz Ahmad Azam (Ayah Al-Syahid Ahmad Ammar) - Masjid
Tajuk : Aqidah Islamiyyah Pasakan Rasulullah S.A.W

JUMAAT | 24 Januari 2014
10.00 A.M – 11.00 A.M
Perarakan : Gema Xpresi Cinta Rasul > dari 1st Café sehingga Masjid
2.00 P.M – 2.30 P.M
Flashmob : Kekasihku Rasulullah S.A.W - Dataran Masjid
2.30 P.M – 3.30 P.M
Essay writing – BS1116, Bangunan Pentadbiran
4.00 P.M – 7.00 P.M
Public Speaking – BS1116, Bangunan Pentadbiran
9.00 P.M – 11.00 P.M
Forum Perdana - Auditorium Pentadbiran
Ahli Panel:
1) Ustaz Zulkifli bin Ahmad
2) Sham Kamikaze
Tajuk : Fattabiouni : “Maka Ikutlah Aku”

Pertandingan Video Osem KUIS

SABTU | 25 Januari 2014
7.00 A.M – 12.00P.M
Rewang - Masjid
9.00 A.M – 12.00 P.M
Youth Futsal Challenge - Padang
Peraduan Mewarna - Masjid
2.00 P.M – 5.00 P.M
Nisa Got Talent (tertutup) - Auditorium Pentadbiran
5.00 P.M – 6.30 P.M
Sukan Sunnah : Memanah - Padang
9.00 P.M – 11.00 P.M
Malam Gema Cinta Rasul (Qasidah) - Auditorium Pentadbiran

AHAD | 26 Januari 2014
9.00 A.M – 11.00 A.M
Joran Ria - Tasik
9.00 P.M – 11.00 P.M
Majlis Penutup - Auditorium Pentadbiran
- Ucapan Rektor
- Balada Selawat Kumpulan Fareast, Kumpulan Damai
- Teater Muzikal
- Tayangan Video
- Penyampaian Hadiah

Program yang dianjurkan.



Pertandingan yang dianjurkan.









Hayati Sirah, Hidupkan Sunnah.

Sollu 'Alan Nabiy !

Tuesday 14 January 2014

Majlis Perwakilan Pelajar KUIS : Sebuah Harapan dan Kebersamaan


1. Tanggal 8 Januari 2014, Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014 secara rasminya telah dibentuk dalam Majlis Baiah MPP KUIS.

2. Saya mewakili barisan kepimpinan Kelab Al-Azhar Members merafakkan ucapan tahniah dan takziah buat semua ahli MPP KUIS sesi 2013/2014 yang telah mengangkat baiah. Tahniah dan takziah juga diucapkan kepada Saudara Mohamad Lutfi bin Ab Latib yang telah terpilih sebagai Yang Dipertua MPP KUIS bagi sesi ini.

3. Kepimpinan dalam Islam hendaklah menjadi asas utama dalam memacu kabinet mahasiswa kali ini. Bertindak sebagai sebuah 'kerajaan', MPP KUIS perlu bergerak dengan menanam nilai kepimpinan ini dalam diri seterusnya menebar nilai tersebut kepada semua mahasiswa amnya.

Pertama : Nilai "Hafiz" (Pelihara).

MPP KUIS kali ini perlu berperanan untuk memelihara agama dan menegakkan sistem pengurusan dan perundangan yang berlandaskan gerak kerja Islam. Bertepatan dengan firman Allah:

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." [Al-Haj, 22 : 41]

Kedua : Nilai "Alim" (Berilmu)

MPP KUIS kali ini perlu sentiasa mendepani isu-isu baik di peringkat mahasiswa, mahupun isu-isu semasa. Faktor 'Ilmu' menjadi kekuatan kepada MPP untuk menghadapi dan menjawab beberapa persoalan selaras dengan peranan kita sebagai masyarakat kampus.

Ketiga : Nilai "Quwwah" (Kuat)

MPP KUIS kali ini juga perlu memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental.

Al-Quran telah menjelaskan bagaimana pemilihan seorang pekerja mahupun seorang pemimpin. Firman Allah s.w.t, yang maksudnya :

“Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. [Al-Qasas, 28 : 26]

Keempat : Nilai "Amanah" (Telus)

Aspek terpenting yang perlu diterapkan dalam diri, khususnya MPP KUIS sebagai barisan kepimpinan mahasiswa adalah nilai telus dan amanah. Ia seiring dengan arahan Allah s.w.t, bermaksud :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil...." [Al-Nisa, 4 : 58]

4. Justeru, diharapkan MPP KUIS kali ini dapat menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dengan baik dek kerana hakikat mahasiswa dan anak muda sekarang yang lebih agresif dan terkehadapan dalam pemikiran, pembudayaan ilmu selain aktif dalam sukan. Selesaikan permasalahan dengan baik, ambillah keberkatan syura dalam menyelesaikan masalah dan terus mara ke hadapan.

5. Bagi menghadapi cabaran tersebut dan bermatlamatkan penerapan biah solehah di kolej yang kita cintai, Kelab Al-Azhar Members KUIS bersedia menghulurkan bantuan, memberi sokongan dan bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014 dengan tangan terbuka dalam gerak kerja mahupun program yang dianjurkan.

6. Sebagai pengakhiran, kami berdoa agar segala urusan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini dipermudahkan Allah s.w.t. Kami menyeru agar semua mahasiswa memberikan sokongan dan kerjasama kepada MPP KUIS dalam perkara kebaikan dan tegurlah mereka mengikut saluran yang betul pada perkara yang silap.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Muhammad Fikri bin Abdul Wahab @ Pak Tam.
Timbalan Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS.
Sesi 2013/2014.

Thursday 9 January 2014

Syria Awareness : Sekalung Penghargaan, Sebuah Keprihatinan


Oleh : Akram Ikrami bin Taib Azamudden

1. Alhamdulillah, selesai Kempen Kesedaran Syria (Syria Awareness) selama 5 hari ini. Bermula Jumaat (3 Januari) hingga ke hari ini (7 Januari), kita dipenuhkan secara sederhana beberapa program bagi menimbulkan kecaknaan terhadap situasi semasa di Syria.

2. Dengan momentum kempen ini, diharapkan semua mahasiswa khususnya di KUIS dapat sentiasa memberikan sokongan buat warga Syria dengan istiqamah mendoakan mereka dan memberikan sumbangan, dana, barangan kepada mereka melalui NGO yang bertanggungjawab membantu penduduk Syria seperti Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria.

3. Jutaan perhargaan kepada pihak Masjid Al-Azhar KUIS, kerana memberi kepercayaan kepada pihak ALAM selaku Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS khususnya untuk menggerakkan kempen Syria Awareness ini. Terima kasih kepada Dato' Nazir, Timbalan Nazir serta seluruh AJK dan kakitangan Masjid Al-Azhar KUIS.

4. Tidak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada team, duta dan volunteers KEMPEN GAZA & SYRIA KUIS WE ARE TOGETHER WITH YOU di atas kerjasama yang cukup tinggi dalam bersama-sama menggerakkan kempen kesedaran ini. "Gema Mahasiswa Untukmu Syria" adalah sebuah program bersejarah kerana menjadi satu-satunya program yang berjaya menghidupkan kawasan padang BOT KUIS. Semoga usaha menghidupkan kawasan tersebut terus dijalankan dengan diisi perkara yang bermanfaat.


5. Tabik hormat dan se-infiniti terima kasih diberikan kepada pasukan Al-Azhar Bikers (ABS) yang sedia berkorban dan menjadi penggerak tabung kutipan dana yang telah menjalankan kutipan dana dari KUIS ke Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan ke Bandar Baru Bangi, Selangor. Pasukan motorsikal inilah yang menjadi tulang belakang bagi melaksanakan objektif program, iaitu mengumpul dana dan sumbangan untuk tabung Syria Care. Diharapkan agar ABS akan sentiasa bekerjasama membantu memudahkan perjalanan beberapa program pada masa akan datang.

6. Alhamdulillah, jumlah dana yang disumbangkan hasil kutipan selama 4 hari berkempen kepada Sheikh Muhammad Kurayyim Rajeh melalui Syria Care adalah sebanyak RM 20 Ribu. Allahu Akbar ! Satu pencapaian yang cukup bermakna. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

7. Insha-Allah, rentetan dari Syria Awareness ini, Kelab Al-Azhar Members KUIS akan menubuhkan Al-Azhar Bikers, sebuah unit di bawah Lajnah Sukan dan Kesenian ALAM KUIS sebagai platform kepada mahasiswa bermotorsikal aktif dalam berpersatuan.

8. Semoga kita semua khususnya Mahasiswa KUIS terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam, seiring hasrat Dato' Rektor ke arah menjadikan KUIS tempat lahirnya Daie, Ulama dan Umara'.

"Inspirasi Mahasiswa Islam"

Nota : Penulis adalah Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Sunday 5 January 2014

Usrah Gabungan Siswi



Usrah Sampai Ke Syurga.

Sahabatku,
Kehebatan USRAH bukan pada namanya,
Namun pada siapa yang ada di dalamnya.

Sahabatku,
Rasulullah kecintaan kita juga berusrah,
Mencari kekuatan tunjang buat kebangkitan ummah.

Sahabatku...
Usrah bukan mengalirkan masamu sia2...
Usrah mengalirkan pahala buatmu setiap dtik kalian bsama...

Sahabatku,
Usrah bukan bererti kalian berhimpun dalam sebuah bulatan yang kecil semata mata,
Usrah membina seorang muslim dan mukmin di dalam jiwa kita.

Sahabatku,
Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah..
Mereka nampak pada zahirnya, 
Namun mereka tidak tahu kita sedang membina batas.

Begitu juga dengan USRAH,
Mereka nampak kita berhimpun, berbincang, 
Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina ISLAM di dalam hati kita
Untuk disebarkan kepada orang lain.

Insya-Allah,
USRAH sampai ke syurga.

-Norhafiza binti Zanuddin, Pengerusi Nisa' Kelab Al-Azhar Members KUIS

Alhamdulillah, petang tadi selesai sudah Usrah Gabungan Siswa, Kelab Al-Azhar Members KUIS di sekitar Mahallah Siswi KUIS.. Kepada yang hadir, jazakumullahu khairan kathira diucapkan. Kepada yang tidak hadir, usrah akan datang, kita sertai ya ! :)

Usrah tunjang Tarbiyyah.

Konvoi Bermotor Kutipan Dana Syria.


[ Syria Awareness ] 

KONVOI MOTOR KUTIPAN DANA SYRIA

1- Seramai 30 Rider telah bersama-sama menyertai konvoi melalui: USIM - Masjid Nilai - Masjid Hasanah - Pasar Malam Bandar Baru Bangi - UKM.

2- Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh orang ramai cukup memberangsangkan disamping wakil konvoi memberikan penjelasan semasa situasi di Syria yang ditimpa kesejukan dan mati kelaparan. Inilah saudara sedarah kita yang sangat memerlukan Doa bantuan daripada kita di sini.

3- Pihak Masjid Al-Azhar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta konvoi yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa dibayar walau satu sen. Inilah bukti KUIS senantiasa ada mahasiswa yang mempunyai jiwa pejuang agama Allah swt.

4-Jumlah kutipan konvoi berjaya mencecab sebanyak RM2005 yang insya Allah akan disalurkan kepada Syria Care.

5- Insya Allah sama-sama kita meluangkan masa untuk bersama: Syeikh Kurayyim Rajeh (Ulama Besar Syria) & Ust Nazmi Karim di Masjid Al-Azhar KUIS pada 7/1/13 ( selasa ) ini jam 8malam.

[ Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS / Kela Al-Azhar Members KUIS ]

Saturday 4 January 2014

Syria Awareness Campaign 2014

[Syria Awareness]

Insha-Allah, sepanjang 3 - 7 Januari ini, Masjid Al-Azhar KUIS menganjurkan Kempen Kesedaran Syria

Himpunan Kesedaran Situasi Semasa Syria.
- Dataran Masjid.
- Selepas Solat Jumaat
- 3 Januari 2014

Konvoi Motorsikal "Peace For Syria"

- 4 Januari 2014
- Mengutip dana untuk Syria Care
- Bermula jam 5 pm di Masjid Al-Azhar KUIS.
- Kaunter pendaftaran dibuka di ruang legar Masjid.
- Destnasi, USIM, UKM, Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra.

Himpunan Mahasiswa bersama Syria

- 6 Januari 2014
- Malam aspirasi seni untuk Syria.
- Padang B.O.T KUIS

Ceramah Perdana Tangisan Syria.



- 7 Januari 2014
- Kuliah Khas bersama Ulama Besar Syria, Sheikh Muhammad Kurayyim Said Rajeh.
- Penyampaian kutipan dana Syria.

Semua warga KUIS dijemput hadir. terima kasih..