i September 2013 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Islam Memimpin Mahasiswa

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Saturday, 28 September 2013

Final Exam : Manfaat Keilmuan Membina Generasi.




Peperiksaan akhir yang akan dilalui oleh seluruh mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) minggu hadapan pastinya mengundang suasana persediaan yang cukup rapi dalam 'pertempuran' tersebut. Disitulah medan untuk dibuktikan sejauhmana kita benar-benar dapat membenam serta mencurahkan seluruh keilmuan yang diperolehi tika sesi pembelajaran ke dalam hati dan ingatan.

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS suka untuk mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk bersama kita memastikan bahawa medan peperiksaan yang akn ditempuhi nanti bukanlah garis penamatnya. Akan tetapi, disitulah sebagai langkah permulaan dalam memastikan kita adalah generasi pewaris keilmuan Islam. Kita tidak hanya menjadi manusia robot yang akhirnya hanya tersenyum megah menaiki pentas menerima anugerah kecemerlangan, bahkan kita perlu memastikan disamping kilauan kecemerlangan itu juga tersemat rapi sumbangan kita terhadap ummah.

Lihat sahaja bagaimana era kegemilangan sarjana keilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rush, Al-Farabi, Imam Ghazali dan yang seangkatan dengan mereka hingga buku dan tulisan mereka menjadi rujukan seluruh dunia mengatasi sempadan agama dan bangsa. Rahsianya ialah penggabungan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat sekaligus. Itulah jiwa dan pemikiran yang ingin kita capai bersama, profesional ulama atau ulama profesional. Itulah impian manusia kelahiran KUIS.

Namun, sampai bila bibir ini ingin melafazkan kalimah kebanggaan kepada generasi terdahulu? , tibalah masanya kini untuk kita pula membentuk generasi seperti mereka itu bermula dengan diri sendiri seterusnya memimpin tangan rakan-rakan yang lain berlari menuju destinasi tersebut.

Ikhlaskan Niat hanya kerana Allah swt, pasakkan cita-cita kejayaan ini untuk dihadiahkn pada jalan Islam, seterusnya benamkan tekad memburu Redho dan Syurga Allah SWT. Makin diuji perit kesusahan,makin utuh pergantungan kita kepada Allah SWT.

Kitalah generasi yang seharusnya larut ditengah lapangan masyarakat berbekalkan roh Islam sebagai bahtera dalam menyelamatkan Umat manusia yang sedang kelemasan dipukul ombak kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW;
" Manusia yang sangat memperoleh azab pada hari kiamat kelak ialah yang berilmu tiada manfaat dengan ilmunya"
(Riwayat al-Tabrani)

Moga Allah SWT anugerahkan kejayaan buat kita dalam peperiksaan ini.
Bittaufik wannajah fil imtihan.

Oleh:
Muhamad Azli Firdaus Che Seman
Exco Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
21 Zulkaedah 1434/28 September 2013

[INFO] Selamat Menghadapi Peperiksaan dari ALAM KUIS




Salam ukhuwwah
[Info dari Sekretariat Akademik & Penyelidikan MPP KUIS]

Sedikit peringatan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan nanti. :)

Mahasiswa KUIS akan dihalang daripada memasuki dewan peperiksaan jika:-

[Untuk Mahasiswa]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Rambut pelajar lelaki melebihi kolar, diwarnakan dan berbentuk atau berfesyen yang luar biasa
4. Memakai seluar jeans dan seumpamanya
5. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)
6. Tali leher wajib dipakai bagi lelaki
7. Pakaian kemeja korporat hanya dibenarkan pada hari rabu sahaja
8. Pakaian kemeja batik hanya dibenarkan pada hari khamis sahaja
9. Baju melayu lengkap bersamping dibenarkan pada hari jumaat sahaja

Nota khas: Pelajar yang memakai kopiah/ songkok akan diminta untuk membukanya ketika pemeriksaan di pintu masuk dewan peperiksaan (pemeriksaan rambut)

[Untuk Mahasiswi]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Tudung tidak labuh serta tidak menutup kepala dengan sempurna dan mendedahkan rambut, leher, dada dan bahu
4. Memakai niqab/ purdah
5. Memakai kasut bertumit tinggi (siswi) dan tidak berstoking (sandal tidak dibenarkan)
6. Pelajar perempuan dilarang mempamerkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
7. Perhiasan berlebihan, wangian yang keras dan solekan berlebihan adalah tidak dibenarkan
8. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)


Pastikan anda tidak terbawa sebarang nota-nota ke dalam dewan peperiksaan.
Jangan sepahkan nota anda di luar dewan, masukkan ke dalam kotak khas yang disediakan.

Akhlak digilap. Ilmu digarap. Ukhuwah diterap
"Bersama Memartabat Integral Mahasiswa Islam"


#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam

Friday, 27 September 2013

Tan Sri Azizan Abdul Razak: Gugurnya seorang Pejuang Islam.




Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ulama Malaysia, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Allahyarham yang telah pergi bertemu Allah s.w.t pada jam 11.15 pagi hari ini (Khamis, 26 September 2013) telah meninggalkan seribu satu jasa dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah s.w.t khususnya di bumi Malaysia.

Sejak penyertaan Ustaz Azizan ke dalam gerakan Islam, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1978 hingga kini, melalui amanahnya sebagai Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS (2001-2003), ahli Majlis Syura Ulama PAS, AJK PAS Pusat juga Pesuruhjaya PAS Kedah, seluruh keringat dan fikiran disumbangkan ke jalan Allah s.w.t. Beliau yang juga tokoh pendidik melalui jasanya sebagai pensyarah di beberapa buah universiti dan juga tokoh kepimpinan Islam yang adil sebagai Menteri Besar Kedah pastinya akan tersemat rapi di ingatan umat Islam apatah lagi sebagai bekalan jariah bertemu Allah s.w.t.

Menjadi iktibar dan keinsafan bagi kita untuk memastikan kita sentiasa berada di jalan perjuangan Islam dan melazimi doa moga Allah s.w.t juga mematikan kita di jalan Allah s.w.t biar dalam apa jua kondisi dan lapangan mana sekalipun kita berada kini.

Semoga Allah s.w.t menempatkan beliau bersama para solihin dan dikira sebagai syuhada di jalan Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
20 Zulkaedah 1434 / 26 September 2013

Thursday, 5 September 2013

[Program] Training For Trainers


Program: Training For Trainer

Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Tarikh: 6, 7, 8 September 2013

Istimewa untuk Peserta:
- Makanan disediakan
- Sijil disediakan
- Kit Peserta disediakan
- Hadiah menarik untuk aktiviti 'Explorace" menanti anda.

Yuran: RM5 sahaja.

Menampilkan 4 tokoh hebat:
1. Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
2. Ustaz Salman Zainal Abidin
3. Ustaz Nushi bin Mahfodz
4. Imam Muda Fakhrul

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Nukman :  013-6319159
Hafiezah : 017-6673204

"Mahasiswa Islam Pewaris Nabi"