i Sempena Aidilfitri 1432 Hijrah ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Tuesday 30 August 2011

Sempena Aidilfitri 1432 Hijrah


الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر! 
لا اله إلا الله والله أكبر! الله أكبر ولله الحمد!

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah yang difardukan oleh Allah iaitu Puasa di Bulan Ramadhan. Kepergian Ramadhan akan terus dikenang oleh mukminin dan mukminah yang berterusan istiqamah menghidupkannya dengan amalan sunnah yang dituntut.

Kini, Syawal menjelma. Bulan kemenangan bagi umat Islam yang diberikan oleh Allah. Semoga amalan dalam Ramadhan kekal di Syawal, kemudian di Zulkaedah dan Zulhijjah hinggalah muncul Ramadhan semula. Bulan Syawal menjadi penanda awal bagi menentukan hasil didikan tarbiyah dari Kem Ramadhan.


Pihak Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berharap agar semua umat Islam khususnya mahasiswa dan mahasiswi KUIS dapat manfaat dari Kem Tarbiyah Ramadhan yang telah dilalui.

Semoga amalan kita diterima dan kita terus istiqamah dalam mengamalkannya serta dijauhkan kita dari golongan orang yang rugi sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW seperti di bawah.


Sesungguhnya Nabi mengucapkan amîn sebanyak tiga kali tatkala Jibril berdoa. Para Sahabat bertanya: “Wahai Rasûlullâh! Engkau telah mengucapkan amîn”. Beliau menjawab: “Jibril telah mendatangiku, kemudian dia berkata: “Celakalah orang yang menjumpai Ramadhân lalu tidak diampuni”. Maka aku menjawab: “Amîn”. Ketika aku menaiki tangga mimbar kedua maka dia berkata: Celakalah orang yang disebutkan namamu di hadapannya namun dia tidak mengucapkan salawat kepadamu”. Maka aku menjawab: “Amîn”. Ketika aku menaiki anak tangga mimbar ketiga, dia berkata: Celakalah orang yang kedua orang tuanya mencapai usia tua berada di sisinya, lalu mereka tidak memasukkannya ke dalam syurga”. Maka aku jawab: “Amîn”. (1)


(1) Penulis kitab Nadhratun Na’îm (10/5014) berkata : Hadis ini dikeluarkan al-Hâkim dalam Al-Mustadrak (4/154) dan berkata: "Hadis ini sahîh sanadnya, namun Imam al-Bukhâri dan Muslim tidak mengeluarkannya". Imam adz-Dzahabi menyetujui hal ini. (Disahîhkan al-Albâni dalam Sahîh at-Targhîb wat-Tarhîb).

Allahua’lam. Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bikhair. Wasalamualaikum wrt.

3 pandangan:

nessa syahirah said...

Selamat hari Raya kepada semua Barisan pimpinan Al-Azhar Members, terima kasih atas program2 mendidik jiwa yg dianjurkan ramadhan yang lalu, semoga terus bersemangat menjalankan kerja- kerja dakwah di bumi KUIS tercinta.

Aftiey El Irdina said...

Tahniah ALAM. Selamat Hari Raya. :)

Shah_MdNoor said...

selamat hari raya kpd barisan ALAM