i Warga KUIS sumbang RM 7 Ribu untuk Gaza ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Friday 30 January 2009

Warga KUIS sumbang RM 7 Ribu untuk Gaza



Ustaz Farid Ravi menyerahkan sumbangan warga KUIS untuk Gaza kepada wakil Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian.

Pimpinan Al-Azhar Members bersama wakil Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian dan YB Nasharuddin Mat Isa

Baru-baru ini, suatu majlis penyerahan sumbangan warga KUIS untuk Gaza secara ringkas telah diadakan di Masjid Al-Azhar KUIS selepas solat Jumaat.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Nazir Masjid Al-Azhar KUIS merangkap Penasihat Al-Azhar Members (ALAM), Ustaz Farid Ravi Abdullah kepada wakil daripada Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian. Kutipan dana untuk Gaza tersebut dilancarkan sepenuhnya oleh Al-Azhar Members (ALAM) yang dilancarkan lebih kurang 2 minggu dan kemuncaknya adalah semasa Himpunan Warga KUIS Membantah Kezaliman Zionis di Gaza yang diadakan seminggu sebelum majlis penyerahan tersebut.

Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak hampir RM 7 Ribu dan telah diserahkan sepenuhnya kepada wakil Aman Palestin pada majlis tersebut.

Pihak Al-Azhar Members (ALAM) mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga KUIS yang memberi sumbangan sempena pelancaran tersebut. Sesungguhnya kepada hanya Allah dikembalikan segala urusan.

0 pandangan: