i October 2013 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Tuesday 22 October 2013

Muslimah dan Dakwah.

Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang sangat unik. Emosinya tidak terjangkau, kisahnya sangat bewarna warni. Muslimah adalah peniup obor semangat di belakang seorang tokoh yang bernama seorang lelaki.

Dalam rakaman langit sejarah yang berpaksikan kebenaran, generasi awal muslimah memainkan peranan yang sangat penting.

Lihatlah bagaimana Saidatina Aisyah (Ummul Mukminin, puteri Abu Bakar al-Siddiq) sebagai srikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai al-Quran dan persoalan agama hingga menjadi tarikan sebagai gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan.

Ummu Nusaibah bin Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi Muhammad s.a.w di medan Uhud, beliau tidak pernah lelah berjuang bersama barisan kaum muslimin.

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Dalam lipatan zaman moden ini, Zainab al-Ghazali menjadi saksi bahawa muslimat tidak seharusnya meninggalkan pentas dakwah & perjuangan menegakkan Islam. Beliau sebagai Ketua dan Pengasas Jemaah Muslimat Mesir (tahun 1937), akhirnya dipenjara dalam tempoh yang panjang dengan penyeksaan yang tidak tertanggung peritnya. Tokoh muslimat ini berbakti di ladang dakwah, walau ditimpa segala macam dugaan dan cabaran dalam kehidupannya. Dunia menangis kerana kehilangan sang pejuang muslimah yang gigih ini, beliau adalah "Ibu Penggegar Penguasa Taghut" yang sangat inspiratif dan mengesankan.

Justeru, wahai yang digelar muslimah khususnya generasi pemudi/beliawanis, medan dakwah bukan sahaja dipenuhi dengan suara ajakan muslimin tetapi peranan muslimat begitu penting di medan dakwah dalam menyelusuri arus yang kian hebat ini.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di medan dakwah dan perjuangan adalah merupakan sebahagian dari karat-karat penjajahan.

Oleh itu, setiap individu, muslimah mestilah berusaha untuk terpanggil ke arah perlaksanaan di dalam medan dakwah dan perjuangan Islam ini dan menjadikan peranan kita iaitu muslimah sebagai penggerak bagi menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini.

Oleh:
Norhafiza Zanuddin,
Pengerusi Nisa,
Kelab Al-Azhar Members (ALAM),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam