i Puasa Melembutkan Hati ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Friday 3 August 2012

Puasa Melembutkan Hati



                                 "Puasa Melembutkan Hati"

                                        

Berpuasa dengan sempurna pada  bulan Ramadhan khususnya di bulan-bulan lain khususnya dan di bulan-bulan lain umumnya akan mendatangkan kesan yang luar biasa kepada diri insan.Ia akan melembutkan hati  keras ,membasahkan hati yang kering dan menghidupkan hati  yang mati.Puasa yang dilaksanakan dengan sempurna ialah apabila insan melaksanakannya:

-Melaksanakan dengan penuh ikhlas kerana Allah bagi mendapatkan redha dan kempunan-Nya tanpa ada sebab –sebab lain.
-Mengelakkan diri daripada perkara membatalkan.
-Menjauhkan diri daripada perkara yang dimakruhkan.
-Mengerjakan perkara yang disunatkan yang antaranya ialah memperbanyakkan  membaca al-Quran,bersedekah,baezikir dan mengerjakan solat sunat pada siang dan malam hari.


Hati insan yang menjadi lembut,hidup dan basah ketika:

-Sepanjang hari insan menahan diri daripada memasukkan  sebarang makanan dan minuman ke dalam perut,perut yang kosong mampu membuatkan insan berfikir dengan cermat dan matang.
-Dengan mengosongkan perut daripada makanan dan minuman juga,keaktifan hawa nafsu juga dapat dikendurkan.
-Orang sekeliling tidak dapat membezakan antara orang yang berpuasa dan orang tidak berpuasa  kecuali orang yang berpuasa itu memberitahu bahawa dia sedang berpuasa.
-Panduan dan syariat Allah akan diutamakan oleh insan ini daripada semua panduan yang ada di alam ini.
-Kebergantungan insan yang berpuasa di  bulan Ramadhan akan kekal sehingga selepas  Ramadhan .
-Hati insan akan menjadi lembut dan bersyukur  terhadap segala nikmat pemberian yang dianugerkan oleh Allah kepadanya sama ada besar atau yang kecil.

Sekiranya dengan berlalu Ramadhan hati insan yang berpuasa masih lagi keras,rasa berat untuk melaksanakanperintah Allah dan berani melanggar larangan-Nya,bermakna puasa yang dilaksanakannya tidak memberi kesan positif terhadap pembentukan keperibadian Muslim 

  'AYUH SAMA-SAMA KITA "TRANSFORMASI RAMADHAN" KALI INI MUDAH-MUDAHAN LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA'..(^_^)


                                           "RAMADHAN KAREEM"



0 pandangan: