i Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Tuesday, 5 November 2013

Perutusan Maal Hijrah 1435H - ALAM KUIS




[Perutusan Maal Hijrah 1435H] - ALAM KUIS


Assalamualaikum w.b.t.

1. Barisan Kepimpinan dan semua ahli Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan Selamat Tahun Baru 1435 Salam Maal Hijrah kepada semua Muslim khususnya Mahasiswa serta warga KUIS.

2. Dalam bulan yang digelar Syahrullah (Bulan Allah) ini, ayuh bersama kita tekadkan azam untuk perbanyakkan berpuasa sunat khususnya pada 9 dan 10 Muharram. Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam."
[Hadith Riwayat Muslim]

3. Perkukuhkan kembali tali persaudaraan atas ikatan aqidah dan nilai kemanusiaan. walau apapun perbezaan yang ada, pastinya ada titik persamaan yang dapat diadun bersama. Jadikan Muharram sebagai titik perpaduan antara kita dalam meneruskan agenda dakwah menyebarluaskan agama Allah s.w.t.

4. Semoga dengan kehadiran tahun baharu ini, kita semua dapat bersama-sama mengislahkan (memperbaiki) diri agar menjadi insan yang optimis, lebih baik dari sebelum ini.

Manusia yang optimis adalah manusia yang sentiasa berfikir dengan melihat ke hadapan dan sesekali bermuhasabah dengan berpaling seketika ke belakang.

Manakala manusia yang pesimis adalah manusia yang sentiasa menoleh ke belakang dan mundur tanpa sebarang kemajuan.

5, Buat Mahasiswa pemuda Islam, di atas bahu kita inilah terletak amanah keilmuan dan semangat Pemuda yang wajib dilunaskan hanya semata kerana Allah s.w.t. Inilah masanya, ayuh kita buru gelaran syuhada di Jalan Allah s.w.t. Insya-Allah.

Salam Hijrah.

Akram Ikrami bin Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS/
Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS.

Tuesday, 22 October 2013

Muslimah dan Dakwah.

Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang sangat unik. Emosinya tidak terjangkau, kisahnya sangat bewarna warni. Muslimah adalah peniup obor semangat di belakang seorang tokoh yang bernama seorang lelaki.

Dalam rakaman langit sejarah yang berpaksikan kebenaran, generasi awal muslimah memainkan peranan yang sangat penting.

Lihatlah bagaimana Saidatina Aisyah (Ummul Mukminin, puteri Abu Bakar al-Siddiq) sebagai srikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai al-Quran dan persoalan agama hingga menjadi tarikan sebagai gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan.

Ummu Nusaibah bin Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi Muhammad s.a.w di medan Uhud, beliau tidak pernah lelah berjuang bersama barisan kaum muslimin.

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Dalam lipatan zaman moden ini, Zainab al-Ghazali menjadi saksi bahawa muslimat tidak seharusnya meninggalkan pentas dakwah & perjuangan menegakkan Islam. Beliau sebagai Ketua dan Pengasas Jemaah Muslimat Mesir (tahun 1937), akhirnya dipenjara dalam tempoh yang panjang dengan penyeksaan yang tidak tertanggung peritnya. Tokoh muslimat ini berbakti di ladang dakwah, walau ditimpa segala macam dugaan dan cabaran dalam kehidupannya. Dunia menangis kerana kehilangan sang pejuang muslimah yang gigih ini, beliau adalah "Ibu Penggegar Penguasa Taghut" yang sangat inspiratif dan mengesankan.

Justeru, wahai yang digelar muslimah khususnya generasi pemudi/beliawanis, medan dakwah bukan sahaja dipenuhi dengan suara ajakan muslimin tetapi peranan muslimat begitu penting di medan dakwah dalam menyelusuri arus yang kian hebat ini.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di medan dakwah dan perjuangan adalah merupakan sebahagian dari karat-karat penjajahan.

Oleh itu, setiap individu, muslimah mestilah berusaha untuk terpanggil ke arah perlaksanaan di dalam medan dakwah dan perjuangan Islam ini dan menjadikan peranan kita iaitu muslimah sebagai penggerak bagi menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini.

Oleh:
Norhafiza Zanuddin,
Pengerusi Nisa,
Kelab Al-Azhar Members (ALAM),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam

Saturday, 28 September 2013

Final Exam : Manfaat Keilmuan Membina Generasi.




Peperiksaan akhir yang akan dilalui oleh seluruh mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) minggu hadapan pastinya mengundang suasana persediaan yang cukup rapi dalam 'pertempuran' tersebut. Disitulah medan untuk dibuktikan sejauhmana kita benar-benar dapat membenam serta mencurahkan seluruh keilmuan yang diperolehi tika sesi pembelajaran ke dalam hati dan ingatan.

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS suka untuk mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk bersama kita memastikan bahawa medan peperiksaan yang akn ditempuhi nanti bukanlah garis penamatnya. Akan tetapi, disitulah sebagai langkah permulaan dalam memastikan kita adalah generasi pewaris keilmuan Islam. Kita tidak hanya menjadi manusia robot yang akhirnya hanya tersenyum megah menaiki pentas menerima anugerah kecemerlangan, bahkan kita perlu memastikan disamping kilauan kecemerlangan itu juga tersemat rapi sumbangan kita terhadap ummah.

Lihat sahaja bagaimana era kegemilangan sarjana keilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rush, Al-Farabi, Imam Ghazali dan yang seangkatan dengan mereka hingga buku dan tulisan mereka menjadi rujukan seluruh dunia mengatasi sempadan agama dan bangsa. Rahsianya ialah penggabungan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat sekaligus. Itulah jiwa dan pemikiran yang ingin kita capai bersama, profesional ulama atau ulama profesional. Itulah impian manusia kelahiran KUIS.

Namun, sampai bila bibir ini ingin melafazkan kalimah kebanggaan kepada generasi terdahulu? , tibalah masanya kini untuk kita pula membentuk generasi seperti mereka itu bermula dengan diri sendiri seterusnya memimpin tangan rakan-rakan yang lain berlari menuju destinasi tersebut.

Ikhlaskan Niat hanya kerana Allah swt, pasakkan cita-cita kejayaan ini untuk dihadiahkn pada jalan Islam, seterusnya benamkan tekad memburu Redho dan Syurga Allah SWT. Makin diuji perit kesusahan,makin utuh pergantungan kita kepada Allah SWT.

Kitalah generasi yang seharusnya larut ditengah lapangan masyarakat berbekalkan roh Islam sebagai bahtera dalam menyelamatkan Umat manusia yang sedang kelemasan dipukul ombak kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW;
" Manusia yang sangat memperoleh azab pada hari kiamat kelak ialah yang berilmu tiada manfaat dengan ilmunya"
(Riwayat al-Tabrani)

Moga Allah SWT anugerahkan kejayaan buat kita dalam peperiksaan ini.
Bittaufik wannajah fil imtihan.

Oleh:
Muhamad Azli Firdaus Che Seman
Exco Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
21 Zulkaedah 1434/28 September 2013

[INFO] Selamat Menghadapi Peperiksaan dari ALAM KUIS




Salam ukhuwwah
[Info dari Sekretariat Akademik & Penyelidikan MPP KUIS]

Sedikit peringatan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan nanti. :)

Mahasiswa KUIS akan dihalang daripada memasuki dewan peperiksaan jika:-

[Untuk Mahasiswa]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Rambut pelajar lelaki melebihi kolar, diwarnakan dan berbentuk atau berfesyen yang luar biasa
4. Memakai seluar jeans dan seumpamanya
5. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)
6. Tali leher wajib dipakai bagi lelaki
7. Pakaian kemeja korporat hanya dibenarkan pada hari rabu sahaja
8. Pakaian kemeja batik hanya dibenarkan pada hari khamis sahaja
9. Baju melayu lengkap bersamping dibenarkan pada hari jumaat sahaja

Nota khas: Pelajar yang memakai kopiah/ songkok akan diminta untuk membukanya ketika pemeriksaan di pintu masuk dewan peperiksaan (pemeriksaan rambut)

[Untuk Mahasiswi]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Tudung tidak labuh serta tidak menutup kepala dengan sempurna dan mendedahkan rambut, leher, dada dan bahu
4. Memakai niqab/ purdah
5. Memakai kasut bertumit tinggi (siswi) dan tidak berstoking (sandal tidak dibenarkan)
6. Pelajar perempuan dilarang mempamerkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
7. Perhiasan berlebihan, wangian yang keras dan solekan berlebihan adalah tidak dibenarkan
8. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)


Pastikan anda tidak terbawa sebarang nota-nota ke dalam dewan peperiksaan.
Jangan sepahkan nota anda di luar dewan, masukkan ke dalam kotak khas yang disediakan.

Akhlak digilap. Ilmu digarap. Ukhuwah diterap
"Bersama Memartabat Integral Mahasiswa Islam"


#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam

Friday, 27 September 2013

Tan Sri Azizan Abdul Razak: Gugurnya seorang Pejuang Islam.




Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ulama Malaysia, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Allahyarham yang telah pergi bertemu Allah s.w.t pada jam 11.15 pagi hari ini (Khamis, 26 September 2013) telah meninggalkan seribu satu jasa dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah s.w.t khususnya di bumi Malaysia.

Sejak penyertaan Ustaz Azizan ke dalam gerakan Islam, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1978 hingga kini, melalui amanahnya sebagai Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS (2001-2003), ahli Majlis Syura Ulama PAS, AJK PAS Pusat juga Pesuruhjaya PAS Kedah, seluruh keringat dan fikiran disumbangkan ke jalan Allah s.w.t. Beliau yang juga tokoh pendidik melalui jasanya sebagai pensyarah di beberapa buah universiti dan juga tokoh kepimpinan Islam yang adil sebagai Menteri Besar Kedah pastinya akan tersemat rapi di ingatan umat Islam apatah lagi sebagai bekalan jariah bertemu Allah s.w.t.

Menjadi iktibar dan keinsafan bagi kita untuk memastikan kita sentiasa berada di jalan perjuangan Islam dan melazimi doa moga Allah s.w.t juga mematikan kita di jalan Allah s.w.t biar dalam apa jua kondisi dan lapangan mana sekalipun kita berada kini.

Semoga Allah s.w.t menempatkan beliau bersama para solihin dan dikira sebagai syuhada di jalan Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
20 Zulkaedah 1434 / 26 September 2013

Thursday, 5 September 2013

[Program] Training For Trainers


Program: Training For Trainer

Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Tarikh: 6, 7, 8 September 2013

Istimewa untuk Peserta:
- Makanan disediakan
- Sijil disediakan
- Kit Peserta disediakan
- Hadiah menarik untuk aktiviti 'Explorace" menanti anda.

Yuran: RM5 sahaja.

Menampilkan 4 tokoh hebat:
1. Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
2. Ustaz Salman Zainal Abidin
3. Ustaz Nushi bin Mahfodz
4. Imam Muda Fakhrul

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Nukman :  013-6319159
Hafiezah : 017-6673204

"Mahasiswa Islam Pewaris Nabi"

Sunday, 25 August 2013

SITUASI TERKINI DI MESIR

Allah memberitahu pada kita melalui FirmanNya :

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikann mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka : khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dangan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan  (ingatlah) sesiapa yang kufur imgkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

[ Surah an-Nur 24 :55 ]

* * * * *
   Sedia maklum, rakyat di seluruh dunia telah pun mengetahui dengan pelbagai cara selidikan, bahawa kePEMIMPINan Dr. Morsi jelas membuka mata rakyat dunia, hanya pemimpin yang adil dan amanah sahaja yang akan di sanjung oleh pengikutnya walaupun hakikatnya pemimpin yang di sayangi itu sedang di Fitnah. Namun, kekuatan Aqidah serta Thiqah kita pada Pimpinan Dr. Morsi, menyebabkan do'a sentiasa bertali arus buat rakyat Mesir khususnya. Allahu Akbar !!!


Kata-kata luhur dan tulus dari Presiden Dr. Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat.

DEMO DITERUSKAN !
 RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI ???



Pakatan pro Dr. Morsi mengajak rakyat Mesir untuk meneruskan demo aman hingga tumbang Sisi dan kuncu-kuncunya.

Semalam berakhir seminggu demo yang dipanggil MINGGU BERAMBUS dengan diakhiri demo JUMAAT SYUHADA yang mendapat sambutan hangat dan memperlihatkan tentera tidak mampu menyekat lebih daripada 300 Perarakan di seluruh Mesir>

Minggu ini demo diteruskan dengan tema RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI. Tema ini dipilih setelah majoriti pimpinan Ikhwan dan gabungan telah ditangkap.

Pakatan pro Morsi menyatakan tangkapan pimpinan tidak memberi kesan kepada usaha mereka untuk terus menekan kerajaan Kudeta, bahkan rakyat sendiri yang akan menerus dan memimpin revolusi ini.

Sumber : Ikhwan Online.