i Peristiwa Bulan SAFAR ( Perang ABWA' ) ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Thursday 12 January 2012

Peristiwa Bulan SAFAR ( Perang ABWA' )


Pengertian Bulan Safar

Dari segi bahasa :  Safar membawa erti kosong.  Dari segi istilah : bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliyyah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. 

Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.

 Ada pula yang mengungkapkan: Dinamakan bulan ini dengan Safar kerana ketika mereka memerangi sesetengah kabilah, mereka akan meninggalkan kabilah itu tanpa sebarang makanan ( iaitu mereka merampas makanannya sehingga tiada lagi makanan yang tinggal). Ini berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh Ibn Manzur di dalam kitab Mu’jamnya (Lisan al-Arab: 4/462-463)



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Safar

Perang Abwa’ (Wuddan)

Berlaku pada : 12 Safar tahun 2 Hijrah (antara peperangan terawal di dalam Islam. Nabi saw turut terlibat di dalam peperangan ini. Pembawa panji Islam : Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. 

Rasulullah telah melantik Saad bin Ubadah r.a. untuk menjaga kota Madinah.  Pepeperangan ini seakan-akan perang ekonomi ke atas kafilah Quraisy yang menguruskan dagangan ke negeri Syam. Namun di dalam peperangan ini tidak berlaku sebarang pertembungan antara dua pasukan. Di dalam peperangan ini juga Rasulullah telah mengikat perjanjian dengan Makhsyi bin ‘Amru ad-Damriy bahawa tentera muslimin tidak akan menyerang Bani Damrah dan Bani Damrah tidak akan menyerang tentera Islam. Perjanjian antara dua belah pihak ditulis di atas kertas. 

Sariyyah Bi’ru Maunah

Seramai 70 orang sahabat terpilih telah syahid di dalam tragedy Bi’ru Maunah pada 4 Hijrah. Mereka dikenali sebagai “al-Qurra’” kerana mereka sibuk mengumpulkan kayu api di siang hari dan solat di malam hari. Mereka mendermakan hasil jualan kayu api kepada golongan miskin. Di antara mereka ialah

1) Al-Munzir bin Amru al-Ansari
2) Al-Harits bin as-Sommah
3) Haram bin Mulhan saudara Bani ‘Adi bin an-Najjar
4) Urwar bin Asma’ bin as-Solat 
5) Afi’ bin Badil bin Warqa’ al-Khuzaiy 
6) Amer bin Fuhairah pembantu Abu Bakar as-Siddiq 
7) Al-Hakam bin Kisan

0 pandangan: