i January 2012 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Friday 27 January 2012

Rasulullah SAW Sebagai Seorang Pendidik


*Penjelasan umum tentang karakteristik, keutamaan, akhlak dan tabiat Rasulullah s.a.w sebagai seorang pendidik dan sisi keperibadian Baginda yang Universal

            Penjelasan karakteristik, keutamaan  dan kemuliaan akhlak serta tabiat Rasulullah sebagai seorang guru (pendidik) akan melengkapkan wawasan kita tentang karakteristik pendidikan Baginda, yang kedua-duanya tidak dapat dipisahkan, malah saling melengkapi. Sepertimana setiap perkataan dan hukum-hukum dinukilkan daripada sumber keperibadian Baginda. Termasuk juga di dalam hal mencontohi setiap tata-cara serta tindakan Baginda dan juga pengaruh-pengaruh yang timbul daripadanya terhadap jiwa seseorang. Aspek-aspek pendidikan yang terkandung di dalamnya merangkumi aspek kehidupan (sosial) dan beragama.

            Penjelasan berikut menunjukkan bahawa sesungguhnya Rasulullah merupakan seorang guru (pendidik) di dalam setiap jengkal perjalanan hidup Baginda, pemikiran Baginda, akhlak Baginda, amal perbuatan Baginda, perkataan dan ekspresi wajah Baginda serta pengalaman Baginda. Di dalam Al-Quran berfirman :

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة ( الأحزاب : 21 )
Sesungguhnya dalam diri Rasulullah s.a.w terdapat suri teladan yag baik bagi kalian.
(Q.S. AL.-AHZAB : 21)

Thursday 12 January 2012

Peristiwa Bulan SAFAR ( Perang ABWA' )


Pengertian Bulan Safar

Dari segi bahasa :  Safar membawa erti kosong.  Dari segi istilah : bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliyyah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. 

Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.

 Ada pula yang mengungkapkan: Dinamakan bulan ini dengan Safar kerana ketika mereka memerangi sesetengah kabilah, mereka akan meninggalkan kabilah itu tanpa sebarang makanan ( iaitu mereka merampas makanannya sehingga tiada lagi makanan yang tinggal). Ini berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh Ibn Manzur di dalam kitab Mu’jamnya (Lisan al-Arab: 4/462-463)