i Filem penghinaan terhadap Rasulullah : ALAM seru perkasa agenda dakwah ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Saturday 15 September 2012

Filem penghinaan terhadap Rasulullah : ALAM seru perkasa agenda dakwah




Sekali lagi, umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan penerbitan sebuah filem yang menggambarkan penghinaan yang amat dahsyat terhadap Rasululullah s.a.w, filem yang berjudul  ‘Innocence of Muslims’ sekali lagi menyentak hati umat islam selepas siri- siri penghinaan yang ‘dilepaskan’ sebelum ini, seperti karikatur menghina Rasulullah,  pembakaran Al- Quran dan lain- lain lagi,  seolah- olah ingin mencabar dan menyukat paras sensitivitI umat islam pada hari ini.


Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh seorang yahudi Amerika yang bernama Sam Bachile  yang bertindak melampaui batas ‘lampu merah’ sehingga dicatatkan, muslim diseluruh dunia : Mesir, Sudan, Tunisia, Yaman, Pakistan, Afghanistan, Indonesia  termasuk Malaysia, pada semalam (jumaat) telah keluar menjalankan protes bantahan selepas menunaikan solat jumaat di kebanyakan di hadapan kedutaan Amerika di negara- negara masing- masing. Bahkan  bantahan juga dibuat oleh  Vatican City Rome, Italy iaitu Pusat Kristian Katolik, dari Yahudi Ortodoks dan beberapa kumpulan agama yang lain, yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kumpulan (penerbit filem) ini. Kandungan filem ini dikatakan telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.




Umat islam diajar untuk tidak menghina kepercayaan agama lain sekalipun mereka menghina Agama islam, sekalipun bantahan atas hal penghinaan seperti ini, umat islam tidak dibenarkan untuk menghina mana- mana agama, ianya secara tidak lansung menunjukkan kesyumulan islam yang mengajar umatnya berkaitan akhlak dan adab terhadap bukan islam.  Umat islam diseluruh dunia bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w  tanpa keluar dengan menghina mana- mana agama tetapi demi menunjukkan izzah kekuatan umat islam yang pasti bangkit bersatu sekiranya berlaku keadaan melampau seperti ini. Di Mesir dicatatkan hampir sejuta orang berkumpul selama dua hari bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati, membantah dan memberi peringatan keras kepada golongan yang dengan beraninya mempermainkan kehormatan islam. Di Malaysia, bantahan dibuat diseluruh negara selepas selesai menunaikan solat jumaat,  Umat islam turut mendesak supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penerbit filem tersebut, dan turut mengingatkan agar para pemimpin negara dengan tegas menyatakan bantahan mereka terhadap video penghinaan Rasulullah ini. Namun begitu, Media- media barat pula mengambil kesempatan menyatakan bahawa orang islam membantah filem Innocence of Muslims’ ini  dengan saling membunuh dan melakukan perbuatan ganas dan mengancam duta- duta Amerika di luar negara, seolah- oleh lupa terhadap  jenayah- jenayah perang yang lebih dahsyat dilakukan oleh barat terhadap umat islam.

Sehubungan dengan ini , kami dari Al- Azhar  Members :

1. Menyeru kepada semua mahasiswa KUIS untuk bangkit menyatakan rasa cinta kita kepada Rasulullah dan agama islam dan terus cakna diatas isu- isu umat islam diseluruh dunia termasuklah berkaitan penindasan dan pencabulan keatas kehormatan islam.

2. Dan kami mengajak semua para sahabat untuk terus mendoakan dan melakukan solat hajat memohon kepada Allah diatas kezaliman musuh Allah ini.

3. Kami mengharapkan agar para sahabat tidak terus berdiam diri diatas penghinaan ini, bahkan tidak cukup sekadar melaungkan bantahan, marilah sama- sama kita meneruskan agenda dakwah dengan menyebarkan kebenaran islam dan memberikan pencerahan terhadap masyarakat yang masih tidak memahami  agar islam dapat difahami dan diamalkan dengan selayaknya. Wallahua’lam.

 
Presiden Al- Azhar Members sesi 2011/2012
AMIRUL HAFIZ BIN OTHMAN



0 pandangan: