i Pemuda dan Masa Lapang ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Tuesday 20 March 2012

Pemuda dan Masa Lapang

Salam,

“Buat apa waktu cuti musim sejuk ni?” tanya saya pada seorang rakan sebagai pembuka bicara ketika kami bertemu di masjid selepas solat Jumaat tempoh hari.
“Oh, tak buat apa sangat. Main games, tengok movies, tengok world cupRelease tension sikit. Baru habis exam minggu lepas. Nak berjalan sejuk, duit pun kering. Kalau rajin sikit nanti nak cari kerja.”
“Banyak tu masa kosong. Nanti ada program, datanglah ye.” jawab saya sambil ketawa kecil.
“Boleh insyaAllah. Inform nanti ye. Kalau tak sibuk saya datang.” jawabnya sambil tersenyum.

Sibuk dan tiada masa
Sibuk, atau busy? Dua perkataan yang sering keluar dari mulut seorang pemuda masa kini. Sibuk dengan urusan apa? Majoriti jawapan apabila berada di alam mahasiswa, sejak di kolej sehingga ke universiti kini, antara sebab yang sering didengar:

Kerja terlalu banyak !

Di awal tahun sibuk dengan urusan settle down dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan. Di pertengahan tahun, sibuk dengan pelajaran, assignments dan peperiksaan. Di hujung tahun pula sibuk mengemas rumah dan mengira baki di bank untuk berjalan. Di waktu cuti pula sibuk dengan urusan-urusan seperti gamesmovies dan tv.


Bila agaknya masa kita sibuk dengan urusan agama?
Urusan untuk diri dan umat buat bekalan di hari muka?
Urusan pembinaan diri sendiri yang bukan diatur orang lain untuk kita?
Urusan mengisi ruh dengan makanan ilahi, menguatkan hati dengan iman?
Apa mahu tunggu urusan gamesmovies dan tv yang diatur musuh islam selesai sebelum urusan diri?


Pemuda dan waktu lapang
Para ilmuan Islam telah mengingatkan kita pada satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan pemuda Islam yakni waktu lapang.
Jika waktu lapang menjadi penentu kepada kegiatan dalam kehidupan, maka berhati-hatilah kerana awal maksiat, terutama kepada pemuda, bermula dari waktu lapang.
Amr Khaled, seorang penceramah dan penulis yang terkemuka, telah menyimpulkan satu rumus yang berguna sebagai peringatan bagi kita semua: 

Pemuda + Waktu Kosong = Awal Maksiat.

Pengajaran dari Al-Quran
Mari kita imbau sebuah kisah yang diceritakan al-Quran dalam surah Yusuf. Mengapa isteri raja Aziz menggoda Nabi Yusuf a.s.?
Antara jawapan utamanya kerana dia adalah wanita kota, isteri pembesar dan punya banyak masa lapang! Kita boleh lihat sendiri hari ini, berapa ramai dari isteri atau pasangan pembesar yang menghabiskan masa mereka kegiatan-kegiatan yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat?
Diceritakan dalam surah Yusuf, tentang perkumpulan yang diaturkan isteri raja Aziz sebagai bukti banyaknya masa lapang mereka yang dibazirkan dengan perbuatan yang tidak menghargai waktu.
“…diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): “Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka.” [Yusuf 12: 31]

Pengajaran dari Sunnah
Ayuh kita lihat pula apa yang disabdakan oleh mu’allim (guru) teragung kita. Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal perbuatannya.” [Hadis riwayat Ahmad]


Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari] Ya, dua nikmat yang kita sering tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang yang sering diisi dengan perkara yang tidak sewajarnya. Nikmat yang diberi sebagai satu ujian kepada manusia, dan mereka yang lulus ujian ini hanya mereka yang bersyukur dengannya.


Lebih mudah berhadapan dengan ujian dalam bentuk kesenangan dan kesusahan, yang syarat lulusnya adalah taubat, penyesalan dan mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sabda baginda lagi: Tidak ada sesuatu yang disayangkan oleh ahli syurga kecuali suatu waktu yang mereka lewati tanpa menggunakannya untuk zikir (mengingati) kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” [Hadis riwayat Thabrani] Jadilah kamu di dunia seakan-akan kamu sebagai orang asing atau penyeberang jalan.” [Hadis riwayat Bukhari]

Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang hidup di dunia bagaikan orang asing atau orang yang menyeberangi jalan. Ayuh sama-sama kita fikirkan dan telusuri sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang hidup di perasingan atau penyeberang jalan ini.  Pertamanya mereka mampu untuk hidup sendiri, berdikari tanpa banyak bergantung harap pada orang lain. Mereka penuh rasa harap dan takut, sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap langkah yang diambil.


Mereka sentiasa memerhatikan keadaan di sekeliling, mencari mereka yang boleh dijadikan teman yang baik, menghindari permusuhan dan bersegera apabila punya peluang untuk berjalan atau melintas jalan dalam keadaan yang tenang. Pada masa yang sama mereka sentiasa berusaha mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak menimbulkan masalah pada diri sendiri jua pada orang di sekeliling.

Mengisi waktu luang
Ramai orang memahami waktu lapang adalah ketika kita tidak melakukan apa-apa tugasan rutin yang kita kerjakan. Namun sebagai seorang pelajar muslim yang punya tanggungjawab kepada ijazah juga risalah, waktu lapang tidak terhad hanya kepada maksud di atas. Termasuk waktu lapang adalah ketika melakukan suatu aktiviti yang membolehkan aktiviti lain dilakukan pada masa yang sama.


Ketika beratur menunggu tiket atau makanan, antara waktu makan dan kuliah, menunggu tetamu, ketika di dalam kenderaan, musafir dan pelbagai aktivit lain lagi. Kata pepatah Melayu yang sepadan dengan idea ini, seperti “sambil menyelam minum air” dan juga pandai menggunakan strategi “serampang dua mata”.


“Aku tak tahu nak baca buku apa, macam banyak sangat ja. Pening kepala lagi ada.” kata seorang hamba Allah yang mengeluh kepada sahabatnya pada awal cuti lalu semester.


Masa yang diberi oleh Allah pada setiap detik amat bermanfaat sekiranya digunakan dengan sebaiknya :)

Perbaikilah juga bacaan al-Quran dan mulakan berjinak-jinak dengan maksud terjemahannya. Kenali makhraj huruf-huruf dan hukum-hukum tajwid dalam pembacaan. Lancarkan lidah dengan kalimah-kalimah Allah SWT. Jangan hadkannya pada majlis-majlis dan perkumpulan tertentu sahaja.

~ Al-Quran panduan sepanjang zaman ~

Waktu cuti dan lapang bukan untuk kerehatan akal, juga bukan semata-mata untuk membina tubuh badan, samada dengan banyak bersukan atau melayan nafsu makan. Gunakan  waktu lapang ini dengan sebaiknya. 

Sedikit perkongsian ini dengan tulisan Amr Khaled buat renungan kita semua. 


“Ayuh! Bangkit, bersegeralah dan berlumbalah dengan waktu, manfaatkan waktu anda.
Waktu adalah emas.
Tidak demi Allah! Waktu lebih berharga dari emas. Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi tidak akan kembali lagi selamanya.
Jika waktu telah hilang, bererti usia anda juga telah hilang!’


Wallahua’alam ~

0 pandangan: