i December 2013 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Sunday 15 December 2013

Pembunuhan Al-Syahid Abdul Qader Mulla: Mencetus kebangkitan jutaan pejuang Islam.




Oleh: Akram Ikrami bin Taib Azamudden.

1. Dunia Islam menyaksikan 11 Disember 2013, tarikh berdarah pembunuhan haram yang dihalalkan oleh Regim pemerintah Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

2. Al-Syahid Abdul Qader Mulla adalah pemimpin Jamaat Islami Bangladesh yang menggerakkan kebangkitan kesedaran Islam telah difitnah bahkan direka pelbagai bukti palsu untuk mengaitkan Al-Syahid dengan keganasan.

3. Al-Syahid yang pada awalnya dihukum penjara seumur hidup ditukar hukuman kepada gantung sampai mati oleh regim pimpinan Parti Awami League Bangladesh melalui Tribunal Antarabangsa.

4. Tindakan kerajaan Bangladesh adalah adaptasi yang dilakukan oleh Bani Israel serta musuh-musuh Islam yang membunuh para nabi terdahulu. Itulah tindakan akhir yang mampu dilakukan oleh musuh Islam dalam memastikan sinar Islam terus terpadam.

5. Masih segar di ingatan kita dengan kezaliman Kerajaan Bangladesh yang menyekat serta menghalau keluar pelarian Arakan warga Muslim Rohingya yang cuba menyelamatkan diri ketika diserang bunuh oleh Regim Burma. Inilah wajah sebenar Pemimpin kerajaan Bangladesh.

6. Kelab Al-Azhar Members KUIS menyeru seluruh pejuang Islam untuk terus bangkit dan mara kehadapan berbekalkan keyakinan pada Allah s.w.t bahawa janji syurga buat mereka yang mewaqafkan diri untuk perjuangan Islam.

7. Firnan Allah s.w.t, yang bermaksud: "Janganlah kamu mengatakan bahawa mereka yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu golongan yang mati, bahkan mereka itu golongan yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."
[Surah al-Baqarah, 2: 154]

8. Syahidnya seorang, bakal mencetuskan jutaan Abdul Qader Mullah yang akan terus berdepan dengan apa jua tentangan musuh Allah s.w.t. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menanti giliran untuk syahid di Jalan Allah s.w.t.

Salam Perjuangan. Allahuakbar!

# Penulis ialah Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS sesi 2012/2013.