i 16 September : Harga Sebuah Kebebasan ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Monday 17 September 2012

16 September : Harga Sebuah Kebebasan

1. Rakyat di Malaysia pada tarikh ini, tersenyum menyambut sambutan hari Malaysia, sejarah mencatatkan pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan penubuhan Malaysia  di dataran merdeka disaksikan hampir 30 000 rakyat Malaysia, dan sehingga kini, sambutannya masih diraikan. Ayuh kita panjatkan setinggi- tinggi kesyukuran hanya kepada Allah diatas rahmat keamanan yang telah dikurniakan kepada kita sehingga ke hari ini.

2. Kebebasan sebenar buat diri seorang hamba Allah adalah pembebasan dari segenap bentuk penjajahan, segala bentuk fahaman yang bertentangan dengan ajaran islam wajib ditolak. Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

3. Dalam kegembiraan kita meraikan kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia, usah pernah lupa, sejarah luka umat islam juga pernah mengukir kisah sadis pada tarikh ini- 16 September.



4. Peristiwa Shabra dan syatila yang telah berlaku di beirut, Lubnan, amat menconteng memori umat islam, peristiwa yang mencatatkan pembunuhan 3000 orang rakyat palestin yang mendiami kem pelarian di shabra dan syatila, telah berlaku pada tahun 1982. Ianya sebuah kezaliman yang tidak dapat diterima oleh akal manusia, peristiwa ini secara terang- terangan telah dilakukan oleh zionis israel dibawah pimpinan menteri pertahanannya, Areal sharon. Lebih dahsyat lagi, mereka telah dibunuh didalam rumah mereka sendiri, didalam perjalanan ke sekolah, dan ada yang dibunuh ketika dalam perjalanan kekedai mencari keperluan makanan. Jikalau selepas 11 September (peristiwa runtuhan WTC), majlis keselamatan  PBB telah mengeluarkan ketetapan  1373 dalam persidangannya yang ke 3485, ketetapan yang membenarkan AS menjajah mana- mana negara didunia ini dengan alasan memerangi keganasan, mengapakah tiada ketetapan seumpama ini sejurus selepas peristiwa 16 September sehingga ke hari ini, sedangkan seisi dunia melihat, anak- anak kecil, wanita- wanita dunia dan golongan yang lemah diperlakukan dengan sebegitu zalim dan amat mendukacitakan. Jika Afghanistan dan Iraq telah musnah dihancurkan AS atas alasan memerangi keganasan, mengapa perkara yang sama tidak dilakukan keatas Israel sejak dulu lagi? Ya, kita maklum jawapannya adalah kerana Israel dan AS adalah rakan kongsi kezaliman terhadap umat islam, namun begitu, ia terus menambah peratus kezaliman mereka yang sepatutnya membuatkan lebih ramai pihak membuka mata seluas- luasnya.


5. Sebuah lagi peristiwa yang terakam dalam lipatan sejarah umat islam ialah pada 16 september 1931, kisah  pembunuhan seorang pahlawan islam di libya, yang dihukum gantung kesan dari penentangannya terhadap penjajah itali, beliau yang dimaksudkan adalah Omar al- Mukhtar ke syahid (insyaAllah) kembali kepangkuan Illahi dalam usianya yang mencecah keangka 80.

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Barouni dan Silima An-Nailiah. Kisah perjuangannya juga diadaptasikan dalam filem, untuk umat islam lebih banyak mengkaji sejarah mereka.
Semoga akan lahir Omar al- mukhtar kedua, bahkan yang lebih hebat semangat juangnya dalam mempertahankan islam.

6. Dan 16 september ini, dunia menyaksikan kezaliman terhadap umat islam terus berlaku, sehingga artikel ini ditulis, pada 16 september ini di Syria, sekitar pengeboman yang berlaku di kampuang u’waid, terletak di wilayah idlib, seorang bapa telah kehilangan empat orang anaknya secara serentak, dan seorang kanak- kanak perempuan telah disembelih sehingga putus kepalanya, dan pelbagai jenayah lain yang tidak dapat dicatatkan disini. Dan di wilayah Arakan, Myanmar, etnik Rohingya yang beragama islam terus bermandi darah sehari kesehari, ayuh muhasabah diri, jika 16 September 2012 ini kita sedang bergelak ketawa, ingatlah takungan darah dan air mata dari seluruh umat islam yang dizalimi di seluruh dunia akan terletak dipundak kita di akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Perbandingan orang Mukmin dengan Mukmin yang lain dari segi kasih mesra di hati dan bergilir emosi kasih sayang ibarat tubuh yang satu, apabila satu anggotanya sakit seluruh anggota turut demam dan berjaga malam".

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Orang Mukmin di samping Mukmin yang lain ibarat sebuah binaan, saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain".

7. Selamat menyambut hari Malaysia ke 55 dari kami Al- Azhar members, ayuh sambutnya dengan semangat islam, jangan sekali- kali kita lupa pada saudara seislam kita yang ditindas dalam kegembiraan kita menyambut nikmat keamanan.

Pengerusi Nisa’ ALAM sesi 2011/2012
NURAIN BINTI MOHD SAMSUDIN

0 pandangan: