i SECRET OF QIAMULLAIL ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Friday 21 December 2012

SECRET OF QIAMULLAIL


Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.



Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka. Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)

( 5 Rahsia Qiamullail )
  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

P/S-Renung-renungkan...selamat beramal (^_^)

0 pandangan: